Wednesday, January 6, 2010

‘THE BOSS IS ALWAYS RIGHT’

 (WAN AHMAD DALAM PENTADBIRAN & POLITIK TERENGGANU - Bahagian Ketiga)

Saya tidak mengenali Wan Ahamad Wan Muda lama. Baru kira-kira setahun. Namun tidak bermakna tidak boleh menyelidik latar belakang beliau.

Kenapa Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mempertahankan Wan Ahmad – sama ada dalam

sidang DUN atau di hadapan wartawan yang bertanyakan mengenai Setiausaha Sulit Kanan yang satu-satunya ini?

Apa kelebihannya? Dengan merujuk kepada sumber pentadbiran negeri, di kalangan rakan sebaya , Wan Ahamad ternyata dikenali sebagai seorang pegawai yang kreatif.

Cuma yang ‘geram’dan mempunyai niat buruk sahaja yang cuba mewarnakan Wan Ahamad sebagai pegawai kerajaan yang ‘tidak layak’dan terlalu ‘diberikan muka’oleh Ahmad Said.

Beliau disenangi oleh bos dan bekas bos-bos nya. Beliau antara Pegawai Tadbir Negeri pertama mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang dan diberi anjakan gaji melintang apabila skim SSB mula dilaksanakan.
Sepanjang SSB dilaksanakan beliau tiga kali mendapat anugerah khidmat cemerlang pergerakan gaji.

Apabila SSM menggantikan SSB, pegawai ini masih lagi mengekalkan kecemerlangan setelah dua kali menerima anugerah khidmat cemerlang kerana diberi anjakan gaji.

Beliau merupakan pakar rujuk kepada kepada Perlembagaan Negeri. Tidak hairan lah dizaman krisis perlantikan Menteri Besar beliau menjadi sumber rujukan Ahmad Said.

Di ketika Ahmad Said menyandang jawatan Penolong Pegawai Daerah Setiu, Wan Ahamad berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Marang. Dalam masa yang sama mereka menyandang jawatan Setiausaha Keselamatan Daerah masing-masing.

Beberapa pegawai memaklumkan kepada saya, masih lagi berada diingatan beliau, dalam satu kursus keselamatan yang mereka hadir bersama, tiba-tiba Tan Sri Wan Mokhtar mengarahkan Ahmad Said pulang bagi menjadi calon pilihanraya kecil DUN Kijal menentang calon Semangat 46 ketika itu Ahmad Sabbery Chek.

Wan Ahmad sinonim dengan perkhidmatan di Bahagian Kerajaan Tempatan dalam Pentadbiran Negeri Terengganu. Empat kali keluar masuk bahagian tersebut termasuk di era Ahmad Said menjawat jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kemaman dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu.

Ketika berkhidmat dengan Bahagian Kerajaan Tempatan beliau telah membawa perubahan. Antaranya meluaskan kawasan pentadbiran Pihakberkuasa Tempatan ke seluruh negeri, menaiktaraf beberapa majlis daerah ke perbandaran dan perbandaran ke Bandaraya.

Pentadbiran Negeri pernah memberi kepercayaan kepada beliau mengendalikan satu kes besar bersama Penasihat Undang-Undang Negeri, menyelesaikan tuntutan pengiktirafan sebagai seorang bekas Raja.

Kes ini berjaya diselesaikan setelah penyelidikan fakta dijalankan lebih dari tiga tahun. Kejayaan ini membolehkan beliau diberi peluang oleh Dato’ Seri Dato’ Lela Perkasa yang menjadi Setiausaha Usaha Kerajaan ketika itu kepada beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan di Manchester Metropolitan University, United Kingdom.

Pegawai-pegawai itu maklumkan lagi kepada saya, ketika berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Setiu, beliau bekerja keras membantu Pegawai Daerah Setiu ketika itu Encik Azlan Dagang (kini bergelar Datuk) memenangi Anugerah Perdana Perkhidmatan Awam dalam kategori Ketua Pengarah MAMPU - satu-satunya anugerah kecemerlangan tertinggi dalam perkhidmatan awam.

Untuk rekod, beliau dan Ahmad Said pernah bersama-sama menuntut di tingkatan enam sebelum beliau akhirnya melanjutkan Pengajian ke Universit Malaya dan dianugerahkan Ijazah Kepujianan dalam Sarjana Muda Ekon0mi dengan pengkhususan dalam jurusan Analisa.

Bermakna, Wan Ahmad memiliki ‘double degree’.

Pemerhatian saya sepanjang bersama beliau, Wan Ahamad profesional dalam tugasnya dan ‘mudah basa dan senang berkiro’’.

Beliau tahu dan faham dalam tugas yang diamanahkan.

Prinsip utamanya ialah ‘The boss is always right’. Beliau akan melaksanakan arahan bos selagi tidak bertentangan dengan perundangan disamping memberikan pandangan alternatif atau ‘second opinion’- bukan pak turut dan pak angguk bagi pelaksanaan.

(Ikuti Bahagian Keempat)

No comments:

Post a Comment