Kini heboh diperkatakan mengenai Korea Utara (KU) yang
seolah-olah mengancam rakyat dan negara ini.
Apakah keamanan dan kedaulatan negara kita tergugat akibat kes pembunuhan rakyat Korea yang dikaitkan dengan pemimpin negara itu di KLIA2?
Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Mac lalu berkata
kekuatan sesebuah negara boleh diukur dengan melihat kepada kebersatuan rakyat
ketika menghadapi krisis atau ancaman dari luar.
"Sekiranya kita bersatu-padu ketika menghadapi
sebarang masalah atau ancaman, musuh dari luar tidak akan mampu meruntuhkan
segala yang kita bina selama ini," katanya menerusi entri terbaru blog
najibrazak.com.
Malah, tersangat kelakarlah apabila Datuk Ibrahim Mat Zin
(bomoh) bersama pengikutnya mengadakan upacara untuk melindungi Malaysia
daripada ancaman negara asing, khususnya KU. Antara peralatan berkenaan berupa
buluh kecil yang dijadikan teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh.
Apakah ancaman KU lebih hebat daripada ancaman China yang
membina pangkalan tentera dan kehadiran berpuluh-puluh kapal selam di Laut
China Selatan yang lebih dekat dengan sempadan negara?
Kapal selam KU sudah hampir dengan perairan kita? |
Pemimpin kerajaan menggambarkan ancaman KU ini sangat
dibimbangi dan boleh menggugat keamanan dan kedaulatan negara.
Benarkah demikian?
Apakah ini suatu taktik menakut-nakutkan rakyat ketika
pilihan raya umum (PRU) semakin hampir? Bukankah ‘ancaman KU’ mahu dijadikan faktor
ke arah ‘penyatuan’ rakyat menggunakan external threats?
Sama ada ancaman luar ini asli atau dibuat-buat tetapi ia
akan tetap menjadi suatu strategi penting dan propaganda yang akan menjadikan rakyat,
terutamanya yang tidak tahu kejadian sebenar untuk membuta tuli menyokong
kerajaan.
Lebih hebat, apabila solat sunat diadakan di seluruh
negara yang menggambarkan betapa negara sedang dalam kedudukan ‘bahaya digugat
dari luar’ dan rakyat perlu menyokong kerajaan mempertahankan negara.
Penulis tidak mengatakan solat sunat itu tidak baik tetapi apakah ancaman KU seperti ancaman bah, kemarau, banjir atau tekanan ekonomi yang memerlukan yang memang menggugat kesejahteraan, keamanan dan kestabilan negara?
Ada ulasan menarik mengenai Konfrontasi. |
Apakah Barisan Nasional (BN) boleh menggunakan isu ini
dengan berkesan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang?
Lantas penulis teringat kepada kejadian pada 1964 di mana
Konfrontasi adalah kejadian sebenar - bukan yang diada-adakan - malah mampu memberikan kemenangan besar kepada
Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) ketika itu.
Peristiwa sejarah ini perlu kita toleh kembali di mana
pada ketika PRU 1964 ini diadakan, negara sedang diancam oleh Indonesia dan
kerajaan mengenakan undang-undang darurat yang membolehkan penangkapan pemimpin
pembangkang tanpa bicara.
Peristiwa ini digarapkan dalam beberapa buku antaranya oleh
Allahyarham Asri Muda (bekas Presiden PAS) iaitu ‘Memoir POLITIK ASRI, Meniti
Arus (UKM 1993).
Tan Sri Asri melalui memoirnya itu mengakui bahawa konfrontasi
menjadi ‘faktor penting’ membantu Perikatan memenangni PRU1964.
Malah, Gordon P Means, melalui bukunya MALAYSIAN
POLITICS, Hodder and Stroughton Limited, London (1970) pada mukasurat 335-338
turut memperkatakan mengenai faktor Konfrontasi dalam perkara Malaysian
Eelections of 1964.
