Tuesday, May 28, 2013

APAKAH PEMIMPIN UMNO, BN MENDENGAR SARANAN SYED ALI?


Tidak pasti sama ada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya yang kalah dalam pilihan raya mendengar atau mengambil, peduli saranan Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

Bagi yang kalah, mungkin mereka masih meratap sayu. Juga mungkin ada yang geram kerana sebab-sebab yang mereka sendiri ketahui. Sementara, bagi yang menang, mungkin sedang bergembira.

Namun kemenangan itu hanya untuk tempoh empat atau lima tahun ini sahaja.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 nanti yang saya jangka dalam tempoh empat tahun dari sekarang, mereka akan ‘sesak nafas’ sekali lagi.

Semalam Syed Ali mencadangkan setiap bahagian UMNO perlu mempertingkat keberkesanan penggunaaan media sosial bagi menolak tohmahan yang dilempar pihak lawan meskipun bahang pilihan raya umum ke-13 sudah berakhir.

Ini kerana perkembangan media sosial mempunyai pengaruh besar serta berupaya mengubah minda dan persepsi rakyat.

Beliau berkata tumpuan atau gerak kerja konvensional harus berubah seiring persekitaran politik pada masa ini.

"Pemimpin parti perlu bergerak seiring dengan perubahan tersebut bagi memastikan kita berupaya menyelami denyut nadi rakyat, termasuk memahami aspirasi golongan muda," katanya dalam blog UMNObahagiancheras.blogspot.com semalam.


Syed Ali berkata sudah tiba masanya kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) melakukan tranformasi lebih komprehensif sejajar perubahan sikap dan pemikiran rakyat negara ini sebelum rakyat mencari pilihan yang sesuai dengan kehendak, cita rasa dan keperluan mereka.

Tidak tahulah sama ada pemimpin UMNO di peringkat Bahagian masih tidak sedar-sedar pentingnya media sosial dalam konteks yang ‘sebenarnya’.

Mungkin mereka menganggap dengan adanya Facebook, Twitter atau laman web itu sudah cukup. Bagi mereka dengan memaklumkan pergerakan mereka seperti menyerahkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia, baucer buku atau membantu mereka yang daif sudah memadai.

Yang lain serah kepada ‘tentera siber’ melaksanakan tugas mereka. Kalau dibayar dan berfungsi seperti diharapkan tidak apa tetapi kalau 2 kali 5 bagaimana?

Selepas diberikan telefon bimbit, komputer atau peralatan media sosial serta habuan, anggota ‘tentera siber’ diharapkan turun ke ‘medan perang’ tetapi apa yang berlaku, mereka pun melakukan perkara yang sama dengan bosnya itu iaitu sekadar memaklumkan pergerakan dirinya.

Lebih teruk ada yang menggunakan kemudahan untuk kepentingan diri seperti menceritakan masalah peribadi, keluarga atau santai yang tidak sudah-sudah.

Saya tidak terkejut sekiranya ada 20 atau 30 kononnya anggota ‘ tentera siber’ tetapi yang benar-benar menjalankan tugas hanya dua atau tiga kerat.

Sedangkan ‘tentera siber’ pembangkang menyerang dan terus menyerang pemimpin UMNO dan BN sesuka hati mereka tanpa adanya penentangan sewajarnya daripada ‘tentera siber’ yang mendapat pelbagai kemudahan dan habuan.

Bukan sedikit wang dibelanjakan untuk membawa mereka berkursus, berbengkel dengan kononnya pakar-pakar ‘media sosial’ pro-UMNO di ibu negara, beberapa negeri dan beberapa tempat lain oleh pelbagai agensi tetapi akhirnya tiada kesan besar atau untungnya kepada UMNO dan BN dalam pilihan raya lalu. 

Malah, lebih mendukacitakan, ada kalangan yang mendapat kemudahan berulang-ulang kerana mereka adalah individu dan kumpulan yang sama pada setiap kursus atau bengkel.

Ucapan ‘ketua tentera siber’ kononnya boleh membantu sesebuah negeri atau pemimpin tertentu sebenarnya kelentong semata-mata sekadar mendapatkan keuntungan peribadi umpama syarikat MNC yang ‘fly-by-night’.

Semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mahu BN melakukan perubahan dari segi strategi, pendekatan, pembaharuan program dan lebih pragmatik untuk terus kekal relevan pada pilihan raya umum ke-14.

Najib, yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN, berkata landskap politik negara terus berubah dengan pantas menerusi proses urbanisasi, pendidikan, taraf hidup dan perkembangan teknologi maklumat, memperlihat formula yang diguna pakai BN selama ini mungkin sudah tidak relevan lagi.

Benar sekali apa yang dikatakan oleh Najib. Rasanya pesta ‘media sosial’ (saya sebut pesta kerana ia hanya himpunan beramai-ramai tanpa kesan positif) seperti yang dianjurkan oleh kumpulan tertentu sebelum ini tidak wajar diulangi.

Malah pertandingan blog kononnya untuk mencungkil bakat blogger tidak perlu. Hanya membuang masa dan wang ringgit. Banyak contoh menunjukkan selepas pertandingan itu, tiada blogger atau blog yang aktif yang boleh membantu UMNO dan BN mempertahankan kuasa.

Kita menyambut baik kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim, yang menyokong kenyataan Najib, berkata perkara itu harus diteliti dan dibincang secara mendalam selari dengan asas penubuhan BN yang memberi manfaat besar kepada negara.

"Apa yang ada ketika ini sangat baik, cumanya dari segi pendekatan kita perlu tambah baik. BN sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, perlu terus membuat kerja berbanding pembangkang yang sibuk bermain politik," katanya semalam.

Harapan ialah Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO yang diangotai orang muda sewajarnya menggerakan ‘tentera siber’ mereka setanding dengan yang dimiliki pihak lawan.

Tidak perlulah menggelarkan diri dengan nama yang gah tetapi akhirnya tidak ke mana-mana.

Yang penting bukan nama atau kumpulan kerana tanpa bayaran pun ada penggerak media sosial melakukan lebih baik daripada yang menerima bayaran atau menagih bayaran sehingga berlaku pertelingkahan sesama mereka.

Lebih memburukkan keadaan, ada pihak mendakwa kononnya dia memiliki anggota seakan batalion ‘tentera siber’ tetapi rupa-rupanya kumpulan FB yang posting mereka lebih kepada ajakan keluar makan, cerita peribadi dan keluarga selain menggunakan rangkaian untuk berniaga.

Ketua-ketua Bahagian wajar merancang segera untuk menggerakkan penggunaan media sosial bagi menolak tohmahan yang dilempar pihak lawan dan jika perlu menyerang ‘musuh’ dengan cara berhemah.

Rakyat bencikan maki-hamun dan cerca. Dengan kedudukan di mana media sosial mempunyai pengaruh besar serta berupaya mengubah minda dan persepsi rakyat, nyatakan perkara sebenar, bukan memfitnah dan menjatuhkan maruah orang lain.

Integriti media sosial UMNO dan BN penting kerana keyakinan dan kepercayaan rakyat akan terhakis sekiranya ia disandarkan kepada andaian dan tohmahan semata-mata.

Jangan ikut cara pembangkang yang memfitnah dan membuat andaian semata-mata kerana sebagai kerajaan, BN mempunyai banyak fakta yang boleh diketengahkan.

Mungkin ia nampak tidak gempar, panas atau sensasi tetapi melalui fakta yang jelas, bewibawa dan tepat, akhirnya rakyat akan sedar yang mana PALSU dan yang mana BENAR.

Ini tidak bermakna bahawa media sosial UMNO dan BN tidak boleh sensasi tetapi SENSASI yang ditampilkan biarlah yang bernas dan berintegriti.

Jika media sosial UMNO dan BN bercakap di landasan yang tepat dan berfakta, kita yakin ia akan diikuti oleh rakyat yang cintakan KEBENARAN.

