Sunday, August 23, 2009

KERAJAAN PAKATAN SELANGOR BERGOLAK?

Kerajaan pakatan pembangkang Selangor Darul Ehsan kini sedang bergolak atau dalam krisis?

Pihak yang menyokong kerajaan pakatan pembangkang berusaha mempertahankan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ada yang mengatakan Khalid tidak akan bertahan lama. Malah sudah ada ura-ura mengatakan beliau akan digantikan dalam tempoh terdekat.

Tidak semena-mena, Datuk Dr Hassan Ali menafikan beliau berminat menjadi Menteri Besar. Apakah ada kaitan dalam khabar angin ini?

Beberapa bulan kebelakangan ini, nama wakil rakyat Gombak, Azmin Ali begitu mendadak dikatakan akan menggantikan Khalid.

Lebih diperkatakan ialah apabila cadangan Khalid menggunakan wang zakat ditolak mentah-mentah oleh Sultan Selangor. Khalid terduduk dengan pernyataan Sultan itu dan ia tamparan hebat apabila kedudukan kewangan Selangor kini dikatakan semakin meruncing.

Juga dengan kedudukan Khalid sendiri yang dikatakan akan menghadapi tekanan akibat pinjamannya dengan Bank Islam yang belum diselesaikan, menggambarkan betapa Khalid kini diserang secara peribadi dan kepimpinannya.

Pendedahan oleh blog pro-PAS ‘Malaysian Waves’ yang memaparkan tulisan Tulang Besi mengenai kehilangan ADUN Pelabuhan Kelang menguatkan spekulasi.

Menurut tulisan berkenaan, ADUN Pelabuhan Klang hilang atau diculik yang mungkin mengulangi tragedi (kejatuhan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Nizar di Perak) kejatuhan kerajaan pakatan di Perak.

Menurut Tulang Besai, beliau mendapat maklumat ADUN berkenaan kini ditahap tidak dapat dihubungi.

Baca apa yang ditulis oleh Tulang Besi:

“Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah sudah sampai ke tahap tidak dapat dihubungi. Situasi ini iras-iras kedua-dua ADUN lompat di Perak tempoh hari.

Mari kita berdoa kerajaan PR Selangor akan dapat mengatasi masaalah ini dengan terbaik mungkin, inshaalah.Ingat, UMNO cuma memerlukan 9 orang ADUN untuk melompat bagi memastikan kerajaan negeri bertukar tangan. Dan dengan Najib Tun Razak sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor, mereka amat "desperate" untuk mengambil alih Selangor.

Saya merasakan UMNO sedang mencuba untuk mendapat kesembilan-sembilan orang ADUN tersebut melalui aksi melompat dari kedua2 PKR dan PAS. Dari PAS, saya yakin paling ramai yang akan melompat hanya dua orang. Yang lain itu masih berprinsip dan beriman.

Dari PKR pula, baru-baru ini bukankah berlaku ADUN PKR sendiri menyerang kerajaan negeri?Saya tidak tahu berapa orang yang mampu bertahan dan berpegang dengan prinsip mereka?

Oleh sebab itu kita semua wajib berdoa dan berusaha supaya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya dipertahan dan segala usaha jahat UMNO digagalkan, inshaalah.

Sekiranya saya dibuktikan salah dalam isu ini (yakni Badrul tidak melompat) saya akan menjadi amat gumbira.”

Sama ada pemimpin PKR atau PAS, mereka tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana ternyata krisis demi krisis dan cantas mencantas antara pemimpin di Selangor, sama ada antara parti atau antara pemimpin dalaman parti tidak boleh dibendung lagi.

Pendedahan mengenai salah laku pemimpin DAP membebankan PKR dan PAS. Sementara perbalahan antara pemimpin PAS pula membebankan PKR dan DAP.

Dalam PKR pula ada pelbagai perbuatan sabotaj dan sebagainya yang menjadikan rakyat Selangor kini menyesal mengundi parti pembangkang berkenaan untuk membolehkan mereka menang.

Yang pasti kalaupun usaha menggoncang dan menjatuhkan kerajaan negeri Selangor tidak berjaya dilakukan dalam masa terdekat, pengundi dan rakyat Selangor akan tetap menghukum kerajaan sekarang yang gagal berfungsi seperti diharapkan.

Ikuti posting akan datang, bagaimana kerajaan pakatan pembangkang di Selangor memusnah dan mengecewakan pengundi mereka dan kini bersedia untuk menukar kembali kepada kerajaan Barisan Nasional.

8 comments:

  1. Janji tinggal janji...
    p/s: dulu pemandu teksi bandar baru bangi nak bagi minta satu kontena masa PRU dulu... tapi depa janji nak bagi satu building....hampeh....pintu kontena pun tak nampak sekarang...

    ReplyDelete
  2. HARI INI ADUN LUNAS SUDAH KELUAR PARTI..TAHNIAH!

    ReplyDelete
  3. BN perlu 9 ADUN Selangor lompat BN. Dulu Anwar perlu 30 MP BN lompat PR. Mana yang realistik aahh? Semua tahu, dunia tahu, Pembangunan Selangor tehencat pada PR, esp bila MB pak turutnya berhutang 60 juta ringgit lebih.

    Lepas kes Teo Beng Hock, rasanya orang semua akan tahu kerajaan UNDERWATER di Selangor tak seindah di Pulau Sipadan.

    ReplyDelete
  4. PAS nak memerintah...pinjam "AURA" DSAI...tapi DSAI pikir tanpa DAP..mana datang kenderaan untuk dia naiki untuk dia menjadi PM...
    PAS tersilap langkah menerima DAP...dan dari awal PRU lalu...banner2 PAS tiada langsung lambang DAP di Selangor...
    kes babi, kes zakat, kes beer - semuanya PAS dihentam...menjadikan PAS melukut di tepian gantang...di situ menjanjikan 8 kerusi...bukan lompat tapi keluar pakatan...
    PKR mungkin lambat laun menarik diri di Selangor...DAP semakin lama tidak BERSIH...tidak SUCI....

    ReplyDelete
  5. http://pkrpasdap.blogspot.com

    saya tak setuju kalau Selangor ikut macam Perak sebab biarlah suruh Pakatan menerajui. Ini akan menjadi bahan untuk BN menawan negeri lain.


    Lagipun setakat hari ini kat selangor dapat mandi, minum, basuh badan, cuci sayur, basuh kereta..air free...

    Indo pun guna air free

    ReplyDelete
  6. abe MIE TERJAH - saya sangat setuju pendapat tuan. Biarlah Khalid jadi MB . Kita tengok samada dia mampu menangani isu yang timbul itu.

    ReplyDelete