Soal Konfrontasi yang turut mempengaruhi pilihan raya
1964 turut diperkatakan oleh Harold Crouch melalui bukunya GOVERNMENT &
SOCIETY IN MALAYSIA, Cornell University Press (1996).
Sebagai rekod, PRU 1964 merupakan
pilihan raya umum yang pertama selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 dan dengan
menggunakan isu Konmfrontasi, Parti Perikatan menang besar.
Isu ancaman luar daripada Insonesia membolehkan Perikatan
berjaya mengekalkan majority besar di Dewan rakyat yang ketika itu bilangan kerusi
keseluruhannya 104.
Parti Perikatan memenangi
89 kerusi dalam Dewan Rakyat yang merupakan majoriti sebanyak 85.6% walaupun parti
campuran ini hanya memperoleh 58.5% daripada jumlah undi.
Ia kenaikan yang
amat besar, iaitu sebanyak 20.3% berbanding PRU 1959. Pencapaian 85.6% ini melebihi majoriti dua pertiga yang
diperlukan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan.
Sementara parti pembangkang pada keseluruhannya
memperoleh 41.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 15 kerusi yang
tinggal, berbanding 30 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya 1959.
Selepas 35 tahun, pada PRU 1999, sekali lagi faktor
luaran menjadi pembantu kepada parti pemerintah untuk menang dengan selesa.
Ancaman terhadap ekonomi negara selain Malaysia sebagai
‘Harimau Asia’ yang digugat oleh serangan spekulator mata wang dan negara maju
yang cuba meranapkan saingan terhadap mereka dari negara Asia, Malaysia turut
terjerumus dan kancah ‘krisis mata wang Asia 1997’.
Jika pada 1964, ancaman luar bersifat politik dan
dplomasi, ancaman pada 1999 lebih kepada ekonomi dan kewangan negara.
PRU pada 29 November 1999 itu berdepan bantahan
rakyat yang besar kesan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Kabinet . PRU
ini menyaksikan untuk kali pertamanya di
Malaysia di mana ebuah parti campuran pembangkang menentang keunggulan Barisan Nasional. Barisan Alternatif - iaitu parti campuran daripada PAS,
DAP dan Parti Keadilan mencabar BN.
BN mampertahankan
pengaruhnya dengan isu skandal Anwar,
ancaman penyangat mata wang dunia George Soros, peranan Yahudi dalam mengamcam
kedaulatan negara selain peranan beberapa negara jiran membantu Reformasi,
memberikan kemenangan kepada BN, walaupun dianggap pencapaian paling rendah sejak kemerdekaan negara kecuali pada PRU 1969.
BN mendapat 148 kerusi
Parlimen daripada 193 kerusi dipertandingkan, iaitu jatuh 8.6% berbanding 162 kerusi
yang diperoleh pada tahun 1995. Pencapaian ini jauh lebih tinggi berbanding 129
kerusi yang diperlukan untuk memperoleh satu majoriti dua pertiga.
Selain itu, BN juga
memenangi semua pilihan raya negeri, kecuali Kelantan dan Terengganu.
Walaupun
PAS mencapai prestasi yang amat baik, selain mengekalkan negeri Kelantan dan
menang di Terengganu dan menambahkan kerusinya dari 7 kerusi (1995) kepada 27
kerusi kali ini, keputusan tidak begitu baik bagi DAP.
Keadilan
menang lima (5) kerusi dan Parti Bersatu Sabah sebanyak tiga (3) kerusi yang menjadikan
pembangkang ada 42 kerusi di Dewan Rakyat. Dua pemimpin pentying DAP - Lim Kit
Siang dan Karpal Singh tewas di tengah-tengah
kemenangan 10 kerusi Parlimen, bertambah satu berbanding PRU 1995.
Selain faktor luaran,
kemenangan BN pada tahun 1999 merupakan sokongan terhadap arah pembangunan
negara dan kegigihan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) dalam
menangani Krisis Kewangan Asia 1957.
