Showing posts with label Papagomo. Show all posts
Showing posts with label Papagomo. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

'JAHAT' PAPAGOMO TU...JADIKAN ANWAR GELABAH, RESAH & MARAH


Jika laporan papagomo tidak betul, saman biar berjuta-juta.

Ingat papagomo sengaja-sengaja main isu ini sampai ada orang Anwar menganaggapnya sebagai 'konspirasi III'?

Selepas kira-kira 10 hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes liwat, papagomo yag dianggap sebagai blogger pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya Anwar meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.

Menurut papagomo, laporan ini dibuat sejam sebelum tengah malam semalam.

Penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR tiba-tiba gelabah dan naik marah sambil melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mesej mengecam laporan itu turut dibuat menerusi Twitter dan Facebook.

Laporan blog itu turut membawa gambar dua lelaki berada dalam sebuah kereta polis, salah seorang dipercayai penuntut yang membuat aduan polis.



Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menerusi mesej Twitter menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai "sampah." "Ada juga dengar-dengar tapi sampahlah bro (saudara)," kata beliau membalas mesej dua pengikutnya awal pagi semalam.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, pesaing politik Anwar menggunakan modus operadi yang sama iaitu satu laporan polis dibuat dan ia akan disusuli dengan siasatan polis sebagaimana disaksikan dalam kes-kes sebelum ini.

(Untuk peringatan, seperti biasa Sinar Harian Online dalam laporannya, berusaha mampertahankan Anwar melalui apa cara sekali pun dengan menyiar panjang kenyataan pemimpin PKR mempertahankan Anwar.)

Perkembangan terbaru ini jika benar dilihat akan mengganggu tumpuan Anwar, yang baru-baru ini berkata akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13, mengemudi PR menghadapi pilihan raya umum.

"Malah, ia juga sama sebagaimana kita saksikan dalam video yang ditontonkan oleh Datuk K (kepada media awal 2011) untuk menjejaskan imej Datuk Seri Anwar.

Malah ,ia muncul beberapa hari selepas Peguam Negara membuat rayuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah pun dibebaskan.

"Perkara (laporan) ini tidak mengejutkan kami sebab skrip adalah sama dan digunakan oleh musuh-musuh kami untuk pilihan raya umum," kata Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam.

Beliau menambah, ia akan membawa kesan buruk ke atas BN khususnya Umno selepas beberapa usaha mereka sebelum ini untuk memburukkan imej Anwar ternyata telah gagal.

Aktivis blogger Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan pula berkata, "adakah DSAI (Anwar) akan sekali lagi turun-naik mahkamah selama beberapa tahun?"

"Blog papagomo melaporkan seorang mahasiswa telah membuat laporan polis kononnya diliwat oleh DSAI baru-baru ini.

Apakah ini taktik terbaru Umno untuk menghadapi PRU13 dengan mengalih tumpuan terhadap susuk yang pernah dua kali didapati tidak bersalah dalam konspirasi liwat satu dan dua," katanya lagi.

Katanya, perencanaan telah disusun dengan baik demi detik terpenting menghadapi pilihan raya "hidup mati Umno-BN."

"Lebih dilihat BN akan terlingkup dalam pilihan raya akan datang, maka sesuatu perlu dirangka sebelum terlambat, menjadikan PRU13 yang dicanang sejak pertengahan tahun lepas dianjak-anjak beberapa kali," katanya lagi.

Edy Noor juga berkata, Umno-BN yang kian hari kian terdesak akan menggunakan apa jua cara sekalipun bagi mengelak daripada tewas PRU-13, kedudukan yang bukan sahaja boleh menyebabkan harta hasil rasuah dirampas dan dikembalikan kepada rakyat, malah bakal ada pemimpin Umno yang akan menjengah ke tali gantung.

"Dijangkakan juga ramai bekas menteri yang akan naik basikal berseluar senteng bersama 'briefcase' usang di tangan.

"Biarpun terpaksa menggunakan SOP sedia ada, sekali gus menggunakan pakej persepsi yang telah dibina dari tahun 1998, apa sahaja cara untuk menghalang DSAI membawa rakyat menaiki takhta harus diguna pakai.

 "Taktik 'diversion' dilihat mempunyai kesan serampang dua mata selain cubaan menjatuhkan reputasi anwar, mereka cuba merantai Anwar di pintu mahkamah," katanya sambil menambah, "sedangkan semua itu telah dilalui dengan berjaya oleh seorang Anwar didukungi semangat reformasi rakyat Malaysia."

Katanya, "maka apakah dengan kegusaran melampau ini, hadirlah slot terbaru konspirasi liwat ketiga?"

Blog Papagomo menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.

"Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu.

Bagaimanapun entri blog empat para itu berkata, dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya.

"Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya, namun yang pasti semua kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu," katanya dilihat merujuk kepada perkembangan ketika kes liwat kedua pada 2008.

Anwar ketika itu mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki atas alasan keselamatannya terancam.

Papagomo sebelum ini pernah menyiarkan beberapa klip rakaman menyentuh Anwar sejak awal tahun lalu.

Friday, May 18, 2012

AJAK JER PAPAGOMO PERGI MAKAN KAT BISTRO TU...BIAR BARA BERAPI


Ini bukan mahu masuk campur hal orang muda. Saya Blogger OTAI…orang tak pandang pun. Hit pun bukan banyak.

Namun seperti orang muda, kalau tak menulis rasa serta merta nak demam.

Dapat je posting, tak makan panadol macam Datuk Seri Anwar Ibrahim pun dah kebah!

Tapi yang tak sedapnya ada je yang tak kena antara kumpulan UBN dengan kumpulan Brotherhood ini.


Nasihat OTAI...dulu pada 1999, OTAI pun kena belasah juga oleh kumpulan propembangkang khususnya laman  mahazalim/mahafiraun. Ingat nama tu betul-betul. MAHAZALIM/MAHAFIRAUN (orang PKRlah tu)

Mereka mengatakan OTAI akan dapat stesen tv yang akan diberikan oleh Tun Daim Zainuddin kerana kerja di Ibu Pejabat UMNO melawan Reformasi. Maknanya mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad lah tu.

Kesian Dr M ketika itu. Digelar MAHAZALIM, MAHAFIRAUN dan sebagainya!!!!

Selepas 'dibuang' oleh ntv7 pada 1998, nasib OTAI baik diterima kerja di Ibu Pejabat UMNO dengan kumpulan 'belakang tabir' (bukan bantai bini orang tau).

Jadi buat kerja yang sepatutnya, termasuk menjadi Ketua Pengarang akhbar WAWASAN MERDEKA akhbar rasmi UMNO Malaysia). Tak apalah lupakan...itu cerita dah lebih 12 tahun!

Semalam Papagomo 'merintih' kerana ada masalah dengan kumpulan UBN. Biasalah tu....

Tapi puncanya di mana?

Ketua UBN? Tak kanlah orang seperti beliau yang dihormati mahu menganggu-gugat parti UMNO sendiri!

Atau ada orang yang jadi ambil kesempatan duit UMNO?

Atau ada musuh dalam selimut. Jaga-jaga jangan sampai UMNO kena gerudi dri dalam sudahlah.

Baik Papagomo atau sesiapa sahaja, termasuk HAJI RBF atau Parpukari jenguk-jenguk rakan dalam UBN yang boleh dibuat kira bicara.

Kita tidak mahu ada musuh dalam selimut. Kita semua tahu siapa yang ambil kesempatan. Seperti juga dalam kumpulan Brotherhood sendiri, ada juga yang tidak ikhlas. Kalau tidak tak kan ada seseorang yang mukanya dipaparkan dalam blog macam orang WANTED.

Sebenarnya klu daripada Parpukari mudah dibaca atau diterka untuk mengetahui siapa Papagomo tengah HANGIN. Bunyi-bunyi dekat REFORMASI jugak, tapi pendek sikit.

OTAI pun mungkin kenal orang ini. Tidak silap pernah ada pemimpin UMNO yang dekat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak termakan dengan pujukan orang ini.

Apa dia dapat tak tahulah. Ini cerita empat lima tahun lalu.

Hairannya orang ini dapat pula tepat di hati sesetengah pemimpin kita. Buta, desperate atau bodoh sangatkah pemimpin kita?

Kepada Papagomo bersabarlah. Tolonglah rakan-rakan seperti Rbf dan Parpukari pujuk dia…kalau tak dengar juga seret je dia pergi makan kat BISTRO yang Parpukari poskan dalam blognya itu.

Ajak dia minum teh tarik bila lega sikit… Rasanya jika Rbf dan Parpukari seret Papagomo tak terlawan dia. Badan hangpa berdua...fuyooo!!!

Kalau Papagomo berkeras juga,  jom kita candat sotong di Terengganu untuk hilangkan seketika ‘marah gila’ tu!

Jangan marah yang Papagomo nanti kalau marah, Tak Boleh Naik Kapal Selam lagi…. 

Untuk Rbf dan Parpukari..ingat pesan orang tua...tarik rambut dalam tepung!!!!

Monday, December 12, 2011

PAPAGOMO MEMANG HEBAT, PENTING UNTUK UMNO, BN


Ada rakan blogger dan wartawan bertanyakan bagaimana blogger hebat, Papagomo dibenarkan menaiki kapal selam KD Tun Razak di Langkawi Jumaat lalu.

Malah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang rahsia keselamatan diketahui Papagomo.

Apakah Papagomo manusia seperti Anwar yang sering keluar negara dan bertemu dengan pelbagai pihak, termasuk kumpulan Yahudi dan sebagainya yang mungkin menjadi musuh negara?

Soalan blogger dan wartawan itu sebenarnya sukar dijawab.

Apa jawapan yang saya ada? Siapa saya? Kalau saya diberikan peluang saya pun mahu seperti saya mencuba memandu kereta Proton Saga ketika mula-mula dikeluarkan jika tidak silap sekitar 1985 dulu.

Ketika itu ada tiga buah sahaja kereta Proton Saga dikeluarkan iaitu satu diserahkan kepada akhbar New Straits Times, satu untuk Berita Harian dan satu lagi saya sudah lupa.

Saya menguji pemanduan Proton Saga edisi pengenalan itu melalui Jalan Travers, Jalan Parlimen dan kembali ke Bangsar melalui Jalan Duta. Rasa macam VIP penting ketika itu!

Sayang sekali kerana saya tidak ada gambar dan tidaklah ada bukti dan orang boleh tuduh saya bohong.

Mungkin Papagomo serupa. Kalau tidak tak kanlah beliau post cerita itu sampai dua hari dengan gambar ekslusif olehnya.

Yang pasti bagi saya mungkin Perdana Menteri, Menteri Pertahanan atau orang penting di Kementerian Pertahanan melihat Papagomo sebagai BLOGGER PENTING yang mampu menyumbangkan tenaga dan pemikiran untuk kestabilan politik dan keselamatan negara.

Papagomo kalau dibandingkan dengan blogger lain, termasuk saya jauh beza dan tarafnya. Dia istimewa dan dengan dirinya seorang sahaja mampu menyumbang tenaga untuk UMNO, Kerajaan Barisan Nasional dan tokoh-tokoh tertentu.

Yang lain, ramai pun tidak ada sumbangan besar dan berkemampuan seperti Papagomo. Jadi tidak pelik beliau dijemput menaiki KD Tun Razak itu.

Yang lain juga tidak payah persoalkan kenapa dan mengapa Papagomo berada di dalam kapal selam itu.

Mungkin juga kehadiran Papagomo dan pengaruhnya mampu meyakinkan rakyat negara ini bahawa pihak pembangkang akhirnya terpaksa akur dengan kemampuan kapal selam negara menyelam di dasar laut selepas diberi peluang menaiki KD Tun Razak di Pulau Langkawi itu.

Seperti kata Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, pembangkang telah menyaksikan kehebatan dan kemampuan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dalam mempertahankan negara.

Papagomo menyaksikan sendiri bagaimana KD Tun Razak menyelam dan timbul di perairan Langkawi itu.

Berucap merasmikan Ekspo Permata 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur kelmarin, Najib berkata:"(Dahulu) mereka kata kapal selam ini tidak boleh menyelam, tetapi mereka akhirnya terpaksa akur dengan kenyataan bahawa kapal selam ini boleh menyelam.Malah (mereka juga) menyaksikan betapa hebatnya kemampuan kapal selam ini. "

Kelmarin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua Timbalannya, Prof. Dr. P. Ramasamy dan Datuk Dr. Mansor Othman berpeluang menaiki kapal selam KD Tun Razak atas jemputan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.

Selepas merasai sendiri pengalaman menaiki kapal selam itu, Guan Eng akhirnya mengakui aset tersebut amat diperlukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan kedaulatan tanah air.

Guan Eng pada sidang akhbarnya berkata, kapal selam TLDM boleh menyelam dan kenyataannya itu bercanggah dengan dakwaan pembangkang di Dewan Rakyat sebelum ini.

Persetujuan mengenai perolehan dua kapal selam milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak ditandatangani antara Malaysia dan Perancis pada 2002 dengan harga RM2.5 bilion termasuk pakej pemindahan teknologi.

Penganalisis pertahanan sebelum ini menyifatkan proses dan harga itu sebagai adil serta berbaloi.

Jadi amatlah benar dan saya tumpang gembira dan mengucapkan syabas kepada Papagomo kerana beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Papagomo melalui blognya, mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan.

Jadi kenapa Anwar, jangan kerana pemimpin pembangkang seperti Guan Eng mengakui kehebatan KD Tun Razak, beliau menuduh Papagomo mengetahui rahsia negara.

Selain itu jangan kerana kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan ia menjadi isu penting bagi pihak pembangkang kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.
Papagomo ialah blogger setia kepada UMNO, Kerajaan Barisan Nasional dan pemimpinnya.

Anwar tidak perlu khuatir kepada Papagomo sebaliknya khuatirlah kepada sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke 13 kerana banyak pembohongan pembangkang sebelum ini semakin terpercik ke muka pemimpin mereka sendiri.