Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (P.067)
dan Sungai Besar (P.093) akan diadakan serentak, 18 Jun depan.
PRK bagi kedua-dua Parlimen itu diadakan selepas
penyandangnya iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Noriah Kasnon (Parlimen Sungai Besar) dan Datuk Wan Muhammad Khair-il
Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nashas helikopter di Sarawak.
Pada Pilihan Raya Umum 2013, Barisan Nasional memenangi
kedua-dua kerusi parlimen berkenaan. Noriah yang memperoleh 18,695 undi
menewaskan calon PAS, Mohd Salleh M Husin dengan majoriti 399 undi.
Manakala Wan Mohd Khair-il Anuar mencatatkan 14,218 undi
dengan majoriti 1,082 undi apabila menyingkirkan calon PAS, Khalil Idham Lim
Abdullah dan Calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim.
Yang nyata, BN sudah menentukan bahawa Naib Presiden UMNO
yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan
menjadi ‘penyelaras’ bagi Barisan
Nasional (BN) untuk keseluruhan pilihanraya berkenaan.
Untuk ‘panglima perang’ pula, BN melantik pemimpin negeri
– Datuk Seri Noh Omar untuk Parlimen Sungai Besar serta Menteri Besar Perak,
Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk Kuala Kangsar.
Nama calon yang akan mewakili BN bagi kedua-dua kawasan
pula akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Dr Ahmad Zahid berkata di Putrajaya, pihaknya sedang
meneliti nama-nama calon yang telah dikemukakan jawankuasa di kedua-dua
bahagian dan akan menyenarai pendek sebelum membuat keputusan.
Apapun, ini adalah ujian pertama untuk Dr Ahmad Zahid
selepas memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ‘pemangku’
timbalan pengerusi BN dan UMNO.
Ujian ini penting untuk memastikan sejauh mana
‘kebijaksanaan’ Dr Ahmad Zahid dalam mengatur dan menguruskan strategi bagi
kemenangan BN.
Selain itu, apakah kali ini gambar Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Razak sudah dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk
dipaparkan di poster, banting dan sebagainya?
Di dua kawasan Parlimen ini tidak akan ada ‘’fitnah’
seperti pada pilihan raya negeri Sarawak?
Juga projek-projek dan peruntukan apa yang akan
diumumkan?
Memandangkan dua kawasan Parlimen ini penting untuk moral
dan imej BN< apakah apa yang diramalkan oleh Datuk A Kadir Jasin bahawa
memandangkan “PRU
2013, BN menang kecil di Sungai Besar dan kemenangan di Kuala Kangsar tidak besar,
Mohd Najib “duit itu raja” akan buat apa saja untuk tidak kecewa. Boleh guna
Teluk Intan sebagai panduan.”
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah selepas
mesyuarat khas berlangsung hari ini berkata, penamaan calon bagi kedua
pilihanraya diadakan pada 5 Jun. Hari pengundian awal akan diadakan pada 14 Jun.
Mohd Hashim berkata, pihaknya telah menerima pemakluman
rasmi daripada Yang Di-Pertuan Dewan Rakyat pada 9 Mei berhubung kekosongan
kerusi Parlimen tersebut berikutan penyandangnya telah meninggal dunia.
Berikutan itu, selaras dengan perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka bagi mengisi kekosongan kerusi-kerusi parlimen tersebut.
Berikutan itu, selaras dengan perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka bagi mengisi kekosongan kerusi-kerusi parlimen tersebut.
Pilihan raya kali ini adalah yang kedua diadakan dalam
bulan Ramadan di mana pilihan raya pertama berlangsung di Kuala Besut,
Terengganu pada 2013.
Mohd Hashim berharap kempen kedua-dua PRK tersebut akan
berlangsung dalam keadaan tenang sama ada di pihak penyokong dan calon yang
bertanding.
"Oleh kerana PRK ini berlangsung dalam bulan Ramadan, SPR berharap ia akan berlangsung dalam suasana tenang tanpa saling mengeji antara penyokong atau calon.
"Ini bukan kali pertama PRK diadakan pada Ramadan dan kami berharap semua pihak akan turut saling menghormati untuk menjadikan PRK ini berlangsung dengan aman seperti Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini," katanya.
"Oleh kerana PRK ini berlangsung dalam bulan Ramadan, SPR berharap ia akan berlangsung dalam suasana tenang tanpa saling mengeji antara penyokong atau calon.
"Ini bukan kali pertama PRK diadakan pada Ramadan dan kami berharap semua pihak akan turut saling menghormati untuk menjadikan PRK ini berlangsung dengan aman seperti Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini," katanya.
Daftar Pemilih Induk (DPI) bagi Parlimen Sungai Besar
yang dikemaskini pada 6 Mei mengandungi 42,655 pemilih berdaftar yang terdiri
daripada 42,365 pengundi biasa, 286 pengundi awal dan empat pemilih tidak hadir
luar negara.
Bagi DPI Parlimen
Kuala Kangsar pula ia dikemaskini pada 7 Mei dan melibatkan 32,949 pemilih
berdaftar yang terdiri daripada 32,632 pengundi biasa, 312 pengundi awal dan
lima pemilih tidak hadir luar negara.
"Kos bagi kedua-dua PRK itu dianggar sebanyak
RM2.7 juta," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini,
Jumaat.
Pusat penamaan calon dan penjumlahan undi bagi PRK Kuala
Kangsar akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar dan SPR melantik
Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria sebagai pengurus
pilihan raya.
Bagi PRK Parlimen Sungai Besar pula, Pegawai Daerah
Sabak Bernam, Mohd Khairuddin Md Som dilantik sebagai pengurus pilihan raya dan
Dewan Seri Bernam, Sungai Besar akan dijadikan lokasi penamaan calon serta
penjumlahan undi rasmi.
Melihat kepada perkembangan dan minat parti-parti
politik, PRK di kedua-dua kawasan Parlimen ini akan sengit, malah dianggap
sebagai isyarat untuk Pilihanraya Umum ke-14 akan datang.
Ahli umno akan bei sokongan kepada PAS sebagai undi protes kepada Najib !!
ReplyDeleteumno telah memperuntukan sejumlah besar dari 2.6 billion untk prk kali ini
ReplyDeletePemimpin UMNO,PAS,PKR juga Amanah dari kalangan orang Melayu tetap menjaga hubungan silaturrahim diantara mereka. Sesuatu yg boleh dibanggakan.
ReplyDelete