Pelik sungguh manusia bernama Mahfuz Omar ini…
Pada ketika Yang Dipertua PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani menganggap kenyataan yang dibuat Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda PAS, Khairol Fahmi Mat Som Khairol Fahmi menerusi akaun Twitternya itu dianggap sesuatu yang tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku, Mahfuz mempertahankannya.
Mahfuz dah jadi macam Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, jika ada dengar atau nampak saja UMNO, dia akan cepat jadi ‘meroyan’.
Apa yang dia nak marah sangat dengan UMNO?
Sedangkan Mahfuz sendiri pernah menerima duit orang UMNO pada suatu ketika dan pada suatu tempat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Sebagai kawan, orang UMNO ini sedia bantu Mahfuz dan kalau Mahfuz yang kini Ahli Parlimen memang benci UMNO, dia tidak akan terima pemberian itu…benar daripada kawan, tapi bukan daripada kawan PAS atau PKR atau DAP tapi daripada UMNO!
Mahfuz yang bergelar Datuk, Naib Presiden PAS, mempertahankan Khairol Fahmi terhadap apa yang dikecam oleh pelbagai pihak kerana dianggap menghina Rasulullah SAW dalam kenyataan Twitternya.
Khairol Fahmi menerusi akaun Twitternya menyebut, “Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun Umno akan keluarkan... jahanam Umno” pada 27 Mac lalu.
Tindakannya itu kemudian mendapat kecaman hebat daripada semua pihak termasuklah beberapa pihak yang membuat laporan polis.
Datuk Seri Dr Abdullah Md Zain, Penasihat Agama Perdana Menteri, semalam meminta PAS mengambil tindakan terhadap Khairol Fahmi kerana menghina Rasullullah SAW.
Katanya tindakan itu jelas keterlaluan dan biadap sehingga mengguris hati umat Islam dengan mengaitkan Nabi, hanya kerana marah terhadap Umno.
Bagaimana boleh Nabi sebagai insan yang mulia dan sempurna ini dibandingkan oleh Khairol Fahmi dengan manusia biasa yang pastinya satu perkara yang tidak betul, kata Abdullah.
"Amat jelas baginya, PAS sudah terlalu jauh menyeleweng dan terpesong seperti yang pernah dikatakan oleh bekas timbalan presiden PAS Nasaruddin Md Isa sebelum ini. Saya harap pemimpin PAS balik ke pangkal jalan dengan tidak terus menerus berjuang dan mengeluarkan kenyataan berlandaskan emosi dan nafsu hingga akhirnya menjadikan Islam itu terlalu ekstrim dan tidak dihormati oleh bangsa lain di dunia ini,” katanya semalam.
Sebaliknya bagi Mahfuz, apa yang cuba dinyatakan Khairol Fahmi dalam Twitternya itu hanya perumpamaan untuk menggambarkan 'kejahatan' Umno, bukan bertujuan menghina Rasulullah SAW.
"Umno saja perbesar isu. Dia (Khairol Fahmi) nak beritahu macam mana jahatnya Umno sampai tahap itu, bukan dia nak kata Nabi Muhammad buat benda tak elok. Dia nak gambarkan, kalau Nabi Muhammad lawan Umno, Nabi juga akan jadi mangsa fitnah Umno. Itu tujuan dia, bukan nak kata Nabi tu jahat," katanya pada sidang media semalam.
Ditanya tidakkah dengan menggunakan nama Rasulullah SAW boleh dianggap keterlaluan kerana kedudukan Baginda yang begitu dimuliakan dalam Islam, Mahfuz berkata, perkara itu dilihat begitu kerana ramai yang menyalah tafsir maksud sebenar yang cuba disampaikan Khairol Fahmi.
“Apa yang keterlaluannya? Dia bukan kata kat Nabi Muhammad, dia kata kat Umno. Kena faham bahasa, Umno ni sampai satu peringkat macam... kenyataan Tok Guru Nik Aziz (Datuk Nik Aziz Nik Mat) mengenai BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi anak ayam makan, itu perumpamaan saja.
"Kalau perumpamaan tidak boleh pakai, Dewan Bahasa Pustaka, pusat-pusat bahasa di universiti kena buang semua perumpamaan yang ada binatang,” katanya.
Sebaliknya, Mohamad Taufek menganggap kecaman demi kecaman yang diterima oleh Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairol Fahmi Mat Som sebagai satu pengajaran berguna buat dirinya.
Malah dia berharapkan dengan kejadian ia boleh dijadikan sebagai pengajaran berguna untuk beliau (Khairol Fahmi) agar tidak melakukan perkara yang sama pada masa akan datang.
“Saya yakin, pimpinan PAS akan meneliti setiap apa yang berlaku dari semua aspek termasuklah dari sudut Islam terhadap apa dilakukan beliau.
Sekiranya kita dapati kenyataan itu adalah sesuatu yang tidak wajar, maka beliau harus dikenakan tindakan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Mohamad Taufek berkata, bagaimanapun, keadaan ini tidak seharusnya diperbesarkan mahu pun dipolitikkan kerana dikhuatiri akan menimbulkan polemik yang lebih serius dalam kalangan masyarakat.
Beliau berharap isu ini tidak perlu diperbesarkan atau dipolitikkan demi meraih perhatian masyarakat, cukuplah sekadar memberi teguran terhadap tindakan beliau itu.
Malah dia pasti pimpinan PAS sendiri akan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya.
Yang pasti, pemimpin PAS tidak akan berbuat apa-apa. Mungkin hanya peringatan dan kejadian menghina Nabi kita akan terus dilakukan oleh pemimpin yang mendakwa mereka Islam.
No comments:
Post a Comment