"Sesetengah pihak membuat tanggapan salah yang 1MDB dan pemegang saham perlu membuat pembayaran obligasi sebanyak AS$6.5 bilion pada 11 Julai 2016, sebaliknya 1MDB sudah bagi jaminan bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, semuanya akan beres. Rakyat boleh tidur lena."
Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan kes pertikaian
1MDB-IPIC, di mana International Petroleum Company (IPIC) akan memfailkan permintaan timbang tara dengan
Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) kerana ia bukan sesuatu yang
luar biasa.
1MDB sudah memberikan jaminan, tiada apa yang besar akan
berlaku. Ini kes biasa sahaja.
No problem, don't worry!
Apabila ada jaminan 1MDB bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, semuanya akan beres. Tahulah bagaimana ia menguruskannya. Rakyat boleh tidur lena!!!
Sesetengah pihak membuat tanggapan salah yang 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dan pemegang saham perlu membuat pembayaran obligasi AS$6.5 bilion pada 11 Julai 2016.
Pada 11 Julai nanti di London, IPIC yang berpangkalan di Abu Dhabi akan
mengemukakan kes kegagalan 1MDB dan Kementerian Kewangan menjalankan
tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang
boleh diterima dalam isu tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi
timbang tara.
Mereka membuat permintaan timbang tara (RFA) kepada
Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London menuntut AS$6.5 bilion (RM26 bilion)
dan untutan itu akan ditentukan oleh tiga orang penimbangtara menurut Lembaran
Terma Terikat dan peraturan-peraturan Mahkamah Pertikaian Antarabangsa London
(LCIA).
"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk
menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang
dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor
7064P)," kata IPIC dalam kenyataan kepada Bursa Saham London baru-baru ini.
IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam
menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan
cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif
selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.
"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang
tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma
Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.
Mungkinkah kerajaan Malaysia akan diminta membayar AS$6.5 bilion atau
sebaliknya akan ditentukan nanti.
Tarikh 11 Julai
2016 itu sebenarnya hanya untuk 1MDB memfailkan jawapannya kepada
permintaan IPIC bagi timbang tara. Tiada apa yang perlu dirisaukan, jika
menurut 1MDB.
Tarikh itu ialah satu permulaan kepada timbang tara, yang
merupakan satu proses persetujuan bersama bagi pihak yang mempertikaikan untuk
menyelesaikan perkara-perkara secara baik, tanpa menjejaskan hubungan jangka
panjang.
1MDB mempunyai tempoh sehingga 11 Julai ini untuk
mengemukakan jawapan balas sama ada bersetuju dengan proses timbang tara
itu.
1MDB sudah mengatakan ia akan memfailkan jawapan segera
pada atau sebelum tarikh akhir.
Pada 17 Jun lalu 1MDB mengatakan pihaknya melantik firma
undang-undang antarabangsa, Weil Gotshal & Manges (Weil Gotshal) bagi
mewakilinya dalam permintaan timbang tara oleh IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS.
Pelantikan itu sejajar dengan penerimaan RFA itu dari
Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London bertarikh 13 Jun 2016.
"Weil Gotshal terkenal di seluruh dunia, firma
guaman bertaraf paling tinggi dengan kepakaran, antara lainnya, dalam tindakan
undang-undang antarabangsa," kata 1MDB dalam kenyataanya.
Susulan pelantikan tersebut, 1MDB akan menfailkan maklum
balas yang kukuh kepada RFA, pada atau sebelum tarikh akhir 11 Julai 2016,
seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.
Mengulas lanjut, 1MDB berkata, dengan diwakili oleh firma
Weil Gotshal, pihaknya yakin dengan kedudukan perundangannya.
Seorang peguam kanan yang dihubungi Bernama berpendapat
timbang tara sebagai kaedah mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh
kedua-dua pihak dan merupakan opsyen yang biasanya terdapat dalam kontrak.
"Oleh itu, tindakan tersebut bukan suatu yang luar
biasa dan proses ini dikawal oleh peraturan timbang tara," katanya.
"Jika ya, kedua-dua pihak akan melantik penimbang
tara yang saling diterima oleh mereka. Pada masa itulah, baru pengurusan kes
bermula dengan kedua-dua pihak memfailkan kenyataan tuntutan dan pembelaan
masing-masing serta bantahan," kata peguam itu.
