"Dah pencen
bertahun-tahun dan wang pencen gerenti masuk setiap bulan (Datuk Fauzi Shaari) baru nak
sertai Pas, tak peliklah....
Jika hari ini Datuk Khalid Abu Bakar atau Datuk Bakri Zinin letak
jawatan dan masuk Pas , barulah kita boleh rasa pelik.
Cerita seorang bekas pegawai besar polis nak masuk Pas dah kedengaran
sejak tahun lepas lagi, tapi bulan Mei 2012 baru masuk. Kenapa perlu
tunggu berbulan-bulan ? Kenapa dari tahun lepas lagi tak masuk ?" - Blog RBF
Beberapa tahun lalu ada seorang Ketua Bahagian (kini bekas) memberitahu bahawa Datuk Fauzi Shaari antara nama yang mungkin bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Perak.
Dia dianggap sebagai calon alternatif kepada satu kawasan Parlimen berikutan wujudnya pertelingkahan mengenai pemilihan Ketua Bahagian berkenaan dan siapa patut diletakkan calon untuk Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).
Selepas itu cerita itu senyap sunyi sehinggalah pengumuman mengatakan Fauzi menyertai PAS.
PAS mengatakan polis tanpa jenayah tidak takut untuk mendekati PAS.
Malah ada pihak mengatakan terdapat individu tertentu bertemu Datuk Fauzi agar menarik balik hasrat menyertai PAS sebelum majlis kelmarin. Sudah tentu terdapat orang yang ketar lutut,kerana banyak rahsia siasatan dan salah laku jenayah dalam "genggaman" Fauzi.
Setuju sangat dengan komen RBF bahawa "....sejak akhir-akhir ini Pas sering mencanangkan beberapa orang yang pernah ada nama sebelum ini menyertai mereka. Pas sambut mereka dan Pas canang seperti bulan jatuh ke riba. Pas juga guna kesempatan itu untuk mencanangkan berita kononnya Umno semakin tidak relevan kerana mereka-mereka memilih Pas. Biarkan Pas terus syok sendiri. Kita layan ja.... Berhubung tindakan Datuk Fauzi masuk Pas. Pas puja dan puji Datuk Fauzi kerana tidak takut dan tidak gentar untuk menyertai Pas. Berprinsip, teguh pendirian dan bla...bla...bla...bla....pujian yang diberikan."
RBF selanjutnya mengatakan : "Kita tak perlu hairan atau risau dengan perkembangan tersebut. Orang yang dah pencen masuk Pas apa kita nak hairan ? Kalaulah Datuk Fauzi itu masih Pengarah JSJ dan letak jawatan 24 jam untuk menyertai Pas , itu barulah satu tamparan yang hebat kepada kerajaan. Dah pencen bertahun-tahun dan wang pencen gerenti masuk setiap bulan baru nak sertai Pas, tak peliklah.... Jika hari ini Datuk Khalid Abu Bakar atau Datuk Bakri Zinin letak jawatan dan masuk Pas , barulah kita boleh rasa pelik. Cerita seorang bekas pegawai besar polis nak masuk Pas dah kedengaran sejak tahun lepas lagi, tapi bulan Mei 2012 baru masuk. Kenapa perlu tunggu berbulan-bulan ? Kenapa dari tahun lepas lagi tak masuk ? Tidak mustahil cerita mula dicanang sejak tahun lepas sebagai ugutan atau acah-acah supaya ada orang pergi pujuk dan beri apa yang dia mahu. Bila tiada yang memujuk atau tidak dapat apa yang dikehendaki , maka masuklah dia ke dalam Pas. Isu bab artis masuk Pas pula.... Siapa artis yang masuk Pas ? Yang Pas julang setakat ini Bob Lokman dan Aishah.... Bila dah puas teguk arak ,dah tak laku, badan pun jadi macam tong drum, baru mereka-mereka ini kenal islam. Oleh kerana baru kenal islam , dah tak tahu nak beza pula mana islam yang sebenar dan parti politik yang guna nama islam. Lalu masuklah Pas kononnya untuk mendekati islam. Setakat Aishah dan Bob Lokman masuk Pas apa kita nak pelik atau hairan ?
Bagi saya bukan sekadar "Biarkan Pas terus syok sendirian..." seperti kata RBF tetapi biarlah dia memilih laluan ke syurga yang dilorongkan oleh PAS.
BILA ADA SAHAJA SEORANG DUA SANA SINI MASUK PAS KITA PUN JADI HERAN DAN RIOH BERBICARA. YANG MASUK UMNO TAK DIHEBOHKAN PUN. KENAPA ??
ReplyDelete