Showing posts with label Chua Soi Lek. Show all posts
Showing posts with label Chua Soi Lek. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

SOI LEK KECAM UTUSAN, BELA DAP...

Sah sudah ada pemimpin tertentu dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) sebenarnya ‘bayangan DAP’ dalam pakatan Barisan Nasional.

Jika sebelum ini ada pemimpin Gerakan memainkan peranan seperti ini, kini pemimpin sebuah parti komponen BN semakin menonjolkan dirinya kononnya juara bukan–Islam.

Ini dilakukan bukan untuk sokongan kepada partinya. Malah dia bersuara juga bukan kepentingan orang Kristian, tetapi kepentingan DAP.

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek – Presiden Skandal Seks - iaitu presiden sebuah parti komponen ( saya tidak salahkan parti kerana ia bukan keputusan mesyuarat parti) hari ini (13 Mei 2011) mahu pemberita dan editor Utusan Malaysia digantung tugas jika laporannya Sabtu lalu mengenai isu Kristian dan agama Islam adalah tidak benar.

Malah Presiden Skandal Seks itu berkata teguran yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri kelmarin ke atas akhbar milik Umno itu tidak mencukupi.

“Kami berharap polis akan menyiasat dengan terperinci latar belakang tulisan yang disiarkan oleh Utusan, di mana kami dimaklumkan bahawa sesetengah pihak mahu mempolitikkan agama demi kepentingan politik. Jika tulisan itu tiada sebarang asas, kama kami merasakan pihak-pihak yang bertanggungjawab di Utusan perlu digantung sebagai amaran bahawa kerajaan akan memegang mereka yang mahu mempolitikkan isu-isu agama, bertanggungjawab,” kata Chua.

Sedangkan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semalam, laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai usaha pihak tertentu untuk menjadikan Kristian sebagai agama Persekutuan Sabtu lalu seperti dipetik daripada dua blog adalah berasas.

Dan asas pada pemberitaan tersebut mungkin boleh dijelaskan melalui sebuah laporan polis hari ini yang dibuat oleh seorang individu yang turut berada dalam majlis dimaksudkan di Pulau Pinang.

Selain itu, katanya, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan telah tampil menjelaskan mengenai asas laporan muka depan akhbar berkenaan sewaktu memberi keterangan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri, kelmarin.,

"Jadi inilah yang saya tekankan hari itu, jangan kita beremosi tentang perkara berhubung kait agama, kaum, biar pihak berkuasa (iaitu) polis khususnya untuk jalankan tugas mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Rawatan dan Prihatin (CCSC) Chow Kit di Kuala Lumpur.

Laporan muka depan akhbar ini Sabtu lalu yang bertajuk Kristian Agama Rasmi? seperti dipetik daripada pendedahan dua blog tempatan iaitu Bigdog dan Marahku bagaimanapun turut menyiarkan penafian Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP yang turut hadir pada majlis itu.
Di Pulau Pinang semalam, seorang ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis kesyukuran tertutup paderi-paderi berkenaan tampil membuat laporan polis bagi menceritakan insiden sebenar.

Chua beria-ia benar apabila mengatakan tidak harus ada andaian bahawa laporan-laporan itu tidak berasas dan jika dakwaan itu benar, mereka yang bertanggungjawab harus disiasat dan didedahkan.

Tegasnya: “Kami berharap bahawa dalam isu ini, kerajaan tidak akan berkompromi dan harus menegakkan keadilan dan menghantar mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia bahawa agama tidak harus digunakan dalam pertarungan politik. Orang yang menulis berita terbabit termasuk editor harus digantung kerana menulis laporan palsu atau mencetuskan sensasi, yang tiada asas.”.

Bukan itu sahaja, Presiden Skandal Seks ini juga mahukan ‘orang di sebalik kepada semua ini’ harus berhadapan dengan tindakan.

Selain tuduhan Chuna bahawa Utusan Malaysia melaporkan perkara yang 'tiada asas', siapa orang yang dimaksudkan Chua?

Chua tuding jari terhadap seseorang?

Sunday, August 22, 2010

APA YANG DIMAHUKAN OLEH CHA YA NUN ALIP

Di sebalik kita sibuk memperkatakan mengenai khutbah yang mendoakan Lim Guan Eng, kita mungkin alpa atau terlupa mengai apa sebenarnya yang dituntut Cha Ya Nun Alip ketika ini.

Kita fokus kepada DAP tetapi bagaimana rakan MCA kita dalam Barisan Nasional?

Saya amat tertarik dan berterima kasih kepada Mummy Rokiah kerana enrtinya mengenai Cha Ya Nun Alip amat menarik.

Rasanya elok jika dipetikkan entrinya itu untuk dikongsikan, walaupun sudah ada beberapa komen dilontarkan penjenguk di blognya http://mummyrokiah.blogspot.com/.

Cha Ya Nun Alip
( Wednesday, August 18, 2010)


Demi kepentingan masyarakat Cina, MCA tidak takut untuk berkongsi dengan DAP, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Persoalannya MCA nak menakutkan siapa ? Itu adalah ayat-ayat “warning” dari Chua Soi Lek kepada kaum Melayu yang sebenarnya.

Sejak akhir-akhir ini entah apa keruannya Soi Lek menyalak bagai nak gila konon memperjuangkan kaum beliau. Presiden-presiden MCA terdahulu seperti Tun Dr Tan Cheng Lock juga memperjuangkan kepentingan kaum Cina tetapi tidaklah melalak sana-sini, tetapi melalui pendekatan yang berhemah, berunding dan tertib sehingga berjaya memikat kaum Melayu pada waktu itu untuk membuka kewarganegaraan Tanah Melayu kepada mereka.

Hakikat yang sebenarnya prinsip MCA ini tidak pernah berubah dari mula ditubuhnya dahulu ketika apabila pihak British menghadapi masaalah terlalu sedikit kaum Cina yang sanggup berkhidmat dalam Tentera dan Polis.

Akibatnya dari sudut pandangan politik peperangan menentang Komunis adalah peperangan di antara kaum Cina dan Melayu, kerana kebanyakkan yang sanggup berkhidmat dalam tentera hanyalah kaum Melayu. (Chinese Politics in Malaya 1942-55).

Apa yang telah disumbangkan oleh MCA serta kerjasama yang diberikan kepada kerajaan masih belum menampakkan konsep kerjasama kaum seperti yang dilaung-laungkan oleh para pemimpinnya.

Prinsip MCA pada mula penubuhannya yang bertujuan untuk menyalurkan kebajikan kepada semua kaum tidak dilaksanakan dengan sempurna. Sewaktu darurat dahulu Henry Gurney dalam laporan beliau kepada pihak Tanah Jajahan di London melapurkan MCA masih lagi menumpukan kebajikan terhadap masyarakat Cina sahaja dan mengenepikan kaum lain.

Tidak ada bezanya sekarang dimana setiap perlaksanaan pentadbiran Kerajaan begitu sukar untuk mendapatkan kerjasama kaum Cina, sebagai contohnya baru-baru ini kesukaran Pesuruhjaya Banci menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerjasama dari masyarakat Cina. MCA ternyata gagal memecah sindrom "isolation" kaumnya.

Konklusinya, apa perlu menyalak seperti anjing untuk mendapatkan tulang yang tidak seberapa apabila boleh berbisik untuk mendapatkan daging yang enak.

Posted by MUMMY ROKIAH at 6:18 PM

Selain itu beliau turut memaparkan petikan daripada penulisan Kee Thuan Chye yang pernah bekerja di New Straits Times yang saya kenal ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia sekitar pertengahan 1970-an.

Artikel bertajuk This is what the Malaysian Chinese want ini perlu dibaca oleh semua rakyat Malaysia untuk memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Cha Ya Nun Alip.