Saturday, November 20, 2010

ALLAH BAYAR TUNAI KEPADA ANWAR

Ini bukan mengenai isu liwat.

Ia berkaitan bagaimana perasaan seseorang pemimpin tertinggi apabila dikecam dan diserang oleh seseorang yang beliau ‘dengan tangannya sendiri’ mengangkat orang itu ke jawatan penting parti dan kedudukan, tiba-tiba ‘menggigit kembali tangannya’.

Nah rasakan, mungkin Allah bayar tunai apa yang pernah pemimpin tertinggi ini lakukan kepada seseorang yang lain sebelum ini. Tidak perlu menunggu selepas mati atau di akhirat!

Terus terang , saya bersimpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Datuk Zaid Ibrahim seperti saya bersimpati dengan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Anwar menentang dan memburuk-burukkannya.

Anwar perlu muhasabah diri mengenai apa yang dia lakukan terhadap seorang insan yang banyak berkorban dan melakukan terbaik untuknya – TDr Mahathir Mohamad.

Apa yang Dr Mahathir tidak lakukan untuk menaikkan Anwar. Dalam masa satu dekad sahaja Anwar melonjak daripada seorang yang tidak kaya dan pengaruhnya tidak sebenar mana, menjadi seorang yang dikenali dalam dan luar negara.

Segala-galanya bermula pada 1982 dan pada 1993 di mana Anwar?

Bukankah daripada sebagai Ketua Pemuda UMNO kepada Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri?

Siapa dalam politik Malaysia dan UMNO meningkat begitu cepat? Bukankah Dr Mahathir mencipta sejarah untuk Anwar hingga ke peringkat begitu tinggi?

Soal beliau dipenjara dan terpaksa mengharungi kehidupan sukar selepas itu adalah ‘kesilapan dirinya sendiri’ dan bukan dicorakkan oleh Dr Mahathir.

Mungkin ada yang berkata Dr Mahathir menggunakan Anwar untuk memperkukuhkan kedudukan politikknya.

Persoalan ialah apa kurangnya Anwar? Bukankah ‘pengambilan’ terhadap Zaid itu dibuat selepas Zaid memburuk-burukkan UMNO dan kepimpinan kerajaan, termasuk Dr Mahathir sendiri?

Anwar gunakan Zaid untuk memperbaiki penarafan politiknya di kalangan rakyat Malaysia dan kemuncak ialah dengan begitu mudah dan cepat meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat bertanding di pilihan raya kecil Hulu Selangor, April lalu.

Tidakkah ini sesuatu yang menunjukkan Anwar melakukan apa sahaja untuk menaikkan Zaid?

Tetapi kini apa yang Anwar dapat?

Anwar pun kena merenungi dirinya – apa yang Dr Mahathir tidak lakukan untuk naikkan dirinya.

1. Dr Mahathir sanggup membelakangkan kehendak ahli parti khususnya Pemuda UMNO untuk memasukkan Anwar ke dalam UMNO dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM);

2. Dr Mahathir membelakangkan kehendak Datuk Musa Hitam (kini Tun) yang menyokong Datuk Suhaimi Kamaruddin sebagai Ketua Pemuda UMNO;

3. Dr Mahathir meletakkan Anwar sebagai orang penting dalam kerajaan dan UMNO bagi menjayakan Dasar Penerapan Islam Dalam Pentadbiran bagi perkara khusus seperti pembentukan Universiti Islam Antarabangsa serta Perbankan dan Insurans Islam;

4. Dr Mahathir membelakangkan bantahan beberapa pihak dalam UMNO bagi meletakkan Anwar sebagai Naib Presiden UMNO;

5. Dr Mahathir memberikan kedudukan penting kepada Anwar sebagai Menteri Pendidikan;

6. Dr Mahathir mengangkat Anwar sebagai Menteri Kewangan dan kemudian Timbalan Perdana Menteri sementara dalam parti ialah Timbalan Presiden UMNO; dan

7. Memangku jawatan ‘Perdana Menteri’ beberapa ketika sesama Dr Mahathir bercuti di luar negara.


Bagi Anwar pula, beliau melakukan yang termampu untuknya mengangkat Zaid yang berada dalam PKR selama 18 bulan termasuk sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan anggota Biro Politiknya dan dilihat begitu intim dengan Anwar.