Dan dengan kebenaran itulah UMNO dan BN akan dihormati, bukan melalui kenyataan rekaan dan tohmahan yang menjadikan rakyat MELUAT dan semakin menjauhkan diri daripada media sosial yang dianggap propaganda parti untuk kepentingan pemimpin yang menaja mereka.

Sunday, May 26, 2013

YANG GILA & ANGKUH : “KITA MENANG BESAR, APA SEBAB SAYA NAK UNDUR?”



Kesian sungguh dengan orang ini.

Gilanya menjadi Perdana Menteri sampaii ke tahap tidak boleh dikawal lagi.

Dia bukan sahaja tidak mahu menerima kekalahaan, malah menganggap dia pula yang menang pilihan raya. Sekarang main isu undi popular pula.

Dia semakin lemas dan sebenarnya takut untuk mengalah kerana bimbang sangat-sangat.

Dia bimbang kepada siapa? Dia bimbang kepada mereka yang beliau berjanji untuk hadiahkan kemenangan dan negara ini akan ‘diperintah bersama dengan mereka itu.

Siapa merka itu? Mereka ialah ‘kuasa’ di belakangnya selama ini yang membantu dia dengan keyakinan, sokongan, wang ringgit dan semangat. PENAJA katakan.

Dia tahu bahawa jika pada ‘ibu segala pilihan raya’ dia tidak menang, maka usah harap pilihan raya selepas ini dia boleh menang.

Sebab itu dia mengisytiharkan kononnya di menang pilihan raya kali ini. Menggunakan pelbagai alasan untuk menolak pilihan raya yang dimenangi Barisan Nasional (BN), orang ini enggan berundur walaupun setapak pun walaupun sebelum ini mengatakan jika kalah pilihan raya dia akan berundur.

Malah, dia mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang diadakan pada 5 Mei 2013 sebagai tidak bersih, telus dan adil.

Katanya, semalam (25 Mei 2013), iaitu 20 hari selepas pilihan raya bahawa mengulangi pendirian beliau hanya akan berundur dari arena politik negara sekiranya PRU13 bersih, telus dan adil. Kita sedih kerana ada orang macam ini di bumi Malaysia yang aman dan harmoni ini.

Kita tidak hairan kalau di sesetengah negara wujud makhluk perosak kedamaian seperti ini.

Nampak jelas dia sangat gelabah apabila partinya kalah. Kenapa orang lain boleh menerima kekalahan dan terus mempersoalkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan menganggap Kerajaan Barisan (BN) yang membentuk negara tidak sah berpandukan undi popular?



Jawapannya ada banyak kenungkinan selain gila dan taksubnya menjadi Perdana Menteri.

1. Untuk menutup malu kerana gagal menjadi Perdana Menteri melalui dua pilihan raya sebelum ini, iaitu pada 2008 dan 2013, dia menyalahkan SPR dan kerajaan;

2. Gagal menunai janji kepada pakatannya dalam pembangkang yang kali ini boleh menang, dia berharap untuk mendapat sokongan melalui perhimpunan tetapi ternyata PAS dan DAP nampaknya ‘tidak berminat’ melalui cara itu. Dia terpaksa berjuang bersaorangan.

3. PKR yang ketinggalan dari segi sokongan rakyat berbanding DAP dan PAS menjadikan dia semakin merasai partinya yang berjuang hanya untuk ‘Anwar Menjadi Perdana Menteri’ semakin kurang populariti dan mungkin akan semakin kurang popular selepa ini. Untuk mendapat perhatian, dia terpaska melalak di pentas perhimpunan;


4. Kedudukannya yang semakin hilang ‘kawan dan rakan’ dia terpaksa berjuang dengan budak-budak suruhannya seperti Azmin Ali, Saifuddin Nasution (kalah dalam pilihan raya), Ketua AMK dan beberapa yang lain tanpa nama-nama besar pada perhimpunan untuk membuktikan dirinya tetap popular sedangkan hakikatnya, rakan seperjuangan lamanya semakin menjauhkan diri;

5. Dia perlu menunjukkan kepada kuasa luar yang menajanya bahawa tetap ada jalan menggulingkan kerajaan BN yang dipilih melalui pilihan raya walapun kalah. Caranya ialah melalui jalan raya dan perhimpunan anti-kerajaan.

