"...bantahan bukan Islam terhadap usu ini akan menyebabkan kepimpinan tinggi BN perlu menilai semula pelan kerjasama mereka dengan PAS. Tembelang sudah terbongkar dan PAS pun terperangkap dengan mainan Hadi dan konco-koconya. Harapan kerjasama UMNO-PAS kantoi..."
Apabila Islam dipolitikkan dengan tujuan untuk
mendapatkan pengaruh dan kuasa serta menjayakan cita-cita politik , Allah tidak meredakannya
sama sekali, tegasnya.
Husam yang dihubungi petang semalam, berkata apa yang
dilakukan oleh PAS dalam konteks rang undang-undang itu boleh dipersoalkan
kerana ‘Hudud’ yang diperjuangkan oleh PAS bukan ‘Hudud Islam yang sebenarnya’
tetapi adalah versi PAS.
Bukan mahu mengiakan apa yang dikatakan oleh Husam namun
perbuatan tergesa-gesa semua pihak, Speaker Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri serta UMNO yang kononnya mahu bekerjasama dengan PAS demi dua
pilihan raya kecil (PRK) Sungai besar dan Kuala Kangsar ibarat ‘menepuk air di
dulang, terpercik ke muka sendiri’.
(Baca juga ‘Husam perjelas 10 kekhiHusamlafan Usul Bil Persendirian Akta 355’), juga di sini.
Soal kerjasama PAS-UMNO ini turut didedahkan oleh Ahli
Parlimen Parit Buntar dan Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa apabila mengatakan bil
persendirian diizinkan untuk dibentang dalam hal undang-undang syariah seksyen
355 tanpa bahas boleh terdedah kepada berbagai manupulasi.
Yang menentang akan jadikan ini sebagai muqaddimah pada Hudud
manakala yang menyokong akan menjadikan isu ini sebagai bahan kempen PRK dan
untuk konsumsi ahli parti. Manakala yang betul-betul mahu melihat perincian dan
penjelasan tidak dapat membuat apa-apa rumusan kerana proses ini masih
tergantung.
“..diharapkan akta berkenaan dengan hak muslim untuk
mengikut hukuman jenayah syariah tidak dieskploitasikan untuk tujuan politik
sempit apatah lagi untuk tujuan kempen PRK yang terdekat ini. Jikalau ini berlaku maka agama akan ‘dijual’ sekali lagiuntuk ‘melariskan’ sokongan yang bakal diraih.” katanya.
Sebelum ini PAS menjaja ke setiap ceruk kampung dan
bandar bahawa rang undang-undang itu sebagai ‘Hudud’ demi mendapatkan sokongan
rakyat, khususnya beragama Islam.
Malah, pemimpin PAS sanggup sehingga ke hari ini memaki
hamun sesiapa juga, khususnya pemimpin DAP kononnya mereka biadap dan anti-Islam.
Tapi realitinya? Presiden PAS jawab sendiri : Apa yang
dibentangkannya bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah
pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah Kelantan.
"Sepatutnya orang bukan Islam tidak campur tangan
dalam urusan (rang undang-undang) ini. Saya lihat MIC dan MCA lebih faham dan
DAP pula tidak faham, ia sangat mendukacitakan. AMANAH (Parti Amanah Negara)
yang ditubuh dengan begitu rupa tidak tahu sempadan orang Islam. Ini bukan
permainan politik, ini tanggungjawab agama,” kata Hadi .
Selain itu, Ketua Pemuda Pas Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengesahkan bahawa, parti Islam itu akan menggunakan usul persendirian Akta 355
pada dua pilihan raya kecil akan datang. Beliau juga mengaku perbentangan itu
adalah hasil kerjasama antara Pas dengan Umno.
"(Kerjasama PAS dan Umno) bukan dakwaan. Kerjasama
itu wujud tetapi hanya perkara-perkara untuk kepentingan bersama. Itu kita dah
jelaskan cuma ada orang lihat sekiranya kerjasama dengan kerajaan itu tak
boleh.
"Inilah antara kerjasama yang PAS maksudkan. Kita
berterima kasih pada Speaker dan kerajaan yang berani pertama kali benarkan
usul persendirian ini," katanya.
Jika tidak Hudud kenapa ada maki hamun sedemikian rupa
oleh Presiden PAS itu? Apakah ini cara PAS berdakwah?
Juga apakah pemimpin PAS ini boleh dipercayai dalam isu
memperjuangkan Hudud dengan pendedahan Hadi itu?
Bukan pemimpin PAS sahaja yang menghentam tetapi juga
kalangan veteran UMNO yang sepatutnya lebih peka dan bersangka baik dengan
parti komponen BN.
Setiausaha Kelab Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakubmengatakan mereka tidak ada hak untuk komen RUU itu kerana ia membabitkan orang
Islam. Menurutnya, sebagai rakan kongsi BN, MCA sepatutnya menjelaskan
kekeliruan orang Cina yang bukan Islam terhadap RUU itu dan bukannya menjadi
batu api.
Jangan salahkan orang bukan Islam kerana Mustapha sendiri
sudah menyebut ia rang undang-undang, sedangkan Hadi hanya membawa usul, belum
lagi dipersetujui di Dewan Rakyat untuk mdijadikan rang undang-undang.
Ditolak atau diterima belum pasti.
Yang nyata kini bukan PAS sahaja yang kena percikan air
tetapi lebih teruk UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kesian dengan calon BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar
tidak semena-mena menghadapi serangan yang tidak dijangka dan akan menyulitkan
mereka.
Tolak ketepi Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP
yang mempertikaikan cara usul dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang, tetapi kemarahan sekutu BN semakin menyala-nyala.
