Hari ini adalah hari kemenangan rakyat Malaysia yang
mahukan keadilan dalam isu ‘harta 1MDB’ yang dicuri' bernilai AS1 bilion (RM4,000juta) di Amerika Syarikat.
Hakim persekutuan Mahkamah Amerika Syarikat (AS) membuat
keputusan menolak permohonan keluarga ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho
untuk memindahkan harta yang ‘disita’ oleh pihak berkuasa negara itu untuk menjadi
milik mereka.
Harta-harta yang dikaitkan dengan dana 1MDB itu kini
jelas ‘dicuri’ seperti yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ)
AS sebelum ini. Keputusan dan tindakan itu bagaimanapun dipertikaikan oleh
beberapa pihak yang menyokong kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia,
sebelum ini.
Dale Fischer, (gambar kiri) seorang hakim di mahkamah persekutuan di
Los Angeles, California hari ini menolak usul keluarga Jho Low untuk campur tangan dan memperolehi hak untuk memindahkan harta itu kepada mereka.
Keputusan mahkamah itu sudah pasti menjadi ‘mimpi ngeri’
kepada keluarga hartawan muda Pulau Pinang itu.
Sebaliknya di kalangan rakyat Malaysia, keputusan itu
adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan. Ia kini menjadi sebab penting kerajaan
yang memerintah dan pemimpinnya semakin tertekan selepas ‘tidak menunjukkan
minat’ untuk menuntut atau mendapat kembali harta berkenaan.
Kesipuan dan kebisuan mereka mengenai soal ini sedang
diperhati dan dipertikaikan rakyat kerana ini hanya sebahagian daripada harta yang dikatakan dicuri daripada dana 1MDB sebanyak AS3.5 bilion atau RM14,000 juta.
Bukan sedikit tu...
Keputusan ini adalah lanjutan daripada usul oleh keluarga
Jho Low minggu lalu yang meminta supaya tarikh pendengaran kes ditangguhkan.
Keluarga hartawan Malaysia itu sebelum ini gagal dalam usaha mereka untuk menuntut aset
yang disita oleh kerajaan AS apabila Fisaher
menolak usul yang boleh
memberi mereka masa untuk mencuba nasib di mahkamah di luar negara.
Awal minggu lalu empat anggota keluarga Low Taek Jho
memfailkan usul untuk menangguhkan pendengaran pada 12 Disember kepada 23
Januari untuk membolehkan mereka ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan
Cayman untuk mencuba dan mendapatkan hartanah dan aset lain dipindahkan kepada
pemegang amanah yang baru.
Fischer sebelum ini menolak kedua-dua usul untuk
menangguhkan pendengaran itu dan satu permintaan yang berasingan untuk
melanjutkan tarikh akhir untuk memfailkan tuntutan.
Kenyataan Rabu lalu menyebut, pendakwa raya persekutuan
yang membantah penangguhan pendengaran tersebut, menegaskan bahawa sudah hampir
lima bulan berlalu sejak Jabatan Kehakiman memfailkan saman sivil mendakwa
lebih AS$3.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1MDB.
Keluarga Low Taek Jho melalui peguam mereka, Daniel
Zaheer daripada Kobre & Kim mahu ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan
Cayman, dengan harapan ia boleh menimbang permohonan mereka. Keputusan untuk
meneruskan perbicaraan pada hari Isnin boleh menggagalkan rancangan itu.
Sudah pasti keputusan Fisher itu disambut baik di
Malaysia dan kini kerajaan semakin tertekan untuk menyatakan pendirian mengenai
punca kekayaan Jho Low yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang diselewengkan.
Juga pemimpin kerajaan perlu membuat pendirian sama ada
akan meminta pihak yang ‘melindungi’ atau yang memegang amanah di Switzerland
at uterus menutup mulut daripada melakukan sesuatu bagi menggembalikan ‘harta
rakyat’ itu ke Malaysia.
Malah, bagi rakyat, tindakan DOJ itu disokong kerana ia
benar. Jika mahkamah AS sendiri mengakui
bahawa harta dan kekayaan Jho Low itu sebenarnya ‘harta curi’ daripada dana
1MDB yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak, kenapa pula kerajaan
Malaysia membidu seribu bahasa?
Semakin nyata bahawa Jho Low, yang didakwa oleh DOJ
memindahkan lebih AS$3.5 bilion tertekan sama, seperti mereka yang berada di
sekeliling beliau yang dikatakan turut mendapat imbuhan daripada kerja jahat
itu.
Dengan DOJ mengumumkan ‘menyita untuk mendapatkan
kembali’ harta berkenaan membabitkan hartanah di New York, Beverly Hills dan
London, lukiasan-lukisan bernilai tinggi danm jet peribadi, apa yang ditunggu
oleh rakyat Malaysia yang mahu mengetrahui kedudukan sebenar semakin jelas.
Agaknya bagaimana pula kenyataan pemimpin kerajaan untuk membersihkan
1MDB dan ‘kerja kotor Jho Low ini’?
Harta berkenaan yang ‘disita’ oleh DOJ, menurut Fischer, tidak sewajarnya dituntut oleh keluarha Jho Low dan kerana itu beliau menolak permohonan untuk masa yang lebih lama
bagi menyampaikan tuntutan berkenaan.
Ahli keluarga Jho Low tidak mempunyai pertalian khusus
dengan harta Jho Low dan berhasrat menggugurkan hak ‘pemegang amanah di
Switzwerland’ yang mengawalnya, namun mahkamah AS berpendapat sebaliknya dan
tidak layak menuntut harta itu bagi pihak mereka.
Tujuan jelas tuntutan ahli keluarga Jho Low ialah untuk
menggugurkan “trustees “yang sebab atau puncanya tidak disebutkan, dipercayai semata-mata
untuk menuntut hak mereka terhadap harta
berkenaan.
Bagaimana pun pihak yang menuntut itu kini tidak
mempunyai hak untuk menuntut perlanjutan tarikh bagi pihak syarikat yang mereka wakili dan tidak akan boleh sama sekali
mengawalnya, kata Fischer dalam satu nota selepas perbicaraan itu.
Apakah selepas ini pemimpin kerajaan akan terus mengunci mulut?
Untuk apa mereka melakukan demikian? Apakah harta rakyat yang sebegini banyak mahu dibiarkan begitu sahaja?
Juga keputusan mahkamah AS itu sudah 'membayangkan sesuatu'. Apakah pemimpin kita, khususnya dalam UMNO dan kerajaan boleh buat muka tebal untuk tidak memperkatakannya?
Apakah Jho Low akan terus 'dilindungi' dan sebab apa?
I think Jo Low is ' mastermind ' behind of this...
ReplyDeleteI agree with yoou, bro....
DeleteNO,THE REAL MASTERMID IS NONE OTHER THAN THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA,NAJIB ABDUL RAZAK.EVERYTHING POINTS TO THIS SCOUNDREL LAUNDERING BILLIONS OF RINGGIT THROUGH FRAUDULENTLY TRANSFERRING OF 1 MDB FUNDS STRAIGHT INTO HIS PRIVATE BANK ACCOUNT.YET,NAJIB HAS THE AUDACITY TO CLAIM THAT HE DOESN'T HAVE ANYTRHING TO DO WITH THE FINANCIAL WRONGDOINGS HAPPENING IN 1 MDBBELIEVE ME,THIS MAN IS A LIAR AND NO AMOUNT OF DENUNCIATIONS ON HIS PART IS GOING TO CLEAR HIS NAME.
Deleteshame MO1
ReplyDelete