6. Dia juga perlu menganjurkan bantahan supaya ‘dana terus mengalir masuk’ kerana tanpa dana, dia tidak boleh bergerak dan menganjurkan aktiviti protes. Ini penting untuk menjamin ‘gerakan menjatuhkan kerajaan BN’ terus berjalan walaupun ‘pekong semakin terbuka luas”.

Demi menjamin segala ciata-citanya tercaapai dia terpaksa menangguhkan hasratnya berundur bagi membuktikan dia masih ada telur’ tetapi dengan enggan berundur itu dia sebenarnya sudah ‘tak ada telur’. 

Malah dia sewenang-wenangnya mendakwa wujudnya penyelewengan sepanjang perjalanan pilihan raya umum pada 5 Mei lalu dan kerana proses pilihan raya umum baginya tidak bersih dia enggan berundur. 

Baginya, kalau pilihan raya bersih, walaupun tetap tewas, beliau akan undur tetapi dalam kes pilihan rayaa lalu baginya bukan sahaja tidak bersih tetapi BN dapat 41 peratus undi popular, bagaimana suruhnya berundur?

“Hendak suruh orang yang dapat 51 peratus undur, kamu fikirlah sikit. Tak malukah kamu fitnah tiap-tiap malam," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Keadilan di Petaling Jaya, semalam.

Hakikantnya ialah orang ini takut kepada KEGAGALAN DIRI SENDIRI apa lagi ‘hutang’ sudah banyak dan tidak boleh dilangsai lagi. Sudah dijanjikan olehnya kepada ‘penajanya’ bahawa hutang akan dibauar dengan kuasa politik di Malaysia.

Jika berjaya menadi Perdana Menteri, dia akan menjadi ‘watal wang kulitt’ sementara penajanya menjadi orang yang sebenarnya berkuasa. Namun dengan kekalahan ini, apakah lagi mampu dilakukaan olehnya selain MEMBANTAH DAN BERHIMPUN?

Kesian, orang ini dilihat baik dan berpotensi besar pada usia mudanya namun, semakin tua dia `MENJAHANAMKAN dirinya sendiri.

Lebih buruk dia membiarka dirinya DIJAHANAMKAN OLEH NAFSU UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI. Kemudian dia merelakan dirinya DIJAHANAMKAN OLEH PENAJANYA kerana nafsu besarya itu.

Ternyata kini dia semakin terdesak kerana jika tidak mampu membayar hutangnya kepada penajanya, dia mungkin akan menerima balasan atau padah yang jarang terfikir oleh rakyat biasa.

Kita perlu bertanya atau mengkaji, kenapa sesetengah pemimpin dunia dibunuh atau hilang begitu sahaja selepas mereka begitu terkenal kerana DITAJA?

Kita bimbang orang ini akan menerima nasib yang sama seperti mereka itu.

Untuk sementara ini, kerajaan BN terpaksa menggendali dengan betul tindakan orang ini mengadakan perhimpunan dan bantahan.

Kita tidak perlu bimbaang kerana dengan menggagalkannya mendapat sokongan daan rakyat mula menyedari TEMBELANGNYA, dia akan menerima padah daripada mereka yang sangat berharap kepadanya, selain `PENAJANYA yang sudah lama bersabar.

Selain itu, kita tetap yakin ALLAH TIDAK AKAN MEMBENARKAN sebuah negara yang berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai agama dikhianati oleh seseorang hanya kerana gila dan tamak kuasa berusaha menghancurkannya.

Lebih buruk beliau DITAJA oleh mereka yang juga mempunyai biat jaahaat unuk menghancurkan sebuah negara ISLAM YANG DISEGANI oleh negara-negara di dunia.

Tuesday, May 21, 2013

JIKA MUKA AHMAD SAID DILANYAK DI PADANG MAHSYAR, MUKA NIK AZIZ BAGAIMANA?


Saya menyusun jari 10 memohon kemaafan sekiranya tersalah dalam kata-kata berikut. Mohon diampunkan Allah!

Kecaman Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa Datuk Seri Ahmad Said bertegas tidak mahu melaksanakan pembangunan terutamanya tidak mahu mendirikan rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang BN kalah dalam pilihanraya umum kali ke-13 lalu, lebih berupa hukuman.

Kenyataan melampau tanpa selidik berasaskan ‘kecaman’ semata-mata!

Mursyidul Am PAS berkata, Ahmad Said selaku Menteri Besar kepada seluruh rakyat Terengganu, berdosa kerana tidak melaksanakan tanggungjawabnya.

Nik Aziz memberi ingatan kepada semua umat Islam, orang-orang yang melakukan dosa akan diazab oleh Allah SWT diakhirat kelak. Katanya, "akhirat kelak segala orang jahat akan dilanyak muka dia di padang Mahsyar tak kira dia tu datuk mahupun tuan guru...

Saya tak sentuh soal peribadi Ahmad Said, (se)siapa (sahaja) yang buat jahat dia akan berdosa."

Beliau menyifatkan kenyataan Menteri Besar Terengganu sebagai tidak demokratik dan jauh sekali dari ajaran agama Islam.

Mengecam kenyataan Ahmad Said, Nik Aziz berkata: "Demokrasi pun tidak........... Islam pun tidak...........akhirat kelak dia (Ahmad Said) bertanggungjawab.”

Beliau menyatakannya ditemui wartawan Buletinonline, Syed Hussain Solahuddin, selepas menunaikan solat Jumat di masjid al-Fathul Mubin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Mei lalu.

Mantan Menteri Besar Kelantan itu memberikan misalan, seseorang pemimpin itu sepatutnya tidak dipengaruhi oleh dunia kerana Allah melantik Nabi SAW dari golongan yang tidak mempunyai harta supaya orang-orang yang mengikutnya, mempercayai kebenaran yang dibawa, bukan kerana beliau seorang yang kaya.

"Nabi Muhamad (SAW) sengaja dilantik oleh Allah Taala dari orang miskin supaya pengikutnya itu tidak terpengaruh dengan harta, kerana dia orang miskin........ tapi ikut lah nabi kerana dia membawa kebenaran (bukan kerana harta benda),"katanya.

Untuk berlaku adil kepada Ahmad Said, diperturunkan fakta berikut:

Antara perumahan rakyat yang dibina oleh Kerajaan BN Terengganu.
1. Kerajaan negeri akan meneruskan Aku Janji atau Manifesto Barisan Nasional (BN) bersandarkan agenda `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ selepas diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu. Apa yang dijanjikan tetap dilaksanakan walaupun terpaksa menerima hakikat banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kalah. Bermakna ada cara tertentu yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membela rakyat.

2. Peruntukan RM1 bilion sudah dibelanjakan walaupun Kerajaan BN Terengganu tidak masukkan keperluan dan janji itu dalam Manifesto BN 2008. Yang dimaksudkan ialah menyiapkan 9,542 unit Rumah Mampu Milik atau Rumah Kos Rendah. Ini tidak termasuk yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat. Malah sesen pun Kerajaan Negeri tidak berhutang dengan Kerajaan Pusat. Ia menggambarkan kerajaan negeri cakna kepada rakyat di mana seboleh-bolehnya mahu meilhat rakyat Terengganu memiliki kediaman atau lot tanah.



3. Bagi mencapai hasrat itu, pihak kami sudah meluluskan 20,00 lot tapak rumah dan tapak pertanian kepada rakyat dalam tempoh lima tahun. Bilangan itu, termasuk lebih 12,000 lot tapak pertanian dan 8,000 lot pula untuk tapak rumah.

