Thursday, November 3, 2011

SENATOR - BAKAL JADI BAHAN LAWAK, RUGIKAN BARISAN NASIONAL

Kelmarin saya menyebut bahawa perlantikan Senator dibuat kerana jasa dan sumbangan seseorang kepada negara.

Hari ini blogger GMW membuat ulasan mengenai perkara ini tanpa merujuk kepada sesiapa dengan mengatakan jika tidak berhati-hati, jawatan senator bakal menjadi bahan lawak jenaka menjelang piliharaya umum kelak.

Malah lebih bahaya, ia menjadi 'modal selesa' untuk menyerang dan membelasah Barisan Nasional.

Sebagai rakyat dan blogger kita hanya boleh memperkata dan mengemukakan pendapat.

Namun siapa mahu mendengar pendapat kita?

Cakap banyak nanti ada yang akan tuduh, kau tidak dapat cakap banyaklah!

Hakikatnya hari ini pemimpin Barisan Nasional akan melakukan dengan rasional bahawa "mereka lebih tahu dan sudah mendapatkan pandangan banyak pihak" terlebih dahulu, umpamanya dalam kes terbaru iaitu perlantikan Datuk K S Nallakaruppan.

Namun ingin saya turut mengingatkan semua pemimpin BN bahawa rakyat biasa juga kini tahu banyak dan mampu memberikan pandangan mereka melalui kertas undi. Tunggu PRU13 untuk ketahui apa pandangan rakyat!

Apapun baca artikel tulisan GMK ini:

EKSKLUSIF ... Perlantikan Senator BAKAL MENJADI BAHAN LAWAK?
Gelombang Wangsa Maju (Thursday, November 3, 2011)


GWM terpanggil untuk memberi pandangan secara terbuka mengenai perlantikan senator masa kini kerana dikhuatiri jawatan senator bakal menjadi bahan lawak jenaka menjelang piliharaya umum kelak.

Tidak mustahil perkara ini boleh dijadikan 'modal selesa' pakatan haram untuk membelasah Barisan Nasional dalam ceramah-ceramah pakatan haram sebelum menjelangnya pilihanraya umum.

Sememangnya tidak dinafikan, hak perlantikan senator terletak kepada Yang di-Pertuan Agong dimana baginda boleh melantik 44 senator dan 3 senator dilantik bagi mewakili Wilayah Persekutuan.

Selebihnya perlantikan senator terletak kepada Sultan setiap negeri dan atas nasihat Perdana Menteri.
Namun apa yang membimbangkan 'trend' perlantikan senator lebih menjurus kepada perumpamaan perlantikan 'dulu lu belasah gua, sekarang lu jilat gua, lu boleh jadi senator'!

GWM perlu bersikap terbuka dalam hal ini kerana unjuran 'trend' golongan yang terpilih menjadi senator adalah golongan yang pernah mengkhianati kerajaan dan Barisan Nasional khususnya.

Teguran bukan bererti membenci kerajaan dan Barisan Nasional namun kerajaan perlu lebih matang dalam menilai perlantikan seorang senator.

Apakah dengan hanya menjadi seorang 'defector' dari barisan pembangkang, dengan semudah itu jawatan senator layak disandang sebegitu mudah?

Perlukah dengan hanya membekalkan 'peluru penabur' untuk membunuh langkah pembangkang, murahnya darjat kebesaran seorang senator diperlakukan?


Begitu mudah senator 'defector' ini dilantik dan begitu mudahnya golongan ini mempunyai keistimewaan duduk semeja dengan menteri malah bersama Perdana Menteri!

Bagaimana pula mereka yang telah lama berkhidmat dalam kerajaan dan mempunyai rekod cemerlang namun tidak diberikan keistimewaan ini.

Bagaimana pula dengan tokoh-tokoh pejuang dalam UMNO, MCA, MIC dan sebagainya dalam Barisan Nasional yang telah lama berjuang mempertahankan kredibiliti dan imej kerajaan yang terlepas pandang.

GWM yakin masih ramai golongan professional yang terpinggir dari dilantik menjadi senator berdasarkan track record cemerlang dalam perkhidmatan awam mahupun mereka yang bergerak dalam NGO-NGO di Malaysia.


Apa yang GWM khuatirkan jika terjadi satu situasi yang agak aneh (bukan mustahil) ... jika ditakdirkan 'Anugerah Tuhan' melakukan satu turning point memberikan 'peluru hidup' kepada Barisan Nasional untuk membunuh pakatan pembangkang.


Adakah kerajaan juga akan melantik 'Anugerah Tuhan' sebagai seorang senator gara-gara kembali melutut dan menyokong Barisan Nasional ...


Huh ... bakal menjadi bahan lawak politik Malaysia satu abad lamanya.

1 comment:

  1. " Apa jasa Nalla kepada negara "

    Jawapannya mudah sahaja, bagi PM Najib Razak, seseorg itu tidak perlu ada jasanya kpd negara utk di lantik ke jawatan senator, cukup sekadar seorg itu pernah rapat dng Anwar Ibrahim walau pun sekadar rakan sepermainan tenis, itu sudah cukup besar jasanya.

    Bagi Najib lagi, sesorg yg sanggup bermusuh dng Anwar adalah lebih besar jasanya daripada segala jasa yg ada di Malaysia ini.

    Oleh itu jika anda mahu di kenang jasa anda dan nama anda akan terpahat di batu tugu peringatan yg akan didirikan tidak lama lagi, iaitu tugu 1 Malaysia maka anda di sarankan bermusuh dng Anwar Ibrahim.

    Anda perlu memaksa diri anda memusuhi Anwar walaupun naluri anda menyatakan bahawa Anwar tidak perlu di musuhi, itulah pengorbanan anda yg paling besardan akan di kenang oleh negara Malaysia pimpinan Najib Razak.

    ReplyDelete