TPPA adalah perjanjian perdagangan yang 'dahsyat', ia perlu dibatalkan kerana "pengkhianatan terbesar" kepada rakyat Amerika yang akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan kepada akibat penyumberan luar kerja besar-besaran. - Donald Trump
Pada 3 November lalu,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed
meramalkan terdapat kemungkinan Perjanjian PerkongsianTrans-Pasifik (TPPA) akan
diratifikasikan oleh Kongres Amerika Syarikat (AS) sama ada pada akhir November
atau awal Disember tahun ini.
Beliau membuat andaian itu selepas diberikan gambaran ada kemungkinan perkara
ini diluluskan oleh Kongres.
Beliau menyatakannya kepada wartawan Malaysia, di Beijing sebelum berlepas ke Cebu, Filipina untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Mustapa, berada di Beijing mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena lawatan selama enam hari beliau ke China, akan ke Hong Kong kemudiannya untuk menghadiri majlis penutup Persidangan Asia Pasifik Perniagaan Jerman pada hari Jumaat.
Malah menurutnya TPPA - dianggap 'baby Mustapa' - akan gagal tanpa penyertaan AS kerana Perkara 30 TPPA telah menjelaskan keperluan penyertaan AS dalam perjanjian perdagangan itu memandangkan AS adalah ekonomi terbesar dunia, menyumbang kira-kira 20 peratus output global.
Beliau menyatakannya kepada wartawan Malaysia, di Beijing sebelum berlepas ke Cebu, Filipina untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Mustapa, berada di Beijing mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena lawatan selama enam hari beliau ke China, akan ke Hong Kong kemudiannya untuk menghadiri majlis penutup Persidangan Asia Pasifik Perniagaan Jerman pada hari Jumaat.
Malah menurutnya TPPA - dianggap 'baby Mustapa' - akan gagal tanpa penyertaan AS kerana Perkara 30 TPPA telah menjelaskan keperluan penyertaan AS dalam perjanjian perdagangan itu memandangkan AS adalah ekonomi terbesar dunia, menyumbang kira-kira 20 peratus output global.
"Apabila kita merundingkan TPPA, kita merasakan
tanpa AS, ia kurang bermakna dan kurang berkesan," katanya.
Kini bukan sahaja ratifikasi TPPA tidak menentu nasibnya malah kebimbangan kerajaan khususnya oleh Mustapa sendiri yang dibayangkan pada 21 Mei lalu bahawa TPPA mungkin berkubur, jelas semkin menghampiri kenyataan.
Kini bukan sahaja ratifikasi TPPA tidak menentu nasibnya malah kebimbangan kerajaan khususnya oleh Mustapa sendiri yang dibayangkan pada 21 Mei lalu bahawa TPPA mungkin berkubur, jelas semkin menghampiri kenyataan.
Mustapa bercakap di Dewan Rakyat pada tarikh tersebut berkata
sekiranya calon Parti Republikan, Donald Trump, menjadi Presiden AS yang baru bagi menggantikan Barack Obama,
keadaan itu akan menjadi kenyataan.
Menyifatkan TPPA sebagai perjanjian perdagangan yang 'dahsyat', Trump mahu ia dibatalkan kerana TPPA merupakan "pengkhianatan terbesar" kepada rakyat Amerika dengan mendakwa perjanjian berkenaan akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan kepada rakyat AS daripada penyumberan luar kerja besar-besaran.
Bagi Trump, TPPA tidak memberi kelebihan kepada negara Uncle Sam itu.
Berikut ialah pendirian Trump yang jelas tidak bersetuju
dengan gagasan berkenaan.
"Donald Trump eviscerated the Trans-Pacific Partnership in
a speech, repeatedly calling it “a continuing rape of our country.” Speaking at a campaign rally in St. Clairsville,
Ohio, the presumptive Republican presidential nominee made his sharpest remarks
yet about the Obama administration’s as-yet unratified trade deal, calling it a
“disaster” and a “rape” of the American people.
“The Trans-Pacific Partnership is another disaster done
and pushed by special interests who want to rape our country, just a continuing
rape of our country,” Trump said. “That’s what it is, too. It’s a harsh word:
It’s a rape of our country.” (28 Jun 2016)
Mustapa yang menggerakkan usaha ke arah menjayakan TPPA
yang merupakan perjanjian perdagangan bebas yang dirundingkan sebagai
sebahagian besar daripada Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik sejak 2010,
sebelum ini mengharapkan semua pemimpin
ASEAN akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN akan datang, dan begitu juga
pemimpin TPPA.
Beliau menjangkakan forum itu membincangkan perkembangan
terkini berkaitan perjanjian perdagangan itu.
TPPA yang melibatkan 12 negara iaitu AS, Australia,
Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan
Malaysia telah memuktamadkan rundingan di Atlanta pada 5 Oktober 2015 dan menandatangani
perjanjian di Auckland pada 4 Februari 2016.
Namun kini?
Mustapa menegaskan Malaysia kekal komited kepada TPPA,
dan akan membincangkan mengenai perjanjian itu semasa mesyuarat Kerjasama
Ekonomi Asia-Pasifik di Peru dalam tempoh dua minggu lagi.
Isunya dengan kedudukan sekarang apakah TPPA akan terus
dibincangkan di Peru?
Semalam pula Mustapa memberi amaran Malaysia mungkin menerima kesan jika TPPA tidak diteruskan susulan kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden AS kelmarin.
Kebimbangan mengenai terbatalnya TPPA itu tercetus ekoran
kenyataan Trump dalam kempennya tidak lama dahulu yang mahu perjanjian tersebut
berkubur jika beliau dinobatkan sebagai presiden AS yang baru.
Kebimbangan Mustapa bukan sahaja memberikan kesan
terhadap negara tetapi juga usahanya selama ini. TPPA ialah ‘baby Mustapa’.
Malah ada yang menggelarkan Mustapa sebagai ‘Menteri
TPPA’ kerana usahanya yang dilihat bersungguh-sungguh meletakkan Malaysia
antara 12 anggota TPPA.
Malah, beliau dan pasukannya dari MITI turut mengadakan
kempen jalanan menjelaskan ‘kepada rakyat’ mengenai perjanjian yang ditentang
oleh banyak pihak di negara ini.
Mustapa memetik kajian oleh PricewaterhouseCoopers (PwC)
yang mengunjurkan satu juta peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Malaysia jika
TPPA terlaksana.
"Jika tiada TPPA, maka perkara tersebut tidak akan
dihasilkan," jelas Mustapa sambil berkata kerajaan yakin dengan dapatan
kajian PwC itu sejajar dengan jangkaan pihaknya bahawa perjanjian dagangan
dengan AS itu akan membantu meningkatkan
Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia.
Walaupun mengatakan sekarang ini masih terlalu awal untuk
mengatakan apa yang akan berlaku namun Malaysia akan memantau perkembangannya
dan berbincang dengan rakan dari 11 negara lain.
Meletakkan harapan dan mungkin untuk menyedapkan hati
sendiri, Mustapa bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk membuat analisis
sama ada Amerika Syarikat akan meneruskan TPPA atau sebaliknya.
“Bagi saya terlalu
awal membuat analisis kerana perkara ini baru berlaku beberapa jam dan kalau
kita buat apa-apa andaian terburu-buru mungkin kurang tepat,” katanya kepada
pemberita di parlimen Rabu lalu (9 November 2016).
Mustapa cuba menunjukkan sikap positifnya terhadap TPPA
apabila mengatakan ketika dalam proses kempen pilihan raya, pelbagai kenyataan boleh
dibuat.
Katanya pendapat yang mengatakan Trump tidak mahu
melaksanakan TPPA hanyalah sekadar retorik politik bagi mendapatkan undi.
“Jadi kalau kita lihat kempen memang macam-macam
kenyataan dibuat, ada berpendapat itu kempen retorik untuk dapat undi dan
pancing undi. Ada juga pandangan setelah
menjalankan kerja sebagai presiden akan ada pengubahsuaian tapi sudah pasti ada
perubahan kerana Trump kempen atas dasar untuk ubah dasar Amerika,” katanya.
Dalam konteks hubungan perdagangan dan diplomatik antara
Malaysia dengan AS beliau percaya tidak akan ada banyak perubahan kerana negara
tersebut banyak mendapat faedah menerusi sistem keterbukaannya.
Beliau berpendapat, akan ada perubahan dasar tetapi tidak
akan ada perubahan yang radikal. “Sebab itu saya fikir tidak perlu
terburu-buru. Tidak semestinya 100 peratus kenyataannya sebelum ini
diterjemahkan kepada dasar," tegas Mustapa.
Yang diharapkan Trump akan terus memainkan peranan yang
baik membawa keamanan dan kedamaian kepada dunia keseluruhannya selain AS meneruskan
peranannya dalam membantu negara lain dari aspek pembangunan.
Persoalannya jika Trump nenanam hidup-hidup 'baby Mustapa' itu yang dijaga dan dibela oleh Mustapa sejak enam tahun lalu, apakah Mustapa juga akan merasai tempiasnya.
Jika ini berlaku mungkin gelaran kepada Tok Pa (Mustapa)
sebagai Menteri TPPA akan lenyap dengan sendirinya.
Bermakna ‘sumbangan dan jasa Mustapa’ untuk Malaysia
dalam konteks TPPA akan turut hilang seperti hilangnya legasi Baracck Obama di
negara Uncle Sam itu.
No comments:
Post a Comment