Sunday, March 28, 2010

ANWAR RAKYAT ISTIMEWA?

Apabila ada soalan, sewajarnya ada jawapan.

Namun sejauh ini nampaknya pertanyaan kepada polis kenapa pihaknya tidak mengambil tindakan terhadap bekas timbalan perdana menteri – Datuk Seri Anwar Ibrahim - sedangkan telah banyak laporan dibuat terhadapnya?

Semalam wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Arman Azhar, membuat pertanyaan: “Apa beza antara Anwar dan rakyat Malaysia yang lain?” soalnya yang berpakaian Melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok.

Bekas ahli parlimen PARTI Keadiulan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebelum ini dilaporkan berkata Anwar menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan pasukan tentera dalam usaha membentuk kerajaaan Pakatan Rakyat.

Arman berkata, dalam laporan yang sama juga, Perkasa juga membuat laporan terhadap penyebaran VCD ulama terkenal Dr Yusof Qardawi yang mengulas isu tuduhan liwat terhadap Anwar.

Laporan itu turut meminta polis menyiasat penyebaran surat yang ditandatangai oleh setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan tuduhan terhadap Anwar adalah fitnah.

Menurut Arman, tindakan tersebut mengganggu proses mahkamah yang masih berlangsung.
Semalam, selepas majlis mesyuarat agung tahunannya yang pertama, Perkasa membuat 13 laporan polis terhadap ketua pembangkang itu berhubung isu “16 September” yangdidakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan sokongan politik.

Kira-kira 50 anggota pertubuhan itu sebelumnya berarak daripada PWTC di ibu negara ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul.

Menurut ketua Wiranya Arman Azhar, 13 laporan itu dibuat terhadap ketua umum PKR itu secara berasingan oleh wakil Perkasa daripada 13 negeri di seluruh negara.

1 comment:

  1. Salam...

    Saya pemerhati yg tidak aktif, maksudnya saya tidak pernah masuk terlibat dengan sebarang piket/berdemo/kempen. Bagaimanapun, saya memerhati, mendengar dan menilai, kemudian membuat pilihan.

    Tiada yg istimewa tentang DSAI, hanya dia sangat licik. Lihat saja bagaimana dia pemperlekehkan mahkamah (kes terkini liwat).
    Apabila sahaja mahkamah menangguhkan kesnya, dia melalak satu dunia, bahawa mahkamah cuba melambatkan kesnya.

    Saya menyeru, kepada pihak berkuasa jangan sekali-kali menangkap atau menahan atau yg seerti dengannya, kerana itulah yg dimahunya. Apa yg dilakukannya sekarang adalah supaya pihak berkuasa menahannya, supaya kes liwat ini tertangguh lebih lama. Dia ada 2 pilihan, pertama dia mesti menjadi PM (rasanya mustahil). Kedua supaya ajalnya lebih cepat (rasanya Allah mahukan supaya hukuman dunia terlaksana dulu).

    Pendapat saya penahanannya adalah satu kesilapan, bagi dia itulah yg sangat ditunggu. Saya harap para bloggrs faham apa yg akan berlaku. Bukan pasal huruhara, tetapi memberi peluang akan campur tangan pihak luar. Sementara dari dalam adalah Majlis Peguam.

    osane

    ReplyDelete