Sunday, October 2, 2011

PAS BELUM LAYAK KE PUTRAJAYA…USAH MIMPILAH!


Semalam PAS menyambut tahunnya ke 60.

Sempena sambutan itu, ilmuan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan malam semalam, ada dua prasyarat PAS untuk ke Putrajaya.

Pertama PAS perlu kerangka politik lebih besar dan kedua perlu ikon yang boleh diterima ramai seperti Dr Burhanuddin Helmy.

Maknanya, tokoh PAS yang ada sekarang bukan kelas yang mampu menawan Putrajaya.

Dengan kata lain, apakah Dr Asri member isyarat kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau juga Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar janganlah dok mimpi ke Putrajaya kalau pemimpin PAS macam sekarang!

Itu belum sebut pasal Mohamad Sabu lagi yang dah ‘mencemarkan imej PAS’ sehinggakan PAS beberapa negeri tidak minat dengan pemimpin berkenaan.

Bagi Dr Asri, PAS yang menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-60 hari ini memerlukan kerangka politik lebih besar dan pemimpin-pemimpin yang boleh diterima oleh semua rakyat jika mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat kelak.

Mengakui PAS sudah matang dalam arena politik, namun menurut bekas mufti Perlis itu, parti Islam tersebut perlu melahirkan ikon yang boleh diterima setiap lapisan masyarakat jika ingin terus kekal relevan.

Bercakap pada forum perdana sambutan 60 tahun PAS di Dewan Millenium di Kepala Batas, malam tadi Dr Asri berkata, parti yang kini diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang memerlukan tokoh ikon terutamanya untuk mendapatkan kepercayaan rakyat berbilang kaum.

“PAS perlu mewujudkan atau gilap seorang tokoh yang bukan sahaja diterima ahli PAS tetapi orang di luar PAS, kalau kita lihat terdapat 60 peratus pengundi yang belum membuat keputusan.

“PAS perlu seorang tokoh yang bukan sahaja disebut nama sudah dikenali macam Burhanuddin al-Helmy... hebat, bukan sebut nama orang dah kenal, tapi rakyat juga lihat dia layak untuk jadi perdana menteri,” katanya.

Burhanuddin merupakan pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Hari ini PAS meraikan sambutan enam dekad kewujudannya di Kepala Batas — tempat kelahiran parti Islam ini dan rakan komponen Pakatan Rakyat.

Kata Dr Asri, tokoh ikon itu akan membantu PAS bersama Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

“PAS mesti wujudkan tokoh ikon ini, ini perlu untuk ke Putrajaya, PAS perlu wujudkan tokoh di kalangan PAS sendiri,” katanya.

Dr Asri turut menasihatkan PAS supaya membentuk kerangka politik yang lebih besar.

Beliau turut memberi cadangan agar kepimpinan tertinggi PAS tidak melibatkan diri dalam hal-hal remeh yang boleh diselesaikan di peringkat bawahan.

“PAS perlu kerangka politik yang baru, PAS perlu wujudkan kerangka yang lebih besar... kerangka Malaysia bukan kerangka Kelantan.

“Umno bukan piawaian untuk PAS buat perbandingan, PAS perlu berada di tempat lebih tinggi,” katanya. Asri turut menekankan agar kepimpinan PAS terus mempertahankan dasar Islam walaupun dikritik pihak tertentu.

“PAS sudah mencapai usia matang kerana bersedia mendengar pandangan yang berbeza, saya melihat PAS telah berjalan di atas landasan sehingga dunia Islam menyedari tentang kebangkitan Islam.

“Pemimpin-pemimpin dalam PAS perlu terus mempertahankan dasar Islam, PAS perlu realistik dan ketepikan retorik politik, PAS juga perlu bergerak ke hadapan dengan lebih terbuka dan memahami Islam secara meluas,” katanya.

Jadi, amat jelas kalau ikut Dr Asri, yang turut tidak layak selain Presiden, Musyridul Am, atau juga Naib-Naib Presidennya, termasuk Datuk Husam Musa dan Salehuddin Ayob serta barisan pemimpin lain.

Mungkinkah pemimpin muda dalam PAS dalam pembikinan dan boleh diketengahkan?

Atau ajak sahaja Dr Asri untuk menyertai PAS dan bentuknya jadi ikon.

Apa kata anda?

1 comment:

  1. Apa punya pendapat la Dr Asri. Mimpi ke? Pendirian PAS tu saja membuatkan orang Malaysia lari. Orang Melayu Islam apalagi orang bukan Islam.

    Taruk la ikon apa pun. Sekali pun macam Mahathir tapi ruang untuk bergerak di sekat oleh pendirian parti yang sempit khas untuk orang berugama Islam. Kerangka apa nak di buat? Kerangka ayam jual pasar malam ke?

    Macam mana kerangka nak besar kalau perjuangan sekadar Islam. Jelasnya di tumpu pada orang Islam saja. Pulak tu mimpi yang tak sama dengan DAP.

    Kalau tukar parti tu jadi PAS PIS PUS dengan meletakkan Islam sebagai panduan hidup sebagai perjalanan kehidupan harian seorang ISlam pun dah bagus. Ini nak tukar corak pemerintahan dan undang undang. Takut lah orang kafir. Mimpi PAS saja orang lain dah ngeri!

    Berdakwah mau bijak. Ini tak ...

    ReplyDelete