Malah akhirnya Zaid mendakwa dirinya sebagai Penyelaras Parti Keadilan yang kemudiannya dinafikan Anwar dan membuktikan apabila sudah tidak sehaluan lagi, segala-galanya ‘dalam kelambu’ pun didedahkan.

Jika Anwar memburukkan Dr Mahathir mengatakan beliau diktator dan sebagainya, Anwar disifatkan oleh Zaid sebagai pemimpin yang gemar menghina orang lain dan menganggap Zaid sebagai ‘orang jahat’, ‘kuda trojan dan ‘sore loser’.

Jika Anwar menggunakan reformasi untuk menunjukkan bantahan kepada Dr Mahathir, Anwar turut menerima celaan daripada penyokong PKR umpamanya apa yang berlaku di beberapa tempat, termasuk di Dataran Shah Alam malam kelmarin, apabila satu kumpulan memintanya dan Azmin Ali ‘berundur’.

Apakah Anwar tidak pernah mendesak Dr Mahathir berundur?

Apa yang berlaku kepada Anwar kini adalah pusingan roda kejadian alam yang menunjukkan betapa balasan tidak semestinya selepas seseorang itu sudah tidak ada lagi di dunia ini tetapi Allah berkuasa segala-galanya.

Anwar mungkin merasakan dia masih kuat dengan bantuan beberapa rakannya yang masih ada dalam PKR tetapi cuba lihat siapa yang masih di kelilinginya?

Yang kuat mungkin Azmin serta Saifuddin Nasution. Di mana rakan-rakannya ketika reformasi dahulu?

Kenapa mereka menjauhkan diri? Kenapa mereka tidak sebulu lagi dengan Anwar?

Jawapannya ada pada Anwar sendiri.

Nawaitu terhadap sesuatu kerja atau perbuatan amat penting untuk keredaan Allah. Jika ia dibuat kerana perasaan dendam dan cuba menjatuhkan orang lain, ia bukanlah suatu kerja yang berkat.

PKR ditubuhkan kononnya untuk keadilan, demokrasi dan mereformasikan masyarakat Malaysia. Namun pada diri Anwar sendiri sama ada sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR apakah dia layak untuk melakukan reformasi bagi dirinya sendiri?

Sesuai dengan Hari Raya Korban ini, adalah baik Anwar bermuhasabah dan melihat semula perjalanan politiknya – yang dipermudah dan yang disukarkan Allah untuknya membuat satu pendirian.

Sama ada perlu dia meneruskan langkah untuk terus memporak-perandakan masyarakat Malaysia, mengaibkan Islam dan wajarkah dia meneruskan ‘langkah ke Putrajaya’ untuk menjadi Perdana Menteri.

Atau dia berkorban dan mengorbankan cita-cita dan nafsu serta ‘dendam kesumat terhadap Dr Mahathir yang tidak berkesudahan ‘ untuk menjadi rakyat biasa yang insaf terhadap segala dosa politik dan peribadinya agar sisa-sisa hidupnya tidak semakin tercemar dengan pertelingkahan berterusan sama ada dengan lawan politik atau bekas kawan politiknya.

Jelas isu Zaid menjadi pengajaran penting buat Anwar untuk menilai siapa dirinya yang sebenar!

SIME DARBY - HUKUM INDIVIDU ATAU DAPATKAN SEMULA KERUGIAN

Saya tertarik dengan sepucuk surat pembaca dalam Utusan Malaysia semalam yang bertajuk ‘Kemelut kerugian besar Sime Darby’.

Penulis ini menimbulkan soal kenapa Lembaga Pengarah tidak mengumumkan langkah-langkah yang sepatutnya diambil bagi mendapatkan balik sejumlah besar kerugian tersebut.
Kerugian yang dialami sejumlah besarnya adalah dari kos over run yang ditanggung semasa menjalankan kerja-kerja projek. Dalam semua kontrak tentu ada variation klaus mengenai perubahan harga atau pindaan kepada spesifikasi yang membolehkan kontraktor mendapat tambahan harga projek (melainkan dalam semua kes ini tidak ada variation Klaus), kata pengirimnya.

Ikuti apa yang ditulis oleh Esa Adam dari Bandar Sunway, Selangor:

KERUGIAN besar RM1.63 bilion yang ditanggung oleh Sime Darby memeranjatkan ramai rakyat dan juga warga korporat di Malaysia.