4. Kerajaan negeri akan meneruskan agenda memperbanyakkan perumahan untuk rakyat, dengan membina 10,000 unit perumahan lagi kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

5. Kerajaan Negeri turut berusaha menyelesaikan masalah tanah haram dengan menambahkan tempoh pajakan daripada 30 tahun ke 60 tahun, dan

6. Kerajaan negeri juga menyediakan pinjaman berlandaskan Islam untuk membina rumah di tapak tanah sendiri sehingga RM50,000 untuk semua rakyat.

Sebaliknya, sepanjang memerintah sejak tahun 1990 hingga 2013, apakah yang Nik Aziz lakukan untuk pembinaan rumah rakyat di Kelantan?

Batu nesan Jambatan Palekbang
Kenapa rakyat Kelantan tunjuk perasaan mengenai masalah air dan tanah yang dirampas kerana Ladang Rakyat?

Rakyat Kelantan tahu Nik Aziz tidak melakukan apa-apa dan hanya menyatakan hasrat perumahan kos sederhana untuk rakyat selepas PAS memerintah selama 23 tahun.

Kerajaan negeri dikatakan akan membuat perumahan untuk rakyat dengan kos RM160,000 seunit yang dijual pada harga RM70,000 dengan subsidi RM90,000.

Kenapa (kerajaan negeri) baru sekarang nak buat (rumah rakyat)? Adakah mereka baru jadi kerajaan, berapa lama dah jadi kerajaan?

"Kalau betul-betul ini kerajaan yang prihatin untuk kesejahteraan rakyat, sepatutnya di awal pemerintahan lagi mereka sudah membangunkan perumahan untuk rakyat," demikian soalan yang ditimbulkan calon Parlimen BN-Kota Baru, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh baru-baru ini.

Tidak berdosa dan tidak rasa berdosakah Nik Aziz dalam perkara ini?

Mohd Fatmi yang menjadikan contoh BN yang mengambil alih pemerintahan negeri Kelantan pada 1978 berkata, satu perumahan pangsa di negeri itu sudah pun disiapkan selepas tiga tahun pada 1981.

Rakyat Kelantan membantah pelbagai isu yang gagal diselesaikan oleh Nik Aziz.
Sebaliknya PAS mengambil tampuk pemerintahan pada 1990, yang baru sekarang mahu merancang untuk membina perumahan dan bukannya siap untuk diduduki oleh rakyat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mac lalu mengumumkan untuk membina 1,000 unit rumah rakyat di Kota Bharu sehaja. Ia melibatkan kos RM160,000 seunit, yang akan dijual pada harga hanya RM35,000 dengan subsidi RM125,000.

Namun rakyat Kelantan menolak tawaran itu apabila BN ditewaskan di Parlimen Kota Bharu.

Tiada lagi billboard Kelantan Koridor Depu. ia hanya untuk Pilihanraua Umum 2008.

Selain itu, apakah Nik Aziz tidak berdosa apabila beberapa projek meganya seperti Lembah Sireh, Ladang Kambing Jamnapari, Pelabuhan Darat di Kuala Krai, Bandar Tunjung, Jambatan Palekbang, Koridor Depu serta beberapa yang lain gagal dilaksanakan?

Bagaimana dengan tanah orang Islam jatuh ke tangan orang lain di kawasan bandar Kota Bharu dan rakyat membantah kerana tidak ada kebajikan yang dilaksanakan kerajaan Kelantan ketika era pemerintahan Nik Aziz?

Kalau muka Ahmad Said (disifatkan orang jahat) akan dilanyak mukanya di padang Mahsyar, apakah muka Nik Aziz yang gagal membawa pembangunan dan menyusahkan rakyat dalam konteks perumahan, pemilikan tanah dan bekalan air bersih tidak akan dilanyak?

Apakah Allah akan membebaskan yang bersarban dan bergelar Tok Guru dan orang biasa seperti Ahamd Said sahaja akan menerima hukuman Allah?

