Nama hebat, Pakatan Rakyat. Ia adalah pakatan pembangkang.
Tetapi apabila tiba untuk menentukan kerusi atau calon, komponen pakatan itu akan bercakaran terlebih dahulu.
Bukan sekali, sudah banyak kali. Kalau tidak bercakaran mengenai DUN, akan bercakaran mengenai calon.
Kali ini di Permatang Pasir. Kerusi negeri Permatang Pasir kosong apabila wakil rakyatnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dari PAS meninggal dunia Jumaat lepas di Insitut Jantung Negara (IJN) kerana sakit jantung.
PAS semalam menyatakan pendirian tegasnya. Ia timbul gara-gara kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan kerusi DUN itu mungkin dimiliki calon PKR.
PKR yang tamak atau PAS semakin terpinggir.
Berikutan itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Pulau Pinang, Dr. Mujahid Yusof Rawa dengan tegas mengatakan “Maaf ini kerusi kami”.
Bagi PAS, PKR perlu menghormati dasar yang dibuatnya sendiri mengenai status quo kerusi pilihan raya sebelum membuat cadangan untuk meletakkan calonnya bertanding di Permatang Pasir.
Menurutnya, Anwar pernah berkata bahawa status quo kerusi yang diperuntukkan kepada manamana parti dalam gabungan pembangkang kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.
Tetapi tiba-tiba kelmarin, Anwar berkata, terdapat permintaan daripada pemimpin dan akar umbi PKR supaya parti itu meletakkan calonnya di kerusi yang dikuasai PAS itu.
Anwar mendakwa kedudukan PKR yang semakin kuat dan mantap di Permatang Pasir.
Mujahid berkata, pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti baru-baru ini, PAS pernah menyuarakan hasrat untuk bertanding di Penanti selepas wakil rakyat PKR, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu.
"Ketika itu, permintaan kami berdasarkan kepada prinsip tanggungjawab sosial kepada pengundi di situ kerana wakil rakyatnya meletak jawatan atas sebab peribadi dan Anwar kata status quo kerusi itu kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.
"Jadi, perkara yang sama diguna pakai di Permatang Pasir," katanya sambil menyatakan terkejutnya dengan permintaan akar umbi PKR untuk meletakkan calon parti itu bertanding pada pilihan raya kecil itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh pencalonan dan pilihan raya kecil kawasan itu 10 Ogos ini.
Situasi politik tanahair hari ini di mana Pakatan Pembangkang di dalam Pakatan Rakyat mendapat kemenangan yang besar dalam PRU 12 yang lalu hanya bersifat sementara. Dato Seri Najib pada hari ini sedang bekarja keras melancarkan banyak dasar baru bagi memperbaiki dasar lama di bawah pemerintahan Pak Lah yang ternyata membawa padah dalam PRU 12 yang lalu. Diharap rakyat akan dapat memberikan kerjasama penuh kepada beliau terutamanya dalam menhayati konsep 1 Malaysia itu. Biarkan Anwar terjun dengan labunya. Kita tak perlu terlalu mengikut rentak ketua pembangkang itu kerana memang itulah yang dikehendakinya. Demontrasi,kekacauan,fitnah memfitnah dan mewujudkan keadaan huru hara adalah strategi politik Anwar.
ReplyDeleteApa yang sangat perlu dibuat oleh Dato Seri Najib sekarang ialah mengerakkan jentera penerangannya untuk memperjelaskan kepada rakyat dasar-dasar baru pemerintahannya. Beliau memerlukan satu kempen ala SEMARAK . Anwar akan terus mencari isu baru untuk diketengahkan dan mengkacaubilaukan rakyat dan negara bagi menutup kes mahkamahnya. Dia sekarang sedang bekerja kuat untuk mengelakkan dirinya dari dibicarakan .