Showing posts with label Raja Bahrin. Show all posts
Showing posts with label Raja Bahrin. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

JIKA WAN FARID BANGSAWAN, RAJA BAHRIN BANGSAWAN ATAU APA?

Raja Bahrin belum menjawab pertanyaan-pertanyaan ini...kita mengharapkan JAWAPAN kepada tuduhan ini agar Raja Bahrin membersihkan dirinya.
Saya tidak ingin mengulas lanjut mengenai apa yang diperjuangkan calon P 36 Kuala Terengganu, Mohd Zubir Embong atau Cikgu Zubir tetapi mengenai lawannya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah.

Dua blog berpengkalan di Terengganu, teganukini dan teganuku menimbulkan persoalan apakah Raja Bahrin akan menjadi wakil rakyat yang berkesan jika dilantik.

Dengan perkataan lain , apakah dia mampu ‘meletakkan dirinya sebagai 'Yang Berkhidmat’ bukan YANG BERHORMAT dengan kedudukannya sebagai KERABAT DIRAJA dan seseorang yang amat dihormati di kalangan rakyat.

Isunya apakah dia bersedia jika pintu rumahnya diketuk pada waktu malam? Juga apakah rakyat berani untuk ke rumahnya yang mempunyai pengawal sementara ketika turun padang pun dikatakan diiring 'pengawal peribadinya'?

Jika Raja Bahrin mampu menjadi YANG BERKHIDMAT, ia cukup menggembirakan tetapi jika YANG BERHORMAT, rakyat Kuala Terengganu akan kecewa memilihnya.

Rakyat Kuala Terengganu sudah belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini apabila memilih calon dari PAS, Mohd Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen.

Kita akui Wahid berbahas dalam Parlimen dan sebagai ADUN Wakaf Mempelam, beliau turut memainkan peranannya. Namun, apa yang ditimbulkan oleh Wahid seperti isu royalti petroleum, isu pembangunan Kuala Terengganu dan sebagainya bukan cadangan tetapi kritikan.

Kritikan pula lebih bersifat memperkecilkan apa yangcuba dilakukan oleh Kerajaan Negeri bukan cadangan untuk membantu pelaksanaan projek-projek tersebut. Malah di Parlimen, ternyata Wahid tiada visi berbanding apa yang diperkatakan ’12 Perjuangan’ oleh Cikgu Zubir.


Memetik apa yang diperkatakan teganukini mengenai Raja Bahrin, baca untuk kita menilai antara Cikgu Zubir berbanding Raja Bahrin:



Ternyata Cikgu Zubir bukan seperti Raja Bahrin yang berjuang kerana amarah, dendam dan merasakan peluang untuknya mendapatkan kontrak semakin tertutup apabila sedar ada arahan daripada PIHAK ATASAN yang akan menyekatnya untuk mengumpul kekayaan di Terengganu.

Malah Cikgu Zubir menginsafi diri bahawa kederat yang ada padanya perlu dipergunakan sebaik-baiknya.


Kerana itu bagi melaksanakan amanah, beliau berikrar: “Saya Meletakkan Diri Saya Lebih Rendah Daripada Tapak Kaki Rakyat. Bukan Untuk Dipijak Tetapi Untuk mengangkat mereka (rakyat) tatkala mereka Tidak Berupaya Untuk Bangkit Sendiri”.


Persoalannya, apakah seseorang yang berketurunan RAJA akan memperjuangkan seperti Cikgu Zubir.

Lantas timbul persoalan:

1. Apakah Raja Bahrin yang hidup dengan dunia glamour dan BERDARJAT sebelum ini mampu menjadi WAKIL RAKYAT sebenar-benarnya?

2. Apakah Raja Bahrin mudah didekati rakyat Kuala Terengganu yang pelbagai golongan dari Yang Kaya hingga kepada yang miskin seperti nelayan, pekerja kontrak, pemandu teksi dan lain-lain?

3. Apakah Raja Bahrin akan ‘membuka pintu rumahnya pada waktu malam’ apabila diketuk oleh rakyat?

4. Apakah Raja Bahrin akan menjadi seperti seperti Khalifah Umar yang menjejaki masalah rakyat sesuai dengan dirinya sebagai YB PAS jika dipilih oleh rakyat?

