Friday, February 24, 2012
JATIKAN UMNO, 3.34 JUTA AHLI UMNO MESTI MENGUNDI PADA PRU 13
Pastikan semua ahli UMNO mengundi.
Parti tidak kuat dengan jumlah keahliannya sahaja tetapi ia akan menjadi kuat dan kukuh jika ahli-ahlinya memainkan peranan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan menyokong kepimpinan melalui menjayakan kerja-kerja dan amanat parti.
Daftar ahli baru UMNO sebagai pengundi muda!
Dengan jumlah keahlian Umno sehingga tahun berakhir 31 Disember 2011 meningkat kepada 3.34 juta orang, jika pendaftaran pengundi dilakukan dengan sebaik-baiknya, ia akan memberikan impak besar kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata jumlah tersebut melibatkan pertambahan sebanyak 113,116 ahli.
Ini membuktikan bahawa orang Melayu yang beragama Islam dan bukan beragama Islam dalam UMNO tetap percaya UMNO adalah wadah untuk satu ikatan bangsa dan agama yang kukuh yang padu dan jitu.
Hanya UMNO mampu memperjuangkan nasib bangsa dan agama di negara ini. Biarlah apapun yang mahu dikatakan oleh pembangkang, namun semangat kebangsaan Malaysia tetap wujud dalam UMNO.
Ketika ini menurut Presiden UMNO itu, jumlah keseluruhan ahli Umno ialah sebanyak 3,335,875 dan angka ini seharusnya diterjemahkan dalam pilihan raya umum ke 13.
Malah, baik juga jika UMNO mahu merayakan sambutan Majlis Ulangtahun Umno ke-66 secara besar-besaran. Tunjukkan parti keramat ini terus kuat dan diterima rakyat, khususnya orang Melayu.
“Kita akan buat sambutan di Stadium Merdeka. Sambutan yang lain daripada biasa dan meriah," katanya.
Sebagai ahli UMNO, semua mesti tunjukkan kekuatan dan force yang mampu menentang dakyah dan fitnah pembangkang. Ahli UMNO sudah matang dan terjemahkan segalanya melalui sambatan ini sambil buktikan bahawa UMNO memang PARTI KERAMAT.
Kita tidak mahu dengar lagi ada kalangan Pemuda UMNO atau Puteri UMNO yang tercicir daripada pendaftaran pengundi.
Jangan banyak cakap, jalankan kerja terutamanya pendaftaran pengundi baru. Beritahu kepada pemuda dan puteri bahawa mengundi adalah penting.
Kita tidak mahu ada kalangan rakyat yang bersifat ‘kacang lupakan kulit’ iaitu mereka yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, yang mendapat habuan kontrak kerajaan atau yang menikmati pelbagai kemudahan kerajaan kerana faktor-faktor seperti keturunan, anugerah dan sebagainya tidak mengundi.
UMNO perlu menjadi parti yang menjaga kepentingan Melayu dan bukan Melayu yang mahu seiring menjadikan negara ini bertambah maju dan kuat.
UMNO juga perlu menjadi pelindung kepada agama suci Islam serta memperjuangkan nasib orang Islam seantaro dunia, bukan jenis parasit yang menyokong perjuangan yang dilaknat Allah tetapi mendabik dada kononnya dialah pejuang Islam universal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment