Memang benar tidak semua 400,000 guru diseluruh negara akan terbabit namun, tidakkah ini akan memberikan peluang lebih terbuka untuk guru memegang jawatan penting parti?
Yang pastinya, akan lebih ramai kalangan guru akan memegang jawatan politik sama ada di bahagian atau juga cawangan.
Dan jangan lupa, ramai juga guru yang terpengaruh dengan cakap-cakap pembangkang yang mahu mewujudkan peluang sama rata dan pendemokrasian dalam pelbagai bidang.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata bermula 1 Ogos 2010 ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.
Mohd Sidek yang membuat pengumuman itu berkata, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.
"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti disiarkan oleh Bernama.
Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.
Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.
Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.
"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.
Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.
Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.
Keputusan ini walaupun dilihat akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) namun ada pihak mengatakan ia akan memperkuatkan lagi ‘bantahan kepada kerajaan’.
Ini kerana ramai guru yang nampaknya seakan-akan ada perkara yang mereka tidak puas hati dengan kerajaan.
Bukan soal gaji tetapi tidaklah diketahui sama ada berkaitan perkhidmatan atau memang mereka melihat janji pembangkang lebih ‘menarik’.
Ada sesetengahnya mengatakan mereka meluat melihat sesetengah ahli politik. Namun sebahagian lagi mengatakan dengan adanya orang politik mudah bagi mereka buat program.
Cuma kerajaan jangan tersilap perkiraan. Menaikkan pangkat dan gaji tidak bermakna mereka akan menyokong kerajaan.
Lihat sahaja apabila gaji dinaikan sebelum pilihan rya 2008 lalu.
Apakah kebanyakan guru yang mendapat ‘durian runtuh’itu memilih BN?
Salam HAL, lama tak beri komen .....
ReplyDeleteSaya pun tak faham lah dasar kerajaan yang membenarkan pihak guru menyertai atau aktif berpolitik. Dimana pertimbangan kerajaan dalam hal ini. Apakah pengampu menteri, pengampu ketua pengarah pendidikan, ketua setiausaha adalah pihak pembangkang???? Persoalan kedua ialah apakah ada desakan dari timbalan menteri pendidikan sendiri dimana timbalan menteri adalah dari kalanagan bukan melayu. Apakah ada perancangan halus dan rapi oleh bangsa lain dalam agenda membesarkan empayar pembangkang dari kelompok pendidikan. Walaupun bangsa bukan melayu tidak lah seramai bangsa "melayu mudah lupa" namun jika sedikit bangsa yang bangsat ni (cina) akan menyebar dakyah DAP mereka dari sekolah, apakah ini akan amat merugikan pihak kerajaan.
Atau apakah menteri dan perdana mentri yang ada sekarang ni taknak lagi pegang tampuk pemerintahan selepas pru13 nanti.
add