Untuk Tan Sri Harussani - Jangan hairanlah dengan dua pemimpin PAS yang ini – Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Memang kerja dua Naib Presiden PAS ini menyerang apa juga usaha merapatkan PAS dan UMNO. Mereka adalah daripada sekutu kumpulan Erdogan yang tidak mahu langsung mendengar perkataan perpaduan Melayu dan Islam.
Mereka berketuakan pemimpin PAS yang bencikan perpaduan kerana bimbang hilang ‘kerusi’ yang mereka impikan – ke Putrajaya.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam menegaskan sekali lagi bahawa ada pemimpin PAS dan UMNO menemuinya bagi mendapatkan pandangan.
Apa salahnya kalau mereka merujuk kepada mufti. Apakah ilmu Salahuddin dan Mahfuz lebih tinggi dariapada Harussani?
Kedua-dua Naib Presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar semalam dilaporkan menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan besar bahawa terdapat pemimpin PAS dan UMNO yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.
Mereka dilaporkan sebagai berkata, selama ini pimpinan PAS tidak pernah mengeluarkan arahan rasmi khususnya di dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti supaya menemui Harussani untuk membincangkan isu tersebut.
'Kita tidak pernah keluarkan satu arahan atau ada diminitkan bahawa kita mahu melantik orang tengah apatah lagi dalam urusan untuk bekerjasama dengan UMNO, tidak pernah sama sekali. Itu merupakan satu fitnah dan satu pembohongan besar yang ditimbulkan oleh mereka,'' kata Salahuddin pada sidang media di ibu pejabat Pas kelmarin.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, isu kerjasama UMNO dan Pas tidak lagi berbangkit dan ia boleh dianggap sudah tutup buku.
Selain mereka berdua, Mufti Perak yang berusaha menyatukan orang Melayu menjadi sasaran kritikan pemimpin PAS lain, termasuk pada ceramah yang diadakan di Kampung Pasir Putih Tambahan di Ipoh, malam kelmarin.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad menuduh Harussani mahu mencampuri urusan politik sedangkan beliau adalah mufti yang bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan agama.
"Mufti ini pelik bercakap pasal Melayu, bukannya bercakap mengenai Islam. Kalau nak bersatu, UMNO kena bersatu dulu. Dalam parti dia berpecah-belah. Tengok apa berlaku di Sungai Petani dan Setiu," kata Idris.
Menurut Idris, Harussani tidak perlu menjadi orang tengah kerana Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dan mendakwa dasar parti itu bukannya berasaskan Islam. Sebaliknya, katanya, Pas mahu terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana mereka mempunyai persamaan menentang rasuah dan memperjuangkan keadilan rakyat.
Berucap di hadapan kira-kira 100 penyokong, Idris menegaskan, Pas tidak akan bersatu dengan UMNO secara politik kerana kepemimpinan parti tersebut telah menyatakan akan terus komited dengan pakatan pembangkang.
Mufti Perak itu menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan UMNO yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.
"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.
"Yang penting dia seorang Islam atau tidak... berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya semalam.
Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi.
Katanya pemimpin PAS yang datang itu bertaraf tinggi dan ada juga pemimpin UMNO yang bertaraf tinggi juga datang berjumpa beliau.
"Saya pun tidak faham.. pertemuan itu semata-mata untuk pertahankan Islam dan orang Melayu, kenapa sampai nak tuduh macam-macam dan yang marah sangat kenapa," katanya.
Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur.
Mashaallah .... apalah nak jadi ....
ReplyDeletePemimpin Islam sebenarnya menganjurkan kearah perpaduan ummah bukan ke arah perpecahan dan persengketaan. Mufti berhak menegurnya. Pemimpin yg tak boleh terima usaha ke arah kebaikan ummah sebenarnya bukan pemimpin Islam tapi pemimpin ******
ReplyDeleteSalam Sdr Hambali;
ReplyDeleteApa yg P/I Bala, Ustad Nga & Ngeh, Eli Bebulu & Terasa Koksaka, Kapal Sink & Kit Sial, Gua nEng & Gobin Sink nyatakan, semuanya benar & betul belaka bagi puok2 hamPAS.
Tan Sri Harussani, seorang muslim berjawatan Mufti dituduh memfitnah/membohong belaka oleh puok2 hamPAS.
Dlm Quran, ada ayat Allah SWT menyatakan pasal golongan yg sanggup menjual agama mrk utk sedikit keuntungan dunia...
knapalah jadi mcm nie..perpaduan ummah di malaysia semakin terumbang ambing..kdudukan melayu islam di negara ni sekarang seperti telur di hujung tanduk
ReplyDelete