Showing posts with label Tanah Merah. Show all posts
Showing posts with label Tanah Merah. Show all posts

Saturday, December 13, 2008

TANAH MERAH – BANYAK PERSOALAN BELUM TERJAWAB

UMNO Bahagian Pengkalan Chepa sudah dan hari ini Tanah Merah.

Bahagian UMNO Tanah Merah adalah bahagian terakhir mengadakan persidangan perwakilan selepas ditangguh kerana injuksi oleh bekas ahli jawatankuasa bahagian itu, Abdul Rahman Ibrahim pada 6 November lalu.

Mesyuarat dapat diadakan selepas Mahkamah Tinggi Kota Baharu pada 3 Disember 2008 mengetepikan dengan kos injuksi terhadap 32 anggota UMNO bahagian berkenaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah, Almidi Jaafar baru-baru ini berkata, arahan daripada Ibu Pejabat UMNO melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri menetapkan mesyuarat perlu diadakan pada Sabtu depan.

Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah pada 8 November lepas terpaksa ditangguhkan setelah Abdul Rahman mengemukakan saman pemula pada hari itu meminta mahkamah menghalang 32 anggota UMNO itu mengambil bahagian dalam mesyuarat.

Abdul Rahman menamakan 32 anggota bahagian itu sebagai tidak sah kerana gagal menjelaskan yuran mengikut syarat ditetapkan perlembagaan parti.

Mungkin ada bersorak gembira gembira hari ini, tetapi beberapa persoalan ini perlu direnungi secara berhemah:

1. Difahamkan Abdul Rahman akan megemukakan rayuannya di Mahkamah Rayuan berkaitan injuksinya diketepikan. Difahamkan peguamnya sudah sudahpun mendaftar bagi rayuan berkenaan;

2. Keputusan Mahkamah Tinggi 3 Disember lalu akan dirayu;


3. Difahamkan, penyata akaun Bahagian tidak disempurnakan dan menurut pekeliling Ibu Pejabat UMNO, penyata akaun perlu disempurnakan sebelum mesyuarat bahagian dapat diadakan; dan,


4. Kenyataan Pemangku Ketua Bahagian, Nik Kemaruzaman Sulong bahawa isu yuran dan ahli hantu yang didaftarkan pihak-pihak tertentu belum diumumkan keputusannya oleh Ibu Pejabat UMNO sama ada benar atau tidak.

Bagaimana sekiranya tuduhan itu didapati benar selepas ini?
Itu diperingkat Bahagian.

Bagaimana pula dengan pemilihan wakil ke Perhimpunan Agung UMNO nanti?

Sekiranya pertikaian berterusan dan 14 wakil ke Kuala Lumpur itu mengundi memilih Timbalan Presiden, Naib-Naib serta Ahli Majlis Teringgi UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, apakah jika rayuan di Mahkamah diterima, sahkan undi mereka?
Jika undi kemenangan kepada calon-calon itu perbezaannya melebihi 14 undi tidak apalah tetapi bagaimana sekiranya di bawah 14 undi?

Jika ditakdirkan Allah, Abdul Rahman menenangi kesnya, dan ada pula calon menang di bawah 14 undi, apakah undi akan dikira semula?

Ada banyak kesan lain kelak akan terserlah sekiranya Ibu Pejabat UMNO terlalu cepat mengarahkan mesyuarat seperti diadakan hari ini.

Isunya bukan sekadar ‘kemenangan Ibu Pejabat’ di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dan ‘kekalahan kes yang dibawa Abdul Rahman’.

Saya yakin isu Tanah Merah ini akan berpanjangan sekiranya keputusan tidak dibuat dengan teliti.

Ia akan berterusan sehingga selepas Mac 2009 dan sudah tentu Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Mohamad Najib Razak terpaksa berdepan dengan isu ini.

Apa yang saya lihat pembaharuan UMNO akan diganggu-gugat oleh kes-kes terpilih seperti di Tanah Merah, Larut, Tenom atau juga Seremban kerana tuduhan kononnya ada permainan ‘orang Ibu Pejabat’ yang menyebabkan adanya penangguhan persidang perwakilan bahagian-bahagian berkenaan.