Peguam itu menegaskan bahawa walaupun terdapat persamaan
dengan proses mahkamah tetapi LCIA sebenarnya bukan mahkamah.
"Tidak ada kaitan antara LCIA dan mana-mana
mahkamah," kata LCIA dengan jelas dalam soalan lazim (FAQ) yang disiarkan
di laman webnya: http://www.lcia.org/Frequently_Asked_Questions.aspx
(Sila rujuk beberapa perkara terpilih dalam FAQ mengenai
LCIA di bawah)
Semalam Presiden 1MDB Arul Kanda menjelaskan, 1MDB sekali
lagi membuktikan pengkritiknya salah apabila, pada 29 Jun, 2016, telah membayar
RM1.579 juta kupon faedah bagi sukuk RM2.4 bilion Bandar Malaysia yang matang
pada 2024.
Pembayaran itu merupakan pembayaran faedah kedua yang
dibuat oleh 1MDB sejak pertikaiannya dengan syarikat berpangkalan di Abu Dhabi,
International Petroleum Investment Company (IPIC).
Pembayaran pertama pada Mei apabila 1MDB membuat
pembayaran kupon berjadual berjumlah RM143.75 juta bagi Nota Jangka Sederhana
Islam (IMTN) RM5 bilion pada 5.75 peratus yang matang pada 2039.
Kedua-dua bayaran itu menunjukkan bahawa syarikat
mempunyai kecairan yang mencukupi untuk membuat bayaran faedah dan memenuhi
obligasi hutang semasanya walaupun terdapat kritikan.
Pembayaran itu juga menunjukkan komitmen syarikat
terhadap obligasi hutang.
"1MDB menegaskan bahawa, walau apa pun pertikaian
dengan IPIC, syarikat akan terus memenuhi obligasi hutang semasa," kata
Arul menegaskan bahawa syarikat itu kekal fokus untuk
menyelesaikan pertikaian dengan IPIC dan komited kepada proses dialog
berterusan dan berusaha ke arah penyelesaian demi kepentingan semua pihak
berkepentingan.
Beberapa perkara
terpilih dalam FAQ mengenai LCIA.
S: Adakah LCIA satu badan kerajaan, atau badan yang dibiayai
kerajaan?
J: LCIA tidak ada kaitan dengan, atau yang berkaitan
dengan mana-mana bidang kuasa kerajaan. Ia merupakan badan swasta, bukan
bertujuan mencari keuntungan, badan bebas sepenuhnya daripada mana-mana
organisasi.
S: Bolehkah saya mendapatkan maklumat tentang timbang tara
yang masih atau belum selesai daripada LCIA?
J: Kerahsiaan masih dianggap sebagai keutamaan asas
timbang tara. Sesiapa pun yang bukan pihak kepada timbang tara, atau wakil
undang-undang suatu pihak, boleh mendapatkan maklumat mengenai timbang tara
yang belum selesai atau telah selesai daripada LCIA. Respons kami kepada
sebarang permintaan ialah kami tidak boleh mengulas, tidak kira sama ada kami
mengetahui mengenai perkara yang ditanya.
S: Adakah LCIA menyiarkan jumlah ganjaran?
J: Atas sebab kerahsiaan, berdasarkan Artikel 30
Peraturan LCIA, LCIA tidak tidak menyiarkan ganjaran.
S: Berapa lama tempoh purata timbang tara LCIA?
J: Tidak ada tempoh 'purata' dalam timbang tara. Jumlah
wang yang menjadi persoalan, serta kerumitan teknikal dan undang-undang,
mungkin berbeza antara satu kes dengan yang lain, begitu juga jumlah bukti,
lisan dan bertulis, yang mungkin diperlukan untuk memutuskan pertikaian itu.
Bagaimanapun, pada masa ini, kira-kira separuh daripada keseluruhan kes yang
dirujuk kepada LCIA bermula dari permintaan bagi timbang tara hingga kepada
ganjaran akhir biasanya dimuktamadkan dalam tempoh 12 bulan atau kurang, dan
lebih daripada tiga suku tahun dalam 18 bulan atau kurang.
No comments:
Post a Comment