Monday, November 8, 2010

ZAID - PKR PARTI HIPOKRIT, NILAI PALSU

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap...Sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa.." - Zaid Ibrahim

Kesian dengan kawan kita Datuk Zaid Ibrahim.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran.Apa malang nasib badan.

Gara-gara menyertai PKR dengan harapan tinggi melambung beliau yang berkerat rotan dengan UMNO akhirnya bukan sahaja 'tidak dapat apa-apa' tetapi dilondehkan cukup-cukup ketika bertanding pada pilihan raya kecil Hulu Selangor tempoh hari.

Apapun, kepada Zaid, tahniah kerana cepat sedar dan selamat maju jaya untuk perjuangan seterusnya!

Baguslah kalau beliau sedar bahawa usahanya untuk membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sampai bila-bila pun tidak akan berjaya.

Zaid mengakui beliau silap langkah kerana PKR adalah parti yang kepimpinannya sanggup membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

Objektif apa Zaid?

Bukankah PKR itu parti yang didominasikan oleh sekumpulan pemimpin yang berasaskan keluarga dan kroni Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Beliau berharap dengan pengundurannya peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggapnya sebagai pengacau yang menghalang perarakan mereka ke Putrajaya.

Kata Zaid: “Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap.”

Dala kenyataannya, Zaid berkata, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

Sudah pasti keputusan Zaid itu mengejutkan banyak pihak – kawan dan lawan – kerana calon timbalan presiden PKR itu tiba-tiba sahaja membuat pengumuman mengejut.

Zaid menyatakan hasratnya bukan sahaja menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan tetapi beliau turut meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Sebelum ini Zaid ialah pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan.

Tegas Zaid: “Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Apapun, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyat mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.

Apa kata orang PAS khususnya Datuk Nik Aziz mengenai komen Zaid terhadap PKR ini?

Zaid tak betul? Fitnah terhadap kepimpinan PKR?

5 comments:

  1. Tiada kerajaan yang lebeh baik daru kerajaan yang ada sekarang, ingat dan insaflah kepada semua... kalau hendak menjadi pemimpin berjuanglah dalam barisan national .... tapi mestilah jujur pada diri sendiri , negara dan bangsa yang tercinta...

    ReplyDelete
  2. kenapa pulak datuk zaid nak merajuk????kan beliau yang besemangat nak jadi pemimpin itu la ini la..putrajaya la,,Apa dah jadi lani? Tun dah nasihat dari dulu lagi, beliau makan garam dulu dari kita semua. kalau setakata ade iazah saja pun x leh buat apa, kenara rasa sepak terajang politik dulu...Walau bagaimanapun, saya ucapkan tahniah kepaea dato zaid dan kembalilah ke pangkal jalan dan banyak ruang lagi untuk dato zaid kembali berjuang denganumno untuk membela nasib orang melayu dikelantan...kembalilah ke pangkuan UMNO..

    ReplyDelete
  3. To Zaid who sold the bangunan UMNO KB to PAS, selling something which is not his.This kind of leader is dangerous wherever he is. But the greatest danger to Malaysia is when we have a gay and a homosex as a leader.God Bless Malaysia!!!

    ReplyDelete
  4. BIAQ PI KAT DIA..KAI TUNGGANG BEER NI..

    ReplyDelete
  5. Zaid.., Since u've completed your so-called crusade in PKR, U're welcomed to PAS. Tok Guru loves u very much. Afterall, PAS need a lawyer like u.., esp when a Takiyuddin failed to advise Tok Guru on legal matters.

    Rejoining UMNO? No way, Zaid! U're not welcomed at all..

    ReplyDelete