Sunday, August 15, 2010

KERAJAAN PAS KELANTAN AKHIRNYA AKAN PERSALAHKAN KERAJAAN PUSAT…

"Bank Negara akan melihat perkara berkenaan dari segi percanggahan undang-undang...Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara sahaja boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf, yang sah dalam negara kita," - Datuk Seri Mohd Najib Razak

Apakah Kerajaan PAS Kelantan mahu memainkan sentimen rakyat untuk terus menyalahkan kerajaan Pusat, termasuk dalam isu terbaru iaitu penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak di Kelantan?

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek mengakui isu ini akan menyebabkan pertelagahan baru antara Kerajaan Kelantan dan Pusat.

Malah menurutnya, akan ada rakyat yang akan jadi mangsa kepada dasar baru kerajaan PAS Kelantan ini jika dibiarkan kerajaan Kelantan melaksana dasar itu sewenang-wenangnya.

Persoalannya, apakah dasar itu sengaja diperkenalkan untuk kepentingan politik dan mempertahankan kuasa PAS di Kelantan?
Dan bagaimana pula dengan kenyataan bercanggah antara Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz dan Datuk Husam Musa?

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata semalam, apa yang dilakukan Kelantan itu sebenarnya hanyalah bertujuan politik semata-mata.
Ia tidak lebih daripada untuk meraih simpati rakyat yang akhirnya akan menyalahkan kerajaan Pusat kerana menolak penggunaan dinar dan dirham itu.

"Ini tindakan politik dan untuk mendapatkan sokongan politik yang kononnya nanti kerajaan Pusat tidak Islamik dan ini jelas untuk mengasak kerajaan Pusat dan perkara ini amatlah mendukacitakan kami," katanya.

Mustapa berkata ketika ini kenyataan Nik Aziz dan Husam ternyata bercanggah mengenai penggunaan dinar dan dirham itu.

Beliau menyifatkan kedua-dua pemimpin PAS itu sudah "terperangkap" dengan isu itu dan untuk mengelakkan mereka dipersalahkan, kerajaan Kelantan akan menyalahkan kerajaan Pusat selepas ini.

Beliau mengingatkan Kerajaan Kelantan agar tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan dinar dan dirham tanpa merujuk kepada kerajaan Pusat.

Mustapa berkata kenyataan Menteri Besar Kelantan bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Saya nasihatkan kerajaan Kelantan jangan pandai-pandai (buat peraturan). Apa pun nak dibuat perlu berbincang kerana nanti rakyat terkeliru dengan bidang tugas kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

"Soal mata wang ini bidang tugas kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri dan ini apa yang telah dibuat adalah jelas melanggar undang-undang negara. Kita ada perlembagaan dan peraturan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Tiga hari lalu Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.

Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka.

Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.

Pada Jumaat, BNM menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini dan menolak penggunaan dinar dan dirham.

Pada Jumaat juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa menyalahkan media yang katanya keliru dengan pelancaran mata wang syariah tersebut sedangkan ia adalah pengenalan kepada sistem pertukaran barang yang menggunakan dinar dan dirham itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dengan tegas menyatakan hanya BNM sahaja yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

Mengulas mengenai pelancaran mata wang dinar dan dirham Kelantan, Perdana Menteri berkata BNM akan melihat perkara berkenaan dari segi percanggahan undang-undang.

"Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara sahaja boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf, yang sah dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Pekan, di Pekan, semalam.

Nik Aziz menyifatkan penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh BNM.

Diminta mengulas lanjut, Najib berkata: "Kita kena lihat sama ada ini bercanggah dengan undang-undang negara atau tidak, saya serah pada Bank Negara untuk mengkaji perkara ini.

"Kita biar Bank Negara buat kenyataan," kata Najib.

Mengikut laporan akhbar semalam, BNM menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Kenyataan itu menolak penggunaan dinar dan dirham yang diperkenalkan di Kelantan.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia.

1 comment:

  1. UMNO jadi hamba yahudi zionisAugust 18, 2010 at 11:40 AM

    Saya hairan kenapa UMNO begitu beriya-iya mempertahankan dasar penjajah yahudi zionis. Segala pusat bank seperti Bank Negara, IMF, US Federal Reserved dan World Bank mempunyai satu persamaan. Iaitu mereka dipunyai oleh yahudi zionis yang bernama Rothschild. Orang-orang Melayu tidak pernah sama sekali mengiktiraf kewujudan bank-bank yahudi bersama sistemnya sekali. Yang membawa sistem bank yahudi ini ke dalam negara kita hanyalah UMNO keparat.

    Walaupun saya bukan warga Kelantan, namun saya sebagai hamba ALLAH berani bertarung dan berperang sabil dengan UMNO sekiranya UMNO mensabotaj sistem Islam dinar emas.

    Tolong jangan jolok sarang tebuan !!! Nanti dikhuatiri seluruh Umat Melayu akan bangkit dan tikam perut-perut boroi UMNO di serata Malaysia.

    Sudahlah harga minyak dinaikkan. Kemudian saman trafik tidak mahu dikurangkan. Lepas tu tak bagi rakyat hendak perbaharui cukai jalan.

    Itu tak masuk bunga bank yang sangat tinggi. Hutang kereta, hutang peribadi, hutang rumah, hutang pelajaran dan lain-lain hutang. Sistem yahudi yang dipelopori UMNO sungguh membebankan rakyat.

    Lambat laun semua rakyat akan bangkit dan mengamok. Lantas tikam semua warga UMNO.

    Kalau tidak anda tunggu sahaja kebangkitan rakyat. Ingat !!! Waktu kemunculan Imam Mahdi sudah hampir tiba. Tidak ada satu kuasa pun yang mampu menghalang kelibat pendekar-pendekar tentera Imam Mahdi. Peluru dan bom tidak mampu untuk menembusi badan para tentera Imam Mahdi. Kalau UMNO mahu cuba, kita tunggu waktunya nanti. Insya ALLAH….

    ReplyDelete