Friday, December 14, 2012

‘MENGATA DULANG, PAKU SERPIH…’

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menunjukkan dokumen pelaburan oleh  EPIC yang mengalami kerugian di zaman merintahan PAS.
Pembohongan, fitnah dan tuduhan liar terhadap kerajaan negeri Terengganu sering dilemparkan oleh pembangkang.

Sama ada melalui ceramah atau juga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pemimpin PAS khususnya menuduh kononnya projek atau program yang dilaksanakan kerajaan negeri tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, ketika sesi penggulungan  DewanUndangan Negeri (DUN) semalam berkata,  walaupun sebelum ini kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan kerajaan pusat iaitu selepas sahaja kerajaan Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri itu pada 2004, namun kini ia telahpun berjaya dilunaskan.

"Untuk bangunkan semula Terengganu selepas diperintah PAS, kerajaan negeri hanya berhutang dalam beberapa perkara iaitu pembinaan rumah kos rendah, pembinaan kawasan industri dan membaik pulih sistem bekalan air," katanya.

Namun kini kerajaan tidak lagi meminjam untuk pembinaan rumah kos rendah dan pembinaan kawasan industri kecuali untuk bekalan air.

Selain itu, pemimpin PAS Terengganu sering mempersoalkan pelaburan kerajaan negeri terhadap syarikat tertentu yang kononnya mengalami kerugian dan pastinya kesan besar melanda rakyat Terengganu.

Di sebalik tuduhan demikian, apakah pelaburan oleh kerajaan PAS Terengganu antara 1999 dan 2004 mendatangtkan keuntungan?

Benarkah tuduhan PAS bahawa pelaburan kerajaan Terengganu mendatangkan kerugian besar?

Ikuti siri ‘MENGATA DULANG, PAKU SERPIH’ di blog ini mulai esok.

No comments:

Post a Comment