Saturday, February 13, 2010

PKR - PARTI MUNGKAR YANG MEROSAKKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA?

Kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, serta kesal dengan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat.

Satu pendirian tegas anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ialah beliau beliau tidak mesra Barisan Nasional dan tidak akan ‘bercakap’ dengan pemimpin UMNO.

Baginya: "Tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng membelakangkan prinsip-prinsip keadilan, hak asasi kemanusiaan dan keadilan semulajadi.

Katanya: "Usaha penyingkiran saya sebagai Pengerusi (syarikat kerajaan negeri) Island Golf baru-baru ini adalah bukti jelas amalan politik cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis," katanya.

Yang sangat penting bagi Zahrain yang mengumumkan berindak keluar dari PKR semalam berkuatkuasa serta merta ialah kerana beliau tidak mahu dihukum sejarah dan generasi akan datang.
Kenapa? Kerana tidak berbuat apa-apa dalam mencegah kemungkaran serta menjadi sebahagian daripada kumpulan yang merosakkan bangsa, agama dan negara.

"Saya telah melakukan apa yang terdaya dalam kemampuan saya untuk mencegah kemungkaran besar yang berlaku di peringkat kepimpinan PKR, namun semua bantahan dan teguran saya diremehkan.

"Sebaliknya, mereka bertindak menyingkir dan meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan suara teguran dan kritikan dalam PKR tanpa menghormati hak asasi kemanusiaan, hak membela diri dan prinsip keadilan yang mereka laungkan selama ini," katanya.

Banyak perkara dikatakan oleh Zahrain mengenai PKR ini.

1. Tidak berbuat apa-apa dalam mencegah kemungkaran serta menjadi sebahagian daripada kumpulan yang merosakkan bangsa, agama dan negara.
2. Semua bantahan dan teguran Zahrain diremehkan, dan
3. PKR menghapuskan suara teguran dan kritikan dalaman tanpa menghormati hak asasi kemanusiaan, hak membela diri dan prinsip keadilan yang mereka laungkan selama ini.

Berasaskan apa yang diperkatakan oleh Zahrian ini menjelaskan betapa PKR jelas sebuah parti yang gagal mencegah sebarang kemungkaran dan menggerakkan ke arah menjadi perosak bangsa, agama dan negara.

Cuma yang tidak dijelaskan dengan lebih lanjut, dalam bentuk apakah parti itu kini dan bagaimana ia menjadi parti yang menyumbang kepada kemungkaran?
Ditanya sama ada beliau mempunyai masalah dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Zahrain berkata beliau masih menganggap Anwar sebagai kawan.
Cuma beliau kecewa kerana kepercayaan dan keyakinannya dalam memjuangkan parti terhakis akibat keraguan terhadap matlamat dan cara perjuangan yang bawa oleh PKR khasnya dan Pakatan Rakyat umumnya.

"Saya kecewa sebagai kawan hak saya untuk menasihati beliau (Anwar), tetapi kalau parti buat pendirian yang luar daripada apa yang saya kata sebagai ikhlas, maknanya saya kecewa kerana saya juga manusia biasa yang ada perasaan," katanya.

Yang menarik ialah pada sidang media Zahrain, turut serta ialah bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim. Salehudin bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita berhubung kehadiran dan pendirian politiknya atas alasan "ini bukan sidang media saya."
"Ini (Zahrain) kawan saya," kata Salehudin yang sering dilabelkan sebagai penyokong setia Anwar sebelum ini.
Perdana Menteri menganggap keputusan Zaharin keluar PKR tidak mengejutkan tetapi Barisan Nasional (BN) tidak harus terbawa-bawa dengan perkembangan politik dalam pakatan pembangkang.
Datuk Seri Najib Razak sebaliknya berkata wakil rakyat BN perlu terus memastikan kewibawaan parti dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.
Lain pula pendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau mengatakan perletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru itu merupakan 'pengkhianatan' terhadap mereka yang bertungkus-lumus memenangkannya dalam pilihan raya lepas, kata ketua umumnya.
"Ini belum pernah terjadi, beliau telah mengkhianati semua yang bekerja keras membantunya memenangi kerusi tersebut (Bayan Baru) untuk PKR dan Pakatan Rakyat," kata Anwar.
Beliau kesal dengan keputusan Zahrain tersebut dan segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.
Anwar juga tidak bersetuju bahawa DAP 'tidak dapat disentuh' dan berkata PKR, PAS dan DAP telah berjaya duduk bersama membincangkan pelbagai isu.
Anwar bagaimanapun enggan mengulas berhubung soalan sama ada lebih ramai wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu.

Zahrain sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua PKR bagi cabang Bayan Baru. Timbalan ketua PKR cabang itu M Nyanasegaran - yang juga kawan rapat Zahrain - mengakui berasa sedih terhadap keputusan itu. Nyanasegaran menambah, cabang itu akan terus bekerja mempersiapkan cabaran menghadapi pilihan raya umum yang akan datang."Ini bukanlah penghujung dunia... hidup mesti diteruskan," katanya.

Zahrain sebelum ini dilaporkan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana tindakannya mengkritik kepimpinan Lim.

Selain Zahrain, beberapa pemimpin PKR lain seperti Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, Datuk Zaid Ibrahim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, juga dilaporkan sebelum ini akan dihadapkan ke jawatankuasa itu.

Ketegangan dalam kepimpinan pakatan PKR-PAS-DAP tercetus apabila baru-baru ini Zahrain menuduh Lim, yang juga setiausaha agung DAP, sebagai seorang diktator dan cauvinis serta berfikiran ala komunis.

"Tindakan kerajaan pimpinan Lim membelakangkan prinsip keadilan, hak asasi kemanusiaan dan keadilan semula jadi.

"Amalan Lim dan konco-konconya bukan sahaja bersikap angkuh dan tidak boleh menerima teguran dan kritikan malahan mereka menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk kepentingan politik sempit dan jahat mereka," katanya.

Zahrain memberikan jaminan kepada para pengundinya di Bayan Baru bahawa beliau tidak akan belot terhadap pengundi yang telah memilihnya serta menasihati rakyat supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pakatan PKR-Pas-DAP.

"Saya percaya Pakatan Rakyat tidak tahan lama. Saya tidak mahu rakyat tertipu dengan retorik Pakatan Rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment