Thursday, August 20, 2009

CALON PAS GELAPKAN RM600,000?

Kenapa Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mahfuz Omar (yang dikatakan juga pernah menerima wang daripada pemimpin UMNO) jadi gelabah sehingga meminta penulis blog buktikan calonnya gelapkan RM600,000.

Sebagai orang yang bertanggungjawab membuat pendedahan calon Barisan Nasional (BN), Mahfuz sepatutnya juga bertanggungjawab menyiasat bakal calonnya itu.

Calon PAS mesti bersih, tidak sama dengan calon UMNO sebab dia mewakili parti Islam. Jangan ada cacat celanya.

Sewajarnya PAS terbuka dan menyiasat sedalam-dalamnya dakwaan berkenaan. Siasat juga sumber PAS yang memberikan maklumat.

Mahfuz jangan hanya Nampak kuman di seberang lautan tetapi gajah depan mata seolah-olah tidak wujud.

Sepatutnya PAS siasatlah sendiri calonnya dan jangan asyik minta calon BN sahaja yang patut menarik diri.

Malah kemaskini blog berkenaan pada pukul 3.47 petang ini, penggendali blog berkenaan berkata: “ Saya baru mendapat pengesahan dari RBF bahawa Mujahid Yusuf Rawa sendiri telah mengesahkan yang calon PAS Salleh Man memang ada mengambil duit tersebut!”

Kenapa Mahfuz jadi tidak sedap duduk apabila pendedahan dibuat terhadap calon PAS dengan menyifatkan penulis blog itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak berani tampil untuk membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa sekiranya perkara itu benar.

Mahfuz berkata kalau ada mana-mana pemimpin Umno atau Barisan Nasional (BN) berani menyatakan Mohd Salleh mengelapkan wang, mereka juga harus tampil dengan bukti.

"Kalau mereka ada bukti, silalah buat kenyataan di mana-mana tempat khususnya di Permatang Pasir sebelum hari pengundian 25 Ogos ini," katanya.

Mahfuz jadi gelabah selepas pendedahan dibuat oleh sebuah blog dan saya memetik sebuah blog lain yang melaporkan seperti berikut:

Sungguh tak disangka! itulah yang boleh saya sebutkan selepas saya menerima satu sms dari seorang journalist yang pernah bekerjasama dengan pihak PAS dan mengetahui tentang cerita dalaman PAS!

Anda nak tahu