Nik Aziz sendiri mengatakan: “…tak kira dia tu datuk mahupun tuan guru............ (se)siapa (sahaja) yang buat jahat dia akan berdosa."

Apakah Nik Aziz seorang yang maksum dan bebas daripada dosa ketika menjadi Menteri Besar selama 23 tahun?

Thursday, May 9, 2013

JAWATAN MENTERI BESAR - 'KUN FAYA KUN' JIKA UNTUK AHMAD SAID MAKA AHMAD SAIDLAH!!!


"Beliau (Ahmad Said) mendiamkan diri untuk tidak mengeruhan keadaan. Jawatan Menteri Besar atau apa-apa jawatan pun bukan mutlak milik seseorang. Menteri Besar ditentukan oleh pucuk pimpinan dan diperkenankan oleh Sultan. Paling atas yang menentukan ialah Pencipta Alam Semesta. Apa juga kehendaknya akan berlaku. ‘Kun Faya Kun’."

Yang pasti kali ini, tiada rakyat yang ‘cuba tunjuk kuasa’ kepada pihak istana walaupun ada ura-ura Menteri Besar sekarang akan diganti.

Rakyat tenang menunggu keputusan pucuk pimpinan dan rakyat juga bersabar dan menerima apa sahaja keputusan atau perkenan Sultan Terengganu dalam isu perlantikan Menteri Besar yang baru.

Kita rasa teruja dan bangga dengan pendirian Datuk Seri Ahmad Said yang menasihati rakyat Terengganu agar menghentikan segala spekulasi dan khabar angin.

Beliau meminta agar semua rakyat Terengganu untuk bersatu hati dan berpadu tenaga demi kesejahteraan negeri tercinta ini.

Sebagai Pengerusi Barisan Nasional Terengganu beliau berterima kasih kepada semua rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab dalam PRU13 serta berdiri teguh dibelakang kepimpinan parti.

Menurutnya, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang melakukan pelantikan secara berperingkat untuk ketua menteri dan menteri besar di negeri-negeri yang dimenangi parti komponen itu. Ahmad Said menjelaskan, masih ada beberapa negeri yang belum dilantik ketua menteri dan menteri besar untuk penggal yang baru ini.

"Memandangkan isu perlantikkan Menteri Besar Terengganu kini menjadi topik hangat, saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan kedudukan perkara ini.


"Bagi negeri Terengganu saya difahamkan Perdana Menteri selaku Presiden Umno akan mengeluarkan surat watikah dalam masa terdekat dan saya meminta agar semua rakyat negeri ini bersabar," katanya, semalam.

Beliau menambah, kelewatan ini turut berpunca daripada kesibukan Najib dalam menguruskan pelantikan menteri besar dan ketua menteri di negeri yang dikuasai BN.

Sebelum ini sejak 6 Mei lalu, beberapa negeri yang dikuasai telah diberikan watikah pelantikan menteri besar.

Dalam pada itu, Ahmad juga menyeru kepada semua pihak menghentikan segala spekulasi dan khabar angin.

Katanya, rakyat Terengganu perlu bersatu hati dan berpadu tenaga demi kesejahteraan negeri Terengganu itu.

Ini kerana bagi negeri Terengganu beliau difahamkan Perdana Menteri selaku Presiden Parti akan mengeluarkan surat watikah dalam masa terdekat.

Berikutan itu, melalui laman Facebooknya,  beliau meminta agar semua rakyat negeri ini bersabar:

“Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Berikutan isu perlantikkan Menteri Besar Terengganu yang kini menjadi topik hangat, saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan kedudukan perkara ini. Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional sedang menguruskan perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional dalam PRU13.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional sedang menguruskan perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional dalam PRU13. Berikutan kesibukan tugas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mentadbir Negara, perkara ini dilakukan secara berperingkat – peringkat. Saya difahamkan sehingga kini Kedah, Perak, Kedah, Perlis, Melaka dan Sabah telah selesai urusan perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. Kini 4 negeri lagi masih menunggu giliran iaitu Pahang, Johor, N.Sembilan dan Terengganu.

Bagi negeri Terengganu saya difahamkan Perdana Menteri selaku Presiden Parti akan mengeluarkan surat watikah dalam masa terdekat dan saya meminta agar semua rakyat negeri ini bersabar.

Dalam hal ini, saya selaku Pengerusi Barisan Nasional Terengganu berterima kasih kepada semua rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab dalam PRU13 serta berdiri teguh dibelakang kepimpinan parti.

Saya juga menyeru kepada semua pihak menghentikan segala spekulasi dan khabar angin serta meminta agar semua rakyat Terengganu untuk bersatu hati dan berpadu tenaga demi kesejahteraan negeri tercinta ini.

Wassalam.”

Berikutan pendirian ini tidak wajar untuk mengatakan kononnya Ahmad Said akan menjadi ‘katak politik’ yang baru.

Beliau bukan jenis ahli politik yang memberontak tidak tentu pasal kalaupun sikapnya yang kadangkala dianggap dan dilihat ‘keras’.

Sepanjang beberapa hari ini Ahmad Said ‘mendiamkan diri’ dan tidak menunjukkan dirinya sebagai ‘paling layak’ menjadi Menteri Besar. Beliau juga patuh dan sabar menunggu sebarang arahan pemimpin tertinggi parti demi perpaduan UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri. 

Apalagi dengan kedudukan yang agak seimbang antara BN dan pembangkang di Terenganu, sebarang keputusan ‘tidak bijak’ oleh pemimpinnya akan menyebabkan Terengganu boleh tumbang kepada pembangkang.

Apa yang dinasihatkan oleh Ahmad Said kepada rakyat dan sikapnya yang ‘patuh’ kepada pucuk pimpinan seharusnya dilihat dan diambil perhatian oleh pemimpin UMNO dan BN pusat.

Kita masih ingat pada suatu ketika, Terengganu berada dalam kemelut politik yang amat kalut akibat penentangan pihak tertentu terhadap perlantikan Ahmad Said.

Walaupun beliau tidak ‘merampas hak sesiapa’ namun beliau dituduh menjadi punca orang lain tidak dilantik menjadi Menteri Besar apabila penolakan dibuat terhadap perlantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Ada pemimpin anggap Ahmad Said sebagai ‘nangka buruk’ yang akan jatuh bila tiba masanya!

Ahmad Said juga tidak menentang dan patuh apabila jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri ‘ditarikbalik’ dan diserahkan kepada Datuk Seri Hishamuddin Hussein seketika.


Namun, apabila jawatan itu dikembalikan kepadanya, Ahmad Said berusaha ‘berubat penyakit perpecahan dalam UMNO’ Terengganu, selain melembutkan krisis yang berlaku dalam UMNO Bahagian Setiu.

Dan kini, apabila ada cakap-cakap konon beliau akan diganti, Ahmad Said tetap tenang dan tidak melenting.

Beliau mendiamkan diri untuk tidak mengeruhan keadaan. Jawatan Menteri Besar atau apa-apa jawatan pun bukan mutlak milik seseorang.

Menteri Besar ditentukan oleh pucuk pimpinan dan diperkenankan oleh Sultan. Paling atas yang menentukan ialah Pencipta Alam Semesta. Apa juga kehendaknya akan berlaku. ‘Kun Faya Kun’.

Ahmad Said tidak menyediakan dirinya atau melobi untuk menjadi Menteri Besar.

Dia tidak berjuang ke arah itu ketika menjadi wakil rakyat dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Apabila dianugerahkan beliau terima dengan azam dan kesedaran ia adalah amanah untuk membangunkan negeri dan rakyat.

Jika ditakdirkan jawatan Menteri Besar ‘ditarik balik’, baginya ia juga adalah takdir.

Namun beliau boleh berdiri tegak dan bangga kerana berjaya menyelamatkan Terengganu daripada krisis kepimpinan UMNO negeri yang serius selain memulihkan hubungan antara ORANG POLITIK dan ISTANA.