Dalam mesyuarat agung tahunannya pada 16 November 2010 Pengerusi Sime Darby Tun Musa Hitam mengumumkan yang Sime Darby akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dipercayai terbabit menyebabkan ia mengalami kerugian yang amat besar.

Pemegang-pemegang saham Sime Darby mengalu-alukan tindakan Lembaga Pengarah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit tetapi tidak mengumumkan langkah-langkah yang sepatutnya diambil bagi mendapatkan balik sejumlah besar kerugian tersebut.

Kerugian yang dialami sejumlah besarnya adalah dari kos over run yang ditanggung semasa menjalankan kerja-kerja projek. Dalam semua kontrak tentu ada variation klaus mengenai perubahan harga atau pindaan kepada spesifikasi yang membolehkan kontraktor mendapat tambahan harga projek (melainkan dalam semua kes ini tidak ada variation Klaus).

Sepatutnya Lembaga Pengarah Sime Darby menumpukan usaha lebih ke arah mendapatkan balik lebihan kos ini dari syarikat-syarikat yang memberi kontrak kepada Sime Darby dan bukan hanya tertumpu kepada aspek salah laku individu yang terlibat.

Ini kerana jika ia pun berlaku salah laku dan individu disabit kesalahan dalam mahkamah berapa banyakkah yang boleh dituntut oleh Sime Darby.

Pesalah lebih cenderung memilih tinggal di penjara dari[ada membayar balik tuntutan dari Sime Darby. Dan jumlahnya mungkin tidak sebanyak mana dari jumlah RM1.63 bilion itu
.”

Ada kebenaran mengenai apa yang disuarakan oleh Adam ini.

Sewajarnya pihak yang terbabit dalam menggendalikan isu ini melihat semula tindakan Lembaga Pengarah Sime Darby itu.

Monday, November 15, 2010

ZAID AKHIRNYA KELUAR PKR?

Datuk Zaid Ibrahim akhirnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) — sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini, - seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Isnin lalu, beliau mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan diselubungi kepincangan dan kecacatan.

Pada ketika beberapa akhbar dan Bernama tidak berani mengesahkan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, dengan mengatakan Zaid tidak menolak kemungkinan akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat, The Malaysian Insider begitu yakin mengatakan Zaid keluar PKR seperti dijangka.

Utusan Malaysia dan Bernama mengatakan mungkin kerana menerusi SMSnya kepada Bernama, Zaid menegaskan keputusan keluar PKR itu masih dalam pertimbangan.
"Belum (keluar parti), mungkin tidak lama lagi.”

Malaysiakini sekadar menyebut Zaid bersedia tinggalkan PKR kerana meluat dengan pemimpinnya. Memetik blog Zaid, Malaysia kini melaporkan Zaid sebagai berkata:“Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan perkara buruk atau yang tidak betul dalam parti supaya orang yang tertpilih itu akan dilantik mengisi jawatan tertinggi. Saya benci untuk mengalah kerana akan dilabel sebagai orang yang mudah berputus asa. Saya lebih rela (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) pecat saya.

“Tetapi jika mereka tidak pecat saya, sudah tentu saya akan meninggalkan parti tidak lama lagi,” katanya kepada portal berita, Free Malaysia Today.

Akhbar The Star hari ini turut melaporkan, bekas calon timbalan presiden PKR itu telah membuat keputusan untuk keluar parti, dengan mengatakan bahawa beliau telah muak dengan pergolakkan dalaman parti.

Zaid juga dilaporkan berkata, bahawa “beliau tahu masanya sudah suntuk untuk terus berada dalam PKR ekoran serangan bertali arus ke atas peribadinya oleh pemimpin-pemimpin parti”.

Malah ketika itu beliau juga mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan hari ini memutuskan untuk meninggalkan PKR.

“Saya tahu hari saya dalam parti (PKR) sudah dihitung kerana pemimpin — pemimpinnya secara terus-menerus menyerang saya,” kata Zaid yang menyertai PKR 18 bulan yang lalu.

Bagaimanapun, Sekretariat ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat PKR masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Zaid.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar kiri) berkata surat peletakan jawatan perlu diserahkan kepada parti terlebih dahulu sebelum PKR mengesahkan Zaid keluar parti.

Ia seperti kerja kalau nak berhenti pertama serahkan surat letak jawatan kepada majikan kemudian mereka akan buat keputusan Kita masih belum menerima apa-apa surat daripada Zaid setakat ini yang mengatakan mahu keluar parti katanya.