Kini, MCA, MIC, Gerakan, SUPP dan Parti Bersatu Sabah
(PBS) bagai tidak boleh diredakan kemarahan mereka, biarkan Pengerusi BN, Datuk
Seri Mohd Najib Razak cuba ‘mendinginkan suhu kehangatan politik negara’ akibat
usul ini semalam.
Ini kenyataan mereka:
1. Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai:
“Saya cuba untuk menghentikannya. Saya cuba mendapatkan semua parti komponen
untuk menghentikannya. Saya menggesa kedua-dua belah pihak agar bersama
menyekat Rang Undang-Undang ini. Jadi, jika kita tidak boleh melakukannya, kita
perlu berkorban. Saya akan letak jawatan.” (28 Mei 2019)
2. Presiden MIC, Datuk S Subramaniam :
"Jika selepas semua usaha kami hudud masih dilaksanakan, saya akan
meletakkan jawatan dalam kerajaan...rang undang-undang itu akan membuka jalan
bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, yang kemudian mungkin merebak ke
negeri-negeri lain." (29 Mei 2019);
3. Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong: “Gerakan
juga akan melakukan segala-galanya dalam kuasanya untuk menyekat RUU hudud
walaupun ia bermakna melepaskan jawatan dalam kerajaan...Keputusan ini masih
tidak berubah," (28 Mei 2015).
4. Presiden Parti Berstu Sabah, Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan: “Pas' Private Members Bill on Syariah amendment should not
have been allowed in Parliamen...This is stipulated in our Constitution. “I
would dare say some of the penalties are inhumane. Do we want to go into this?”
Semalam Presiden MCA terus merayu kepada semua Ahli Parlimen untuk
mengundi bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan
PAS.
Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dilaporkan berkata RUU itu tiada kaitan dengan hudud, Liow menegaskan bahawa
jika ia diluluskan, skop itu lebih luas dengan memberi kuasa kepada PAS di
Kelantan untuk menuntut pelaksanaan hukuman hudud.
Menurut Liow, Kerajaan Kelantan kemudiannya boleh
melaksanakan apa sahaja hukuman kesalahan yang termasuk dalam undang-undang
jenayah hudud.
Pindaan ini juga akan memberikan mahkamah Syariah di
Kelantan kuasa yang sama dengan sistem mahkamah Persekutuan.
Najib semalam mengakui terdapat "salah faham"
di kalangan parti-parti komponen BN mengenai rang undang-undang ahli
persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS itu.
Katanya, apa yang dibentangkan bukan undang-undang hudud
tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk
di bawah Mahkamah Syariah.
Kenapa ada salah faham?
Kerana wujudnya ‘hubungan komunikasi yang terputus’
antara pemimpin komponen BN.
Kenapa tidak ada penjelasan kepada pemimpin komponen BN
walaupun ini sudah kali ketiga percubaan Hadi?
Kepada tidak dijelaskan kepada pemimpin bukan Islam dalam BN terlebih dahulu mengenai
peruntukan untuk mempertingkatkan fungsi Mahkamah Syariah?
Kenapa biarkan ia
difahami sebagai yang berkaitan Hudud. Salah pemimpin parti komponen?
Mana Menteri agama atau Menteri di Jabatan Perdana
Menteri yang ‘pakar’ dalam mundang-undang yang selama ini menganggap orang lain
bodoh mengenai perkara ini dan khususnya Hudud?
Bagi MCA itu: “Kami mahu sokongan dari kedua-dua parti
komponen untuk bersama-sama menghentikan RUU ini kerana ia bercanggah dengan
semangat Perlembagaan Persekutuan," katanya semalam.
"Malaysia kemudian akan mempunyai dua sistem
undang-undang yang sama. Ini akan menimbulkan konflik kepada Perlembagaan
Persekutuan, undang-undang tertinggi yang diguna pakai di negara kita.
"Menurut Artikel 8, semua rakyat Malaysia harus
tertakluk kepada satu sistem undang-undang dan adalah sama mengikut
undang-undang," kata Liow.
Ketika ditanya sama ada pendirian MCA bertentangan dengan
UMNO yang menyokong RUU yang dibentangkan PAS, Liow berkata kedua-dua parti
harus kembali kepada semangat konsensus Barisan Nasional.
"Sejak membentuk kerajaan semasa merdeka, kita
menggunakan semangat BN iaitu konsensus. Dalam apa jua pindaan (kepada Akta
sedia ada) kita perlu memastikan kita mempunyai konsensus dari semua parti
komponen.
Yang nyata, bantahan bukan Melayu dan bukan Islam dalam
atau luar BN terhadap usul ini akan menyebabkan kepimpinan tinggi BN perlu
menilai semula pelan kerjasama mereka dengan PAS.
Tembelang sudah terbongkar dan PAS pun terperangkap dengan
mainan Hadi dan konco-koconya.
Harapan kerjasama yang kantoi ini terpaksa dibatalkan
atau dibaikpulih melalui cara lain untuk beberapa ketika akan datang sebelum
pilihan raya umum dijangka dalam tempoh dua tahun dari sekarang.
Berjayakah mereka?
BN sendiri pula perlu memperkemaskan rumahnya sendiri
kerana walaupun ada mengatakan tidak memerlukan undi bukan Melayu dalam pilihan
raya umum, hakikatnya jika ada tsunami kedua undi bukan Melayu kepada
pembangkang, BN boleh lingkup dan UMNO mungkin terpaksa menagih simpati parti
lawan untuk bentuk kerajaan.
Namun, ada satu pertanyaan yang menarik dibuat
melalui FB saya oleh Syed Azizi Aziz:
No comments:
Post a Comment