Selain isu perhimpunan itu sendiri, isu pemecatan Abdul Rahman akan muncul kembali kerana sebab-sebab surat tunjuk sebab dan tarikh pemecatannya yang dikatakan ‘ada kes’ untuk dipertikaikan.

Selamat bersidang perwakilan Tanah Merah untuk kali kedua.

Harapan dan doa saya, tidak akan ada kali ketiga atau seterusnya selepas ini kerana apabila Ibu Pejabat UMNO mengarahkan Tanah Merah bersidang hari ini, ia mempunyai sebab kukuh yang tidak akan boleh dipertikaikan oleh sesiapa, termasuk manusia bernama Abdul Rahman yang bukan lagi ahli UMNO!

Sunday, November 23, 2008

UMNO TANAH MERAH YANG ‘BERDARAH’

Bahagian Ketiga

Saya menerima e-mail daripada seseorang semalam yang saya jangka dia mesti dari Tanah Merah.

Saya tidak mengubah sepatah perkataan pun untuk mengekalkan keaslian tulisan berkenaan.
Baca, nilai dan fikirkan!

Kes Abdul Rahman Ibrahim Vs. 32 ahli yang tidak menjelaskan yuran mengikut perlembagaan UMNO di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, telah membuktikan para pegawai di PWTC adalah penyumbang utama terhadap kemelut yang berlaku di Bahagian Tanah Merah. Para pemerhati politik dan pengamal politik yang ‘jauhari’ tentu sekali senyum sinis dengan episod demi episod yang berlaku di Tanah Merah.

Gelagat hipokrit para pegawai di PWTC semakin jelas kelihatan‘tanduknya’.
Masyarakat Tanah Merah amat faham kenapa kecelaruan ini bertakhta. Melalui ungkapan-ungkapan angkuh,sombong dan riak mengatakan bahawa para pegawai di PWTC telah dikawal oleh Ikmal Hisham. PWTC dalam gengamannya.

“Peristiwa 2004 tidak akan berulang. Saya pasti akan jadi Ketua Bahagian dan terus ke pusat”- SMS dari Ikmal Hisham kepada ahli-ahli UMNO Tanah Merah.
Tidak perlu rujuk kepada ahli tafsir untuk jelmakan maksud yang tersirat dan tersurat dalam kalimah di atas. Para pelajar UPSR pun memahaminya.

Kalau tidak masakan semua pegawai bermula daripada Setiausaha Agung, Setiausaha kerja, kakitangan IT dan tidak ketinggalan peguam UMNO habis-habisan menjadi galang-ganti kepada tuan tubuh Ikmal Hisham. Ironinya peguam UMNO sendiri bertungkuslumus mempertahankan 32 ahli UMNO yang melanggar perlembagaan parti. Setiausaha Agung, pula mungkin atas nasihat yang ‘salah atau tersalah’dari peguam ‘tuan penasihat’UMNO mendorong beliau mengeluarkan senarai 32 defendan dalam mahkamah kononnya telah menjelaskan yuran sebelum 31/12/2007.

Signifikannya, daripada 32 ahli yang disenaraikan itu terdapat 11 ahli yang mengaku tidak pernah bayar pun yuran berkenaan. Mereka telah menandatangani Akuan Berkanun dengan rela.
Kalau cerita Tan Sri P.Ramlee dalam 3 Abdul ‘Tuan Penasihat’ seperti ini mendapat 10%. Akhirnnya kena jual lelong.

Kalau setakat ‘Tuan Penasihat” di jual lelong tidak menjadi masalah. Dalam scenario ini nampak gaya Umno nak kena lelong.Kalau UMNO di lelong oleh ‘Tuan Penasihat’ parahlah orang melayu. Bukan salah ibu mengandung tetapi salah pilih ‘Tuan penasihat’.
Jalan cerita menjadi kusut lagi apabila peguam UMNO berkenaan memberi nasihat yang salah lagi kepada Setiausaha Agung untuk memcat Abdul Rahman Ibrahim dengan rujukan fasal 20.7 “Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya dalam parti gugur dengan sendirinya”.

