Sama
ada Tun Dr Mahathir Mohamad mudah lupa atau Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu
mengambil hati Perdana Menteri - tidaklah dapat dipastikan.
Tetapi yang
dapat dipastikan ialah Perdana Menteri pada pertemuan peribadi atau berkumpulan
sama ada di Putrajaya atau di Terengganu sebelum ini, tidak pernah menyatakan
jika ada royalti minyak untuk kerajaan Terengganu, ia boleh melebihi 10
peratus.
Malah
dalam membentuk Manifesto HARAPAN, Dr Mahathir meminta supaya jangan diletakkan
persen atau peratus dalam tuntutan royalti. Perkataan lebih sesuai ialah ‘value
equivalent’ atau nilai setimpal.
Maknanya
ialah royalti akan dibayar mengikut harga petroleum semasa.
Berikutan
itu dengan permintaan HARAPAN Terengganu untuk memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat - menggunakan royalti sebanyak 10 peratus bukan value equivalent - bagi memudahkan rakyat memahami dipersetujui oleh HARAPAN Pusat bahawa 10 peratus adalah nilai paling baik untuk tuntutan royalti di Terengganu.
Jadi
persoalannya ialah apakah Timbalan Presiden PAS itu mahu menunjukkan bahawa Dr
Mahathir lupa dan ‘nyanyuk’ apabila dipetik sebagai berkata royalti minyak
untuk negeri pembangkang – termasuk Terengganu akan dibayar sebanyak 20
peratus?
Sebagai
rakyat Terengganu bodohlah saya kalau menolak jika benar Kerajaan Pusat dan Petronas bersedia
membayar 20 peratus.
Dr Mahathir pernah menjelaskan dalam pertemuan peribadi dengan beliau di
Yayasan Perdana sebelum ini bahawa Putrajaya dan Petronas tidak mampu untuk
berbuat sebanyak itu.
Jadi
sedikit pelik apabila Timbalan Presiden PAS berkata pada 20 Mei lalu bahawa “Parti Islam
SeMalaysia (PAS) menyambut baik dan penuh syukur di atas kesediaan Perdana
Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia untuk meneruskan
pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus sebagaimana kenyataannya yang
terbaru.”
Di
manakah Perdana Menteri membuat kenyataan kesediaan untuk memberikan royalty
sehingga 20 peratus?
Malah,
menurut Tuan Ibrahim, persetujuan itu selaras dengan janji Manifesto Pakatan
Harapan (HARAPAN) dalam PRU14 lepas dan disahkan oleh Dr Mahathir..
“Dengan
kesediaan YAB Tun M ini, PAS berharap amalan politik balas dendam sebagaimana
yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) lalu tidak lagi diikuti,”
kata beliau.
Bagi
PAS, kesediaan (kononnya) terbaharu daripada Dr Mahathir itu memungkinkan bermulanya era baharu dalam
budaya politik secara matang meneruskan momentum menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara demokrasi contoh di peringkat antarabangsa susulan peralihan
kuasa yang damai selepas PRU14.
Persoalannya,
apakah hanya kerana ‘dapat royalti minyak sebanyak 20 peratus’ baharu PAS
merasakan akan wujud hubungan baru antara kerajaan negeri pimpinan Pusat dengan
Putrajaya.
Sedangkan
hakikatnya, banyak lagi projek-projek yang dirancang dan sedang dilaksana
memerlukan tumpuan Putrajaya dan jika sebaliknya, mungkin projek-projek itu
akan tergendala atau dibatalkan terus.
Kerajaan
PAS Kelantan dan Terengganu perlu menerima hakikat bahawa kerajaan Posit sejauh
sudah menghormati Konsep Federalisme, berlapang dada dan tidak pernah menghukum
Terengganu, gara-gara penarikan bayaran royalti dahulu.
Ia
bersebab dan nyata, gara-gara kehilangan RM432 juta ketika pentadbiran Menteri
Besar Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Putrajaya
tidak lupa kepada semua peruntukan-peruntukan perkapita lain yang layak
diterima oleh Kelantan dan Terengganu.
Malah,
PAS sewajarnya tidak terlalu menekan bagaikan ‘terlebih sudu daripada kuah’ dalam projek-projek
sedia ada dan telah diluluskan melalui
Rancangan Malaysia ke-11.
Ini
termasuk LPT3, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu,
lebuhraya jajaran tengah (Central Spine Road) dan juga projek keretapi Pantai
Timur (ECRL).
Kerajaan
Pusat, sesuai dengan Manifesto HARAPAN, mempunyai hak dan tanggungjawab untuk
ditunaikan termasuk kajian semula terhadap ECRL.
Jadi,
PAS tidak sewajarnya terlalu ‘laju untuk menasihat atau mencabar Putrajaya’
walaupun dengan kata-kata manis dan pujukan seperti projek ECRL yang kononnya
bagi PAS tidak harus dibatalkan tapi dirunding semula kos dan perjanjiannya
agar ia menepati piawaian kewangan yang sihat.
Jangan
cuba menimbulkan persepsi bahawa Kerajaan Pusat tidak mengamalkan prinsip dan
amalan menghormati konsep demokrasi dan Federalisme kerana Dr Mahathir yang
pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan kini mewakili parti berbagai
kaum dan fahaman tahu menilai dan menghormati pentadbiran kerajaan Terengganu
dan Kelantan yang telah dipilih secara
demokratik oleh rakyat.
Kita
berharap PAS bersabar dan pastinya Putrajaya tidaklah begitu teruk dan zalkim
sehingga sanggup untuk mengenepikan peruntukan yang perlu disalurkan mengikut sistem dan undang-undang sedia ada.
No comments:
Post a Comment