Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar (Kuala Terengganu)
Azan Ismail sudah menyatakan perkara ini secara terbuka pada ceramah bersama
pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) di Marang baru-baru ini.
Malah, beliau mempersoalkan kenapa Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) PAS, termasuk ADUN Rhu Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya membisu mengenai perkara ini.
Juga ADUN PAS lain seolah-olah bersetuju dengan UMNO Terengganu.
Hari ini, beliau menyebutnya lagi pada sidang media yang
dibuat oleh Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin di lobi Parlimen mengenai
perkara yang sama.
Perkaranya?
Kerajaan negeri Terengganu telah meminda dan mewartakanundang-undang negeri yang membolehkan UMNO Terengganu mengambil alih tanah
rizab Melayu.
Menurut ahli parlimen Pakatan Harapan di Parlimen hari
ini, pindaan kepada Seksyen 9 Enakmen Tanah Rizab Melayu Terengganu dibuat pada
persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Mei lalu.
Sesalinan hansard
DUN Terengganu yang dilihat oleh Malaysiakini
menunjukkan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mempertahankan
pindaan itu untuk melindungi kepentingan UMNO.
"Kami mahu lindungi tanah milik UMNO supaya ia kekal
di bawah orang Melayu, kerana ahli-ahli UMNO adalah orang Melayu," kata Razif
di DUN Terengganu pada 14 Mei lalu.
Selain UMNO Terengganu, pindaan juga membolehkan
pemilikan tanah rizab Melayu dipindahkan kepada Perbadanan PR1MA.
Hanipa berkata beliau dan Azan akan mencabar pindaan itu
di mahkamah.
"Sebagai seorang peguam, saya tidak pernah melihat
undang-undang sebegini," Hanipa.
Beliau diiringi oleh Azan yang mendakwa dirinya adalah
wakil rakyat tunggal yang membantah pindaan tersebut.
"Saya cadangkan anda tanya kepada Datuk Seri Abdul
Hadi Awang, mengapa sebagai pemimpin pembangkang Terengganu, beliau tidak
membantah (pindaan) ini," kata Hanipa.
Azan mengakui beliau khuatir pindaan baru itu akan
menyusul ke negeri-negeri lain.
"Saya bimbang dengan undang-undang baru ini, ia akan
pendulu bagi membolehkan negeri-negeri lain juga membenarkan pemilikan tanah
rizab Melayu dipindahkan kepada parti politik," katanya.
Pada 29 Nov 2014, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua menteri besar di bawah Barisan Nasional (BN) menggantikan
tanah rizab Melayu yang diambil bagi tujuan pembangunan.
Bagaimanapun kata Perdana Menteri, tanah tersebut bukan
sekadar menjadi tanah rizab semata-mata sebaliknya perlu dibangun dan
dimajukan.
“Saya minta semua undang-undang yang perlu dipinda dibuat
pindaan supaya tanah-tanah rizab Melayu ini boleh dibangunkan dengan nilai yang
menguntungkan pemilik-pemiliknya,’’ katanya.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika
menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur.
Isu tanah rizab Melayu menjadi perhatian perwakilan dalam
perhimpunan itu berikutan pendedahan Utusan Malaysia pada 17 September lalu.
No comments:
Post a Comment