5. Apakah Raja Bahrin sudah benar-benar menjadi 'pemimpin Islam' sejak beliau menyertai PAS atau sekadar mahu jadi calon pilihan raya?

Dari segi ‘BERSIH’ rasanya Cikgu Zubir belum terpalit apa-apa dan dia banyak jasa kepada ibu bapa, pelajar, guru serta orang ramai ketika berkhidmat dengan kerajaan?

Raja Bahrin? Bacalah sendiri kisahnya, banyak kisah dirinya.

Langkah pertama KONONNYA untuk berbakti kepada rakyat Kuala Terengganu menempuhi pelbagai masalah terhadapnya akibat KERENAH DIRINYA SENDIRI.

Orang Kuala Terengganu tahu siapa Raja Bahrin dalam kes stadium runtuh dan pelbagai isu lain. Cumanya, rakyat tidak suka memperkatakannya kerana DIA BERDARAH RAJA. Masih ada tanda hormat di kalangan rakyat.

Tetapi kalau Cikgu Zubir berada di tempat Raja Bahrin dan bertanding BN, pasti sudah lama dibongkar dan difitnah.

Pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009, belum apa-apa PAS membuat fitnah kepada Datuk Wan Farid Wan Salleh kononnya berkaraoke dengan gadis muda. Apa pula bentuk kehidupan Raja Bahrin?

Gambar FITNAH oleh PAS terhadap Wan Farid pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009.
Malah, mereka berkempen awal-awal lagi supaya menolak Wan Farid kerana sukar untuk didekati rakyat kerana BERKETURUNAN BANGSAWAN. Sekarang kenapa PAS membisu dengan Raja Bahrin sebaliknya bangga menggelarkan Raja Bahrin sebagai KERABAT DI RAJA dengan PAS cuba menutup PERBUATAN JAHATNYA terhadap Wan Farid seperti dilakukan pada 2009?

Siapa Raja Bahrin? BANGSAWAN atau APA? Sebenarnya lebih tinggi daripada BANGSAWAN. 

Sedangkan Cikgu Zubir 'seperti Mohd Wahid Endut' pada 2009, iaitu calon RAKYAT yang mahu berjuang untuk RAKYAT KUALA TERENGGANU!

Sunday, July 8, 2012

'AMANAHKAH' AMANAH TERENGGANU SYOR DEBAT ANTARA AHMAD SAID, WAHID ENDUT?


Dalam tulisan saya di teganuku hari ini mengenai Debat Politik, saya menganggap debat seperti ini tidak akan mendatang kebaikan kepada UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan tetapi lebih banyak milage kepada pembangkang.

Malah dengan jelas saya menyebut bahawa adalah sesuatu yang pelik dan tidak terlintas di benak saya sama sekali apabila ada wartawan menelefon mengatakan ada NGO mendakwa Menteri Besar bersetuju untuk berdebat dengan wakil pembangkang di Terengganu.

Soalannya, siapa yang bersetuju dengan debat itu dan kenapa NGO berkenaan menggunakan nama Menteri Besar, kononnya bersetuju dengan cadangan mereka untuk menganjurkan debat.

Selain itu untuk kepentingan siapakah NGO itu bergerak dan untuk tujuan apa NGO berkenaan menggunakan nama Datuk Seri Ahmad Said atau Abdul Wahid Endut dalam konteks debat politik ini?


Dan secara kebetulan, hari ini di Kuala Terengganu, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu menyarankan satu sesi debat diadakan di antara kerajaan Terengganu dan pembangkang di negeri itu bagi merungkai isu tempatan.

Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata Amanah sedia menjadi penganjur bagi memberi ruang kedua-dua pihak menjawab pelbagai isu yang menjadi bualan penduduk Terengganu sekarang.

"Saya banyak menerima soalan daripada orang ramai tentang isu-isu yang perlu penjelasan dari pihak kerajaan dan pembangkang dan atas dasar inilah kami mahu mengadakan debat isu semasa untuk kali pertamanya di peringkat negeri sebagai perintis kepada usaha ini…Ini juga akan memberi peluang kedua-dua belah pihak menjelaskan hala tuju parti masing-masing dan juga membentang manifesto mereka sambil membahaskan isu-isu semasa lain," katanya.

Malah pada sidang media di Kuala Terengganu hari ini, Amanah juga telah menghantar surat jemputan kepada Menteri Besar selaku Pengerusi Barisan Nasional Negeri Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut dan berharap kedua-dua pihak terbuka menerima pelawaan itu.

Amanah merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuh Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Julai tahun lepas, bertujuan menjadi platform pelbagai pihak menyuarakan pandangan terhadap isu yang dibangkit rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Saya tidak pernah mengulas mengenai Amanah tetapi beberapa persoalan untuk saya kemukakan di sini:
1. Siapakah yang memimpin Amanah Terengganu?

a. Jawapannya ialah Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah. Dengan penuh 'rasa hormat kepada beliau', saya melihat Raja Bahrin tidak bebas dan semakin terikat, kerana beliau kini menyekutukan dirinya dengan PAS; 


b. Raja Bahrin sendiri terbabit dengan pelbagai kontoversi, termasuk peribadi dan perniagaannya khususnya sebagai artitek perunding dalam beberapa projek penting seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dipersoalkan serta beberapa projek lain.

c. Juga kenapakah ada beberapa projek 'seperti dalam genggamannya boleh terlepas'? Tidakkah ini menggambarkan Raja Bahrin sendiri dipersoalkan ‘amanah’ beliau dalam menggendali dan menguruskan projek yang diamanahkan kepada beliau?

Cara beliau mengkritik kerajaan negeri seolah-olah beliau lupa bahawa projek ‘bumbung stadium yang runtuh ini dikendali dan sudah diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya atau Jabatan Kerja Raya. Kenapa dalam ceramahya di pentas PAS beliau tetap menyalahkan Menteri Besar?

c. Raja Bahrin yang suatu ketika begitu ‘rapat’ dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said jelas kini ‘menjauhkan diri’ kerana beberapa perkara ( tidak perlu dinyatakan di sini) apakah ikhlas dan amanah dalam merenggangkan ikatan tersebut sedangkan arahan mengenai tender atau kontrak bukan 100 peratus dalam bidang kuasa Ahmad Said.

Bukan rahsia lagi bahawa ada tender besar untuk projek-projek tertentu di Terengganu ditentukan oleh ‘satu jawatankuasa’ yang mempunyai kuasa melebihi kuasa Menteri Besar. Jika gagal mendapatkan kerja atau tender berkenaan, Raja Bahrin tidak boleh sewenang-wenangnya memarahi atau berjauh hati dengan Ahmad Said!

2. Debat Politik Bukan Dianjurkan NGO Bebas Amanah Terengganu berpandangan debat satu kegiatan sihat kerana pelbagai isu dapat dirungkaikan dan ia peluang bagi parti-parti politik di negara ini menunjukkan kematangan masing-masing khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Apakah UMNO dan Barisan Nasional tidak matang? Apakah pemimpin Persekutuan dan negeri tidak matang dan hasil debat sahaja akan menjadikan politik Malaysia bertambah matang? Seperti disebutkan di atas, Raja Bahrin kini menyekutukan dirinya dengan PAS dan bersimpati dengan perjuangan PAS.

Dengan kata lain pemimpin Amanah Terengganu kini menjadi penyokong sebuah parti politik dan aktif ‘membantai kerajaan negeri dan Menteri Besar’. Apakah wajar untuknya menjadi penganjur?

Dengan mendesak Ahmad Said berdebat dengan Wahid Endut adalah tindakan publisiti murahan yang cuba memberikan ruang terbuka kepada Pesuruhjaya PAS Negeri.

Debat seperti ini tidak sewajarnya berlaku dan akan merugikan masa,

Ia tidak mendatangkan sebarang faedah untuk rakyat, apalagi gelanggang digunakan untuk menghentam UMNO, BN dan Menteri Besar.

Daripada rakyat ‘jadi pening’ hasil debat politik, lebih baik biarkan rakyat dengan tenang memilih siapa yang mereka suka dalam PRU Ke 13 ini kerana medium lain sudah banyak dilontarkan kepada masyarakat seperti ceramah, kempen, media sosial, media cyber, media cetak dan juga penerangan-penerangan melalui tv, radio dan juga CD.

Kerajaan Negeri, UMNO, BN dan Ahmad Said tidak perlu layan saranan Amanah ini lagipun pemimpin Amanah itu sendiri boleh dipersoalkan apakah mereka benar-benar amanah apabila mengutarakan pandangan mengadakan debat politik seperti ini?