Sunday, January 12, 2014

Pegawai Khas Menteri Mana Terus Dikenakan Tahanan Reman?

 Tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri ditahan reman pada Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender. 


Persoalan masih tidak terjawab ialah pegawai khas manteri mana yang sedang ditahan reman untuk siasatan?

Hari ini, tempoh reman pegawai khas menteri dan ahli perniagaan berpangkat 'Datuk' yang ditahan berhubung dakwaan rasuah berkaitan tender pembersihan di sebuah kementerian, disambung dua hari lagi.

Pendaftar Mahkamah Majistret, Rozaidi Yaacob, membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas kedua individu berkenaan. 

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Kedua-dua mereka mula ditahan reman selama empat hari sejak Khamis lalu bersama seorang lagi suspek iaitu seorang wanita berjawatan setiausaha.

Menurut laporan media, Mahkamah Majistret Putrajaya,  9 Disember lalu mengeluarkan perintah reman terhadap tiga individu termasuk pegawai khas seorang menteri bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan permintaan dan penerimaan wang sogokan berkaitan pemberian tender.

Majistret Nur Dahlia Azmi membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan ketiga-tiganya iaitu dua lelaki dan seorang wanita bermula hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Selain pegawai khas tersebut, mereka yang direman ialah seorang pemilik syarikat bergelar Datuk dan seorang setiausaha wanita sebuah kementerian di Putrajaya.

Mahkamah membenarkan setiausaha berkenaan direman selama tiga hari hingga Sabtu ini manakala pegawai khas dan ahli perniagaan tersebut direman selama empat hari sehingga Ahad ini (semalam).

Mereka yang berumur di antara 31 dan 48 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu kesalahan meminta atau menerima rasuah.

Difahamkan, mereka ditahan bagi membantu siasatan terhadap seorang suspek yang dipercayai meminta wang sogokan sebanyak 10 peratus daripada nilai tender yang dikatakan untuk diserahkan kepada pegawai atasan.

Ketiga-tiganya dibawa ke pekarangan mahkamah dalam keadaan bergari selepas ditangkap kira-kira pukul 6 pagi oleh sepasukan anggota SPRM.

No comments:

Post a Comment