Pemecatan Abdul Rahman Ibrahim secara akademiknya dianggap sebagai satu taktik mudah untuk menidakkan hak Abdul Rahman di mahkamah. Masuk dan cuba pukul ikut pintu belakang. Perbuatan yang dayus dan cuba menafikan yang hak. ‘Natural Justice’ dan ‘Moral Law’ dipinggirkan.


Kalau mengikut fasal 20.7; satu siasatan perlu dilakukan untuk memastikan samada Abdul Rahman telah mematuhi sepenuhnya atau tidak peraturan-peraturan parti. Salah satu modul siasatan yang lazim digunapakai ialah melalui Surat Tunjuk Sebab atau siasatan secara bersemuka.


Pandirnya’ Surat Tunjuk Sebab yang ditandatangani oleh Setiausaha Lembaga Disiplin difakskan kepada Abdul Rahman pada 12/11/2008 untuk menyediakan reprisentasi sebelum 19/11/2008.’Lunchainya’ pula belum sempat representasi dibuat ,surat pemecatan diutuskan kepada Abdul Rahman bertarikh 17/11/2008. Pemecatan berkuatkuasa pada 4/11/2008 ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Pemecatan Abdul Rahman Ibrahim dilakukan secara tergopoh-gapah.

Ini pun atas nasihat ‘tuan penasihat’yang tidak berapa sihat moralnya. Hendak mengenakan Abdul Rahman Ibrahim secara luar tabii.


*sekadar peringatan. Ingat-mengingati atara satu sama lain adalah di tuntut oleh ugama.
Sabda Nabi s.a.w: ‘Tiada akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya dan tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnyaDan seseorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatan”

An-Nisa’:135
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah orang yang kuat memegang keadilan, menjadi saksi bagi Allah meskipun ke atas diri kamu atau kedua ibubapa dan kaum kerabat”

Peguam UMNO mungkin memesongkan fahaman Setiusaha Agung atau juga secara berkonspirasi mengeluarkan kenyataan akhbar dan media dengan mengatakan seorang ahli jawatankuasa bahagian telah mendapat notis mahkamah bagi menghalang mesyuarat UMNO Bahagian. Sedangkan notis mahkamah sebenarnya menghalang 32 orang ahli yang tidak menjelaskan yuran untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat pada sidang hari berkenaan.

Mungkin juga pada hari persidangan di Tanah Merah , ‘tuan penasihat’ telah menyampaikan dengan ‘sengaja/tidak sengaja’ (walahuallam) kepada YAB Timbalan Presiden, Tan Sri Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan bahawa notis berkenaan ialah menghalang persidangan bukannya menghalang beberapa ahli sebagaimana notis sebenar. Atas alas an itu lah YAB Timbalan Presiden mengarahkan mesyuarat ditangguhkan.Takut berdepan dengan saman komital;menghina mahkamah dikenakan.

Secara logik, sekirannya maklumat sebenar disampaikan kepada YAB Timbalan Presiden arahan mungkin berbeza. Sebabnya tanpa 32 orang ini tidak mengganggu korum persidangan. Persidangan boleh diteruskan.

Terbeliak bercupak biji mata rakyat merhain dalam sidang pada hari itu apabila seorang peguam memasuki dewan dan menangguhkan persidangan.Sepatutnya menasihati pengerusi persidangan untuk membuat pengumuman dan menangguhkan sidang.Bukannya sebarang orang. Kita minta peguam berkenaan baca peraturan persidangan dengan betul.

Berbalik kepada sms Ikmal Hisham “Peristiwa 2004 tidak akan berulang. Saya pasti akan jadi Ketua Bahagian dan terus ke pusat”- SMS dari Ikmal Hisham kepada ahli-ahli UMNO Tanah Merah.”

