Tuesday, October 23, 2012

AZIZAN PANAS BONTOT, TIDAK TIDUR SEMALAMAN...

"Rakyat Kedah berhak mengetahui perkara sebenar di sebalik kerugian projek berkenaan, lebih-lebih lagi ia membabitkan satu jumlah yang besar. Laporan hanya dibuat kepada pihak polis untuk membolehkan siasatan dijalankan...Kita serah siasatan kepada polis. Bagaimanapun, jika siasatan itu terbukti membabitkan penyelewengan, laporan sama mungkin akan dimajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia."
 - Pemuda GERAKAN Kedah

 Panas bontot...Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam tidak nyenyak tidur.

Ini kerana hari ini beliau berjanji akan menjawab isu isu pelaburan projek pembalakan dan perladangan oleh Kedah Corporation Berhad (Kedah Corp) di Papua New Guinea yang dilapor menyebabkan kerugian RM13.49 juta.

Pemuda GERAKAN Kedah sebelum ini mendesak Menteri Besar menjelaskan isu berhubung kerugian pelaburan di Papua New Guinea yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini, termasuk pinjaman kewangan besar dibuat Kedah Corp berjumlah RM135 juta untuk membiayai projek terbabit.

Malah, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, turut mendesak perkara sama selepas khuatir pinjaman tidak munasabah dibuat Kedah Corp itu sengaja dilakukan bagi membiayai perjalanan politik PAS Kedah.

Azizan minta tempoh sehari selepas mendakwa baru saja menerima laporan mengenainya semalam. Persoalannya mampukah Azizan menjawab dengan telus, apa lagi kes ini sudah menjadi kes polis.

Sepanjang malam semalam, Azizan pastinya tidak cukup tangan membelek fail dan dokumen untuk menafikan apa yang disebutkan mengenai isu ini.

Buatlah apapun, untuk menafikan Ketua Audit Negara 2011. Azizan semakin sakit kepala dan seluruh badan dibuatnya!

 Banyak pihak kesal dengan sikap kerajaan PAS Kedah yang memilih untuk berdiam diri selepas lebih seminggu isu terbabit dinyatakan melalui Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Pelbagai desakan dibuat banyak pihak termasuk Pemuda GERAKAN Kedah juga seolah-olah tidak layan, sekali gus memaksa pihaknya membuat laporan polis supaya perkara itu diberi pertimbangkan serius.

Pemuda GERAKAN Kedah menyatakan pihaknya terpaksa buat laporan polis kerana rakyat Kedah berhak mengetahui perkara sebenar di sebalik kerugian projek berkenaan, lebih-lebih lagi ia membabitkan satu jumlah yang besar. Laporan hanya dibuat kepada pihak polis untuk membolehkan siasatan dijalankan.

“Kita serah siasatan kepada polis. Bagaimanapun, jika siasatan itu terbukti membabitkan penyelewengan, laporan sama mungkin akan dimajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Selain Keng Liang, tiga lagi anggota Pemuda GERAKAN Kedah dilaporkan tampil di IPD Kota Setar, untuk menyokong beliau memfailkan laporan polis terbabit. Kita tunggu apa yang akan diperkatakan Azizan

Tahniah Pemuda GERAKAN, inilah cara proaktif yang kita mahu dalam Barisan Nasional - sama-sama membantu UMNO untuk membuka pekong pembangkang!

1 comment:

  1. Salam perjuangan..Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

    ReplyDelete