Mungkin hari ini dia mengata kat Johor, esok kat Terengganu dan lusa Melaka pula.
Beginikah mulut seseorang yang mendakwa bercirikan ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’?
Mulut sial Lim Guan Eng memburukkan Johor sama perangai dengan ketua pembangkang yang sering mengutuk negara sendiri di luar negara.
‘Kerana pulut santan binasa’ yang diamalkan Guan Eng menyebabkan rakyat Johor dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar amat tersinggung.
Dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur memang menyebabkan Sultan tersinggung apabila mengetahui kenyataan itu.
Baginda tidak mahu mencampuri hal politik tetapi sebagai Sultan Johor, Baginda tidak mahu pihak lain bercakap bagi pihak baginda yang sentiasa mengambil berat tentang rakyat Johor dan warga asing yang menetap di negeri itu.
Kerana itu, Guan Eng tidak wajar dan seharusnya berkunjung ke negeri itu jika merasakan ia tidak selamat untuk dilawati.
Bak kata Ketua Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor, Abdullah Md. Yusuf, : "Kalau dia kata negeri Johor tak selamat, jangan melangkah masuk ke negeri ini, sebaliknya jagalah negeri sendiri dan bela nasib rakyat Pulau Pinang yang masih memerlukan perhatian daripada Ketua Menterinya.”
Bukan itu sahaja, 200,000 ahli majlis itu mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Guan Eng yang memburuk-burukkan Johor di luar negara.
Amat jelas Guan Eng berhutang permohonan maaf yang cukup besar dengan kerajaan dan rakyat Johor kerana tindakan Guan Eng itu akan menjejaskan usaha kerajaan Johor untuk membangunkan negeri yang sedang berkembang maju itu.
Tindakan biadap dan celupar Guan Eng ini membuka mata orang ramai terhadap pemimpin DAP dan pakatan rakyat.
Kini menjadi taktik biasa Guan Eng memburuk-burukkan pihak lain untuk menaikkan imej beliau sendiri.
Kita melihat sebelum ini bagaimana dalam tempoh tiga tahun menjadi Ketua Menteri, Guan Eng mengkritik bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Barisan Nasional (BN) dan UMNO sebagai usaha meningkatkan profil beliau.
Implikasi kenyataan Guan Eng yang tidak tepat dan berniat jahat itu benar-benar menafikan usaha dan sumbangan polis dalam mencegah jenayah di Johor selama ini.
Jelas kenyataan yang bermaksud tersirat dan mempertikai usaha kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara dalam mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
Sewajarnya Guan Eng diambil tindakan tegas kerana memburuk dan cuba menimbulkan kebencian di kalangan rakyat dan mempertikaikan keupayaan pihak berkuasa, khususnya politik dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian di Johor.
Mungkinkah kata-kata Guan Eng itu sebuah skrip yang memang dirancang dan menjadi alat kepada sebuah negara yang berjiran dengan Johor?
No comments:
Post a Comment