Sekirannya Ikmal Hisham tidak terlibat dalam 32 orang yang didakwa Abdul Rahman Ibrahim, persidangan persidangan Bahagian Tanah Merah sudah selesai. Mungkin tuan penasihat pun tidak akan datang ke Tanah Merah menangguhkan mesyuarat. Susah-susah aje..Ab Rahman Ibrahim pun mungkin tidak di apa-apakan. Mungkin juga kalau 323 orang itu tidak termasuk Ikmal Hisham “tuan Penasihat’ pun tidak akan mewakili mereka.

Tentu sekali alas an akan berbunyi ‘mana boleh, saya peguam UMNO. Peguam kepada seluruh berjuta ahli bukannya 32 orang itu sahaja. Saya kena berkecuali,biarkan mahkamah buat keputusan”.

Khalifah Abdul Malik bin Marwan: “semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya, membalas dan bersikap adil ketika kuat. YAB Dato’ Sri Najib “ I thanks members for their trust in me… I aspire to carry out trust and resposiblities in addressing all challenges faced by UMNO and Barisan Nasional.” NST 03/11/2008
Kita yakin ungkapan keramat ini bukan kosmetik apabila seseorang itu dipilih sebagai pemimpin. YAB Dato’ Timbalan Presiden mampu membuat audit tentang kemelut yang berlaku bukan sahaja di Bahagian Tanah Merah tetaspi seluruh Negara. Para pegawai yang menjadi anai-anai yang akan meruntuhkan PWTC dibersihkan. Selamat PWTC, Selamatlah bangsa Melayu.
(Tunggu ulasan seterusnya...)

Saturday, November 22, 2008

UMNO TANAH MERAH YANG ‘BERDARAH’

Bahagian Kedua

Tunggu, ada perkembangan menarik mengenai isu Bahagian UMNO Tanah Merah yang semakin ‘berdarah’.

1. Kelmarin Mahkamah Tinggi Kota Bharu menangguhkan kes rayuan 32 ahli yang disekat menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah dan akan didengar pada 3 Disember 2008.

Ini bermakna mesyuarat perwakilan bahagian akan hanya dibuat selepas tarikah itu, jika kes ini memihak kepada 32 anggota berkenaan.

2. Dilaporkan di kalangan 32 ahli yang dihalang menghadiri mesyuarat itu, 9 (Sembilan) daripadanya dijangka membuat akaun bersumpah bahawa mereka tidak pernah membayar yuran. Jadi siapa yang bayar yuran untuk mereka? Bukankah menjadi syarat atau peraturan dalam UMNO bahawa ahli perlu membayar yuran dengan wang dari saku sendiri.

3. Ahli jawatankuasa Bahagian Umno Tanah Merah, Abdul Rahman Ibrahim yang dipecat daripada Umno akan kembali ke mahkamah. Kali ini ke Mahkamah Rayuan dengan beberapa perkara termasuk:

a. Pertikai tindakan Setiausaha Agung memecat beliau daripada UMNO;

b. Mencabar Perlembagaan UMNO dengan menggunakan Artikel 4 Perlembagaan Malaysia; dan


c. Mencabar keputusan memecatnya sedangkan surat tunjuk sebab kepada Setiasusaha Kerja sudah dihantar dan pemecatan dilakukan sebelum tamatnya tempoh 7 hari yang diberikan untuk menjawab surat tunjuk sebab.

Berkaitan perkara ahli, apakah ada orang ‘mentipu’ Setiausaha Agung dengan maklumat salah – mengatakan 32 ahli membayar yuran dan tidak ada apa yang boleh dipertikaikan. Apakah Setiausaha Agung akan terperangkap kerana maklumat salah?

Juga Setiausaha Agung sudah membuat kenyataan bersifat ‘mengelirukan’ dalam Utusan Malaysia pada apabila mengatakan Abdul Rahman mengemukakan kes di Mahkamah Kota Bharu, sedangkan beliau hanya cuba menghalang 32 ahli UMNO menghadiri mesyuarat perwakilan Bahagian UMNO Tanah Merah – bukan menghalang mesyuarat diadakan.

Tunggu ulasan lebih lanjut...