Thursday, March 29, 2012

SELEPAS 20 TAHUN, PAS GAGAL WUJUDKAN PEMBANGUNAN WILAYAH


Muka-muka yang tidak tahu malu selepas  tidak dilayan Ketengah untuk menyerahkan memorandum. Paling kanan Mazlan Aiman yang mahu menjadi hero di Terengganu pula!
Peranan double standard yang dimainkan oleh Mazlan, GO dan PAS membuktikan mereka tidak cermin diri! Apa yang dapat dilihat sejak memerintah Kelantan lebih 20 tahun, kerajaan PAS gagal membangunkan kawasan pembangunan wilayah di Kelantan. Yang terus memajukan rakyat ialah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang fungsinya sama dengan Ketengah dan sehingga kini rakyat atau peneroka di dalamnya menikmati pelbagai hasil dan bantuan kerajaan. 

Siapa Mazlan Aiman untuk menentukan atau mengatakan keengganan menerima memorandum daripada Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris)a akan menjejaskan nama baik atau reputasi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)?

Apakah tindakan atau keengganan menerima memorandum daripada Waris dan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) sebagai perbuatan tidak cerdik (bodohlah tu!)?

Malah, lebih jauh Mazlan menuduh ada dalang yang akan mengundang kontroversi. Kontroversi apa? PAS dan ANAK menyifatkan berlaku pembaziran di Ketengah.

Kata Mazlan semalam, “Saya fikir jika seluruh agensi ini, dengan peruntukan berbilion setiap tahun diluluskan dalam Bajet di Parlimen. Jika agensi-agensi ini gagal, kita harus memikirkan dasar-dasar yang baru.Bagi saya, sangat rugi dengan jumlah tanah 640,000 hektar di Ketengah tetapi masih tidak nampak kejayaan yang baik dan cemerlang di Wilayah Ketengah ini.”

Mazlan mengatakan perkara itu ketika berucap di hadapan pintu masuk bangunan pejabat Ketengah di Bandar Al-Muktafil Billah Shah (AMBS), dekat Dungun semalam. Menurutnya, NGO Waris telah membawa suara rakyat melalui 12 perkara penting yang dijadikan memorandum kepada pihak Ketengah dan kerajaan.

Beliau yang juga Pengerusi Anak, Mazlan Aliman menegaskan rakyat tidak mahu lagi pembaziran terus berlaku dalam kerajaan dan agensi-agensinya.

Katanya, setiap tahun berbilion telah diluluskan dalam bajet di Parlimen dengan peruntukan yang banyak termasuk di Ketengah dan wang itu sebagai pembaziran.

Peranan double standard yang dimainkan oleh Mazlan, GO dan PAS membuktikan mereka tidak cermin diri! Apa yang dapat dilihat sejak memerintah Kelantan, kerajaan PAS gagal membangunan kawasan pembangunan Wilayah di Kelantan.

Yang terus memajukan rakyat ialah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang fungsinya sama dengan Ketengah dan sehingga kini rakyat atau peneroka di dalamnya menikm ati pelbagai hasil dan bantuan kerajaan.

Ternyata kerja Mazlan yang memegang tiga jawatan – dua NGO dan dalam PAS – ialah memperlekehkan usaha Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang diperintah Barisanm Nasional dan menyerahkan memorandum.

 Kenapa tidak serahkan memorandum kepada kerajaan Kelantan supaya program Ladang Rakyatnya mampu dijadikan contoh mengatasi Ketengah atau Kesedar terlebih dahulu?

Apakah Ladang Rakyat bebas masalah? Apakah Ladang Rakyat tidak membazir?

Baca selanjutnya di teganuku

No comments:

Post a Comment