Bagaimanapun Saifuddin berkata bahawa beliau tidak rasa terkejut sekiranya laporan media mengatakan Zaid mahu keluar parti adalah benar. “Tidak ia bukan satu kejutan kepada kita Tidak tidak sama sekali,” katanya.

Zaid sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini keluar PKR seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden
Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini Zaid berkata, saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti ‘

Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.

Malah kata Zaid beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil.

Minggu lalu, Zaid turut meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Zaid, penyelaras Pakatan Rakyat, menyertai PKR pertengahan Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno beberapa bulan sebelum itu, di mana beliau juga kritikal dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Kelmarin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak akan menerima beliau kembali.

Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini, Zaid berkata, “saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti.”
Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.

Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil.

Zaid, yang berada dalam Umno selama 23 tahun, sebelum ini merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan anggota Biro Politiknya.

Pada April lalu beliau bertanding di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Sunday, November 14, 2010

NIK AZIZ BUKAN LAGI TOKOH MUSLIM BERPENGARUH

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan sudah tidak ada lagi dalam senarai 50 teratas personaliti Muslim terpengaruh di dunia.

Nama-nama baru dari Malaysia yang disenaraikan dalam edisi kedua buku ”The 500 Most Influential Muslims In The World” ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Prof Dr Muhammad Afifi al-Akiti.

Muhammad Afifi merupakan anak Melayu pertama dilantik berkhidmat di Universiti Oxford iaitu di Fakulti Teologi.

Nama lain ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim serta Angkasawan Negara pertama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Nama Nik Aziz sudah terkeluar terkeluar berbanding edisi sulung buku itu tahun lalu walaupun personaliti dari Malaysia yang disenaraikan dalam meningkat kali ini semakin meningkat.

Beberapa nama terkemuka lain juga terkelur kali ini.

Dalam edisi 2009, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sejak 1990, berada di tangga ke-42, tetapi tiada rakyat Malaysia yang menduduki senarai 50 teratas kali ini.

Pada 23 Julai 2005, beberapa hari selepas kejadian mengebom London, Muhammad Afifi telah menghasilkan penulisan bertajuk “Defending the Transgressed by Censuring the Reckless against the Killing of Civilians”.

Buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” antara lain menyebut pandangan dan pendapat Mashitah, yang juga pakar motivasi, mengenai isu-isu Islam kontemporari mendapat perhatian luas.

Beliau menyertai politik enam tahun lalu dan bertanding pada pilihan raya umum 2004.

Mengenai Dr Muszaphar pula kata buku itu, penyertaan dalam program angkasawan lepas tiga tahun lalu juga membawa kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa khusus mengenai tatacara solat ketika berada di angkasa lepas. Beliau menamatkan zaman bujang pada 10 Oktober lalu.

Disenaraikan tahun lalu tetapi tidak dimasukkan dalam edisi semasa ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tahun lalu dimasukkan dalam kategori politik, aktivis Sharifah Zuriah Aljefferi, pemimpin Sisters In Islam, dan tokoh pendidikan Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar.

Pemimpin yang kekal dalam senarai tahun ini ialah Anwar dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pengasas Sisters In Islam Zainah Anwar, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang Mohideen Abdul Kader, Kumpulan Raihan yang terdiri daripada Cge Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Amran Ibrahim dan Zulfadli Mustaza dan pakar ternama dunia dan penulis bidang pengajian perbandingan Islam dan undang-undang moden Prof Dr Mohammad Hashim Kamali.

Buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” diterbitkan buat julung kali tahun lalu oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center.

Personaliti Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam buku itu merupakan kalangan yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan dan membawa perubahan dalam kehidupan.

Kategori pemilihan dibahagi kepada 15, antaranya ulama, politik, cendekiawan, wanita, belia, sains, perubatan dan teknologi dan media.

Dalam senarai 50 teratas kali ini termasuklah Raja Saudi Abdullah Abdul Aziz Al Saud, pemimpin Iran Syed Ali Khamenei, Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan, Imam Besar Masjid Al-Azhar dan pemimpin Universiti Al-Azhar Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim Sheikh Yusuf Al-Qaradawi; pendakwah dan aktivis sosial Amr Khaled, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syeikh Mohammad Mahdi Akef dan pemimpin Hamas Khaleed Mishal.