Ramai menunggu tarikh 9 September 2015, Apakah ia tarikh keramat?
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO ditunggu berikutan ramalan akan berlaku sesuatu yang akan menentukan masa hadapan UMNO.
Jangan marah jika ada yang percaya bahawa tujuh
pemimpin UMNO akan dipecat esok. Kalau pun tidak dipecat, dikhabarkan mereka
akan’digantung keahlian’.
Jika benar, apa kesnya? Sekadar menyanggah
pendapat Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri?
Apakah ini melanggar perlembagaan atau peraturan
parti?
Apakah ini salah laku yang besar?
Mereka menuntut jawapan atas perkara tertentu dan
memberikan ‘secong opinion’ sahaja. Salahkah walaupun UMNO mengamalkan
demokrasi dalam berparti?
Bukan sahaja sms bertalu-talu datang, FB berulang-ulang
memperkatakannya malah, beberapa blog yang rapat dengan parti UMNO dan Barisan
Nasional (BN) turut memperkatakanya.
Malah beberapa pemimpin UMNO turut memberikan
pendapat yang kebanyakannya bimbang jika langkah itu benar-benar diambil.
Juga jangan marah, berkaitan isu ini jika ada
pelbagai spekulasi kerana politik hari ini dipenuhi dengan 'ramalan pak nujum'
di alam maya, lebih-lebih lagi bagi yang bimbang dengan senario politik semasa.
Kebimbangan utama ialah isu kehilangan kerusi
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Ada berani Presiden dan ahli Majlis Tertinggi
UMNO membuat keputusan seperti yang dispekulasikan?
Hari ini, Bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid
meningatkan Umno akan bertambah lemah sekiranya spekulasi pemecatan timbalan
presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden parti Datuk Seri Shafie
Apdal menjadi kenyataan esok.
Beliau yang
pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkata keadaan akan
menjadi lebih buruk sekiranya perkara berkenaan benar-benar berlaku.
"Umno
akan menjadi bertambah lemah kerana setiap tokoh mempunyai pengikut, penyokong,
sahabat dan saudara mara," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
"Apatah
lagi pemecatan itu, jika berlaku, adalah kerana perbezaan pendapat. Bererti
yang tinggal hanya 'yes man',” katanya.
"Semuanya
bergantung kepada spekulasi kepentingan dan pemikiran sekitar rancangan
pewarisan kepimpinan," katanya.
Sekiranya
benar ada pemecatan yang berlaku dalam masa terdekat ini, Sanusi berkata
pemimpin Umno tidak berfikir panjang dalam membuat keputusan.
Sebelum ini,
beberapa blog umpamanya Agendadaily turut menarik perhatiaan apabila
mengatakan: "Terbaru paling hangat ialah penyebaran di media sosial
senarai tujuh orang pemimpin UMNO konon akan dipecat pada mesyuarat Majlis
Tertinggi UMNO yang akan diadakan pada Rabu,9 September ini.
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya diadakan
pada 31 Julai lalu.Namun ia dibatalkan
kerana dikatakan untuk sejukan keadaan selepas rombakan kabinet dibuat.
Macam mana senarai yang disebar tak jadi panas.Ia
membariskan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO,Shafie Naib Presiden dan
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru,Datuk Aziz
Sheikh Fadzir,Ketua UMNO Bahagian Kemaman,Datuk Ahmad Said,bekas Ketua
Penerangan Wanita UMNO,Datuk Hamidah Osman dan Ketua UMNO Bahagian
Sepanggar,Sabah,Datuk Jumat Idris.
Jika betul bagai disebar UMNO/BN akan kehilangan
empat kerusi Parlimen yakni Muhyiddin di Pagoh,Johor ,Shafie di
Semporna,Sabah,Aziz di Kulim Bandar Bharu,Kedah dan Jumaat di Sepanggar,Sabah.
Dua kawasan Dewan Undangan Negeri pula Ahmad Said di Kemaman,Terengganu
dan Mukhriz di Air Hitam,Kedah.'
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein menepis khabar angin dengan mengatakan khabar angin yang tidak berasas.
"Jika ada pihak tertentu yang mahu terus
percaya khabar angin berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak
tahu apa agenda mesyuarat ( Majkis Tertinggi UNNO ) itu nanti."
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil pula
ingatkan ahli UMNO tidak terpengaruh dengan penyebaran senarai seumpama itu.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri MukhrizMahathir pula tidak bimbang dengan
khabar angin bahawa beliau akan dipecat oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Pada April lalu, Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad
Lebai Sudin berkata Mukhriz perlu meletakkan jawatan jika beliau tidak boleh
secara terbuka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
KERJA GILA.... ADA KUASA JADI JADI IBLIS
ReplyDeleteHanya dua martabat....
ReplyDeleteHidup atau Mati.
Pilihan bukan sahaja ditangan depa.
Malahan ditangan rakyat.
Sendiri fikir,sendiri mau ingat.