Satu lagi ancaman terhadap negara pada ketika hampir PRU
ialah pencerobohan di Lahad Datu 2013 - insiden diplomatik yang berlaku di
antara Malaysia dan Filipina sejurus
selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg.
Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11
Februari 2013.
Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo
Utara yang dihantar oleh Jamalul Kriam III iaitu salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut
takhta Kesultanan Sulu ialah menuntut kembali wilayah
mereka di bahagian timur Sabah iaitu (wilayah bekas Borneo Utara).
The Manila Times menyebut bahawa
pencerobohan tersebut berlaku selepas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan
Malaysia akan kehilangan Sabah tidak lama lagi di dalam salah satu ceramah
politik yang diadakan oleh parti beliau, Parti Keadilan Rakyat.
Selain Anwar, pemimpin pembangkang lain turut dikaitkan
ialah Tian Chua, Naib Presiden PKR dan anak sendiri
yang dikaitkan dengan Jacel Kiram, puteri Jamalul Kiram III.
Apa kesannya kepada PRU13?
PRU yang diadakan pada 5 Mei 2013 iaitu tiga bulan selepas
‘ancaman luar’ itu menyaksikan BN menang walaupun mulanya dilihat akan tewas.
‘Ini kalilah’ tidak menjadi kepada pembangkang pada ada awal pagi 6 Mei, BN
secara muktamad diumumkan kekal berkuasa.
Biarpun majoriti berkurangan, BN merampas kembali negeri
Kedah daripada Pakatan Rakyat. BN mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi
Parlimen di mana kerusi yang selebihnya jatuh kepada gabungan Pakatan Rakyat
iaitu sebanyak 89 kerusi.
Persoalan kini ialah, apakah isu KU kali ini akan mampu
membantu BN mencapai kemenangan selepas parti dan pemimpinnya diasak dengan
berbagai isu keperitan rakyat akibat kenaikan harga barangan keperluan, GST dan
sebagainya?
Apakah kerajaan boleh menutup isu 1Malaysia Development
Bank (1MDB), ‘rompakan wang negara’, penyelewengan dan pemindahan wang haram,
negara kleptokrasi, penyalahgunaan kuasa dan hutang negara menggunakan isu KU
ini?
Mungkin PAS terpengaruh apabila diminta sama-sama solat
hajat untuk keamanan negara.
Juga dengan menggunakan isu KU ini apakah BN berharap untuk mendapat majoriti 2/4 di Dewan Rakyat selain mengekalkan kuasanya di negeri-negeri yang sedia ada, selain menawan kembali Selangor dan Kelantan?
Tak pernah pun ada pemimpin Kerajaan yg berkata Malaysia terancam atau diambang peperangan. Pemimpin kerajaan hanya berkata adakan solat hajat agar 11 org pegawai kedutaan malaysia di korea utara selamat dan dapat kembali ke tanah air.
ReplyDeleteItulah aku heran apa masalah admin blog ni. PM mintak buat Solat Hajat, stau permintaan mulia, mengapa fikir songsang? Sepatutnya bersyukur dapat pemimpin yang sentiasa ingatkan rakyat supay BerTuhan. Berbanding PM satu lagi tu..22 tahun takpernah minta rakya dekati Tuhan.
ReplyDeleteKenapa meroyan jauh sgt pergi kaitkan PRU13 dan isu pencerobohan negara? Soal politik perti tiada kaitan dalam kedaulatan negara. Solat dan Doa adalah kekuatan umat Islam. Kenapa teruk sangat pemikiran admin blog ini, terlalu sekular sehingga semuanya di arahkan kepada muslihat politik?
Cuba istighfar dan ingat Allah wahai tuan admin!
Satu pandangan dan ulasan yg menarik. Begitu jauh hayalan dan imiginasi penulis.
ReplyDeleteHebat Najib boleh grand design konspirasi yg melibatkan KU yg terkenal dgn Negara yg sgt susah utk berurusan.