Jualan akhbar menurun
tidak apa. Jumlah penonton televisyen merosot juga tidak apa.
Bagi bos-bos akhbar dan
media prokerajaan, apa yang berlaku ketika ini tidak mengapa, asalkan mereka
boleh terus duduk di kerusi empok.
Nasib dan masa depan pemberita
yang bertugas dengan mereka walaupun berada dalam keadaan ‘telor di hujung
tanduk’ akibat jualan akhbar, pendengar radio yang berkurangan dan jumlah penonton televisyen yang menurun
tidak menjadi soal.
Asalkan syarikat terus
beroperasi, mereka tidak akan terjejas.
Kini penyakit baru pula
yang datang, iaitu pemberita disekat untuk berada di lobi Dewan Rakyat dan
Dewan Negara. Bagi editoritupun tidak apa.
Sedangkan sebelum ini, malah
ketika penulis membuat liputan di Parlimen dan kemudian bekerja di Parlimen
antara 1980-an hingga 2006, adalah kebiasaan berpuluh petugas media dari
pelbagai agensi berkumpul di lobi Parlimen.
Mereka berkumpul
berhampiran beberapa pintu masuk ke Dewan Rakyat bagi menjalankan tugas mereka
sedangkan pusat media pula terletak di tingkat bawah bahagian belakang bangunan
Parlimen.
Mereka tidak akan bersuara
kerana menjaga kedudukan mereka.
Bagi mereka, buatah apa
pun, buatlah sesuka hati terhadap pemberita, khususnya anak buah mereka,
asalkan jangan kacau kedudukan mereka di kerusi empok dan gaji besar mereka
tidak diganggu, sudahlah.
Begitu juga dengan
pemimpin politik kerajaan, mereka tidak akan bersuara. Bersuara nanti akan
mendapat padah.
Yang Dipertua Dewan Rakyat
mungkin sudah mendapat ‘lampu hijau’ bos mereka. Nanti kalau berusara, kelak
‘terpijak wayar’ susah pula.
Menteri yang jaga tugas
dan kebajikan pemberita, isi kandungan berita atau maklumat pun sudah tidak
boleh diharap. Tidak akan bersuara untuk membela pemberita dan nasib mereka.
Pandikar Amin Mulia,,,larang pemberita di lobi Parlimen |
Menteri lain yang menjaga
kepentingan Parlimen, institusi media atau juga penyaluran maklumat tidak akan
membuka mulut dan akan sepi ‘seribu bahasa’.
Kerja mereka hanya
mempertahankan bos dan kalau boleh ‘memuja dan memuji sahaja’. Jangan harap ada
pendapat berlainan (second opinion), alamatnya tidak kekal lamalah pada jawatan
yang disandang mereka.
Siapa memperjuangkan masa
depan pemberita dan demokrasi bersuara dan menyatakan pendapat di negara ini?
Barisan Nasional (BN)? Jangan diharap sama sekali!!!
Jelas sekali pemberita di
lapangan khususnya di Parlimen walaupun dilarang sedemikian rupa, malah seperti
dihina, tiada siapa peduli dan aka nada perkataan dan tindakan ‘tidak apa’.
Ia tidak kena mengena
dengan menteri, orang politik BN atau juga editor di syarikat yang menggaji
mereka.
Gelaran editor, pengarang
atau apa juga pangkatnya, asalkan bos berada di pejabat sudah baik untuk
mereka. Anak buah dijadikan sasaran oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat tidak ada kena
kepada mereka.
Tindakan Tan Sri Pandikar
Amin Mulia kelmarin yang membuat ketetapan melarang petugas media daripada
berkumpul di lobi Parlimen berkuat kuasa serta merta pun tidak apa.
Mereka (pengarang,
menteri, orang politik proBN serta pemimpin NGO berkaitan kerajaan) jelas
sekali bersetuju dan akur sahaja dengan larangan itu.
Apakah arahan Pandikar
Amin ini salah satu transformasi Parlimen yang kerajaan BN mahukan?
Nurul Izzah,,,pemberita bukan berkelah. |
Apakah arahan pemberita
hanya dibenarkan berada di pusat media yang telah disediakan sebagai sesuatu
yang memang dikehendaki oleh BN. Suatu pembaharuan?
Tindakan dibuat kononnya
berikutan rungutan yang diterima daripada ahli parlimen yang kurang selesa
dengan kehadiran ramai petugas media di lokasi tersebut.
"Saya sendiri kurang
selesa kerana saya rasa ada media di merata-rata seolah-olah ruang di luar sana
(lobi Parlimen) adalah tempat berkelah.
"Sehubungan itu, saya
membuat ketetapan bahawa wakil media massa yang hadir di Parlimen hendaklah
membuat liputan sesi persidangan Dewan Rakyat atau sidang media ahli parlimen
hanya di pusat media. Berkuat kuasa serta merta," katanya sejurus selepas
sesi soal jawab lisan tamat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Siapa yang tidak selesa
diserbu pemberita? Ahli Parlimen biasa atau yang memegang jawatan tertentu
dalam parti dan kerajaan?
Apakah sebelum ini tidak
ada Ahli Parlimen yang diserbu oleh pemberita?
Bertahun-tahun ia sudah
menjadi amalan dan tidak pernahpun kejadian sebegini berlaku di bawah
kepimpinan Perdana Menteri terdahulu daripada Najib.
Kenapa baru berlaku sekarang?
Kalau menteri atau
pemimpin politik mempunyai jawapan yang baik dan jelas, kenapa takut?
Apakah pemimpin sekarang
memang ‘pengecut’ dan tidak berani menerima asakan atau berdepan pemberita?
Kenapa begitu dayus? Atau
suara mereka tersekat kerongkong? Apakah menteri dan pemimpin politik kerajaan,
termasuk pemimpin NGO prokerajaan kini diserang oleh ‘sindrom sakit
kerongkong’?
Virus apa yang membuatkan
mereka’bisu dalam isu ini?’
Tidak akan ada ubat untuk
penyakit sebegini. Mereka tidak akan sembuh, melainkan hanya ditumbangkan dalam
pilihan raya untuk kembalikan maruah dan integriti Yang DiPertua Dewan Rakyat
dan Parlimen Malaysia.
Pandikar Amin berkata,
Peraturan 94, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat memperuntukkan
kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memberikan kebenaran kepada wakil
media massa untuk membuat liputan di Parlimen.
Kebisuan
pemimpin proBN dalam isu ini menggambarkan betapa mereka akan kekal berdiam
diri seperti dalam isu kecurian dan penyelewengan RM2.6 bilion, isu 1MDB, GST,
isu Felda dan kenaikan harga barang.
Yang
membela dan bersuara hanyalah pemimpin
pembangkang, termasuk Ahli Ahli Parlimen Lembah
Pantai Nurul Izzah Anwar semalam yang membidas Pandikar Amin dalam isu ini.
Beliau menegaskan pemberita berkumpul di lobi
parlimen bukan untuk "berkelah" tetapi untuk melakukan tugas
mereka sebagai wartawan.
Nurul Izzah kecewa dengan
tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab Pandikar bahawa media telah
menukar ruang legar menjadi 'tempat berkelah'.
"Pemberita berada di parlimen setiap hari persidangan,
tanpa mengira perbahasan undang-undang atau berkenaan sesuatu isu. Petugas
media menghabiskan waktu kerja mereka di koridor dan bukan di pusat media yang
disediakan, menunjukkan betapa tidak praktikal dan tidak berkesannya kemudahan
semasa di parlimen," katanya.
Datuk Mahfuz Omar
(Pas-Pokok Sena) kelmarin bangun untuk meminta penjelasan daripada Pandikar
Amin selepas mengumumkan peraturan itu dengan mengatakan Parlimen perlu
mengambil kira jarak pusat media dengan lobi Parlimen yang menyukarkan petugas
media.
Faktor itu memaksa petugas
media berkumpul di lobi Parlimen bagi mendapatkan respons atau maklumat balas
segera daripada mana-mana ahli parlimen dan menteri Kabinet berhubung isu dan
perkara tertentu.
Kenyataan Pandikar Amin bahawa
tidak ada mana-mana ahli parlimen di
negara lain yang diterjah petugas media sejurus keluar dari dewan persidangan
hanyalah alasan.
Jika demikian, perlu ada
satu peraturan khusus diperkenalkan oleh kerajaan di negara ini melalui SOP mengenai sidang
media, liputan persidangan, kenyataan di medan lapangan dan juga liputan di
Parlimen.
Pengenalan peraturan
seperti dilakukan Pandikar Amin kelmarin menggangu tugas pemberita dan wartawan.
Jika menteri, orang
politik atau sesiapa juga tidak mahu diganggu, maka tugas wartawan juga jangan
diganggu dan dihormati.
‘Memerangi wartawan’ akan
memberikan kesan buruk kepada kerajaan yang kini sudahpun diburukkan dengan
berbagai is nasional dan antarabangsa.
Tindakan Yang Dipertua
Dewan Rakyat bukan ssuatu tindakan MULIA selain tidak membantu kerajaan tetapi jelas sekali ia satu lagi episod nyata mengenai
kebimbangan amat sangat kerajaan terhadap media akibat perbuatan buruk pemimpin kerajaan, khususnya Perdana Menteri..
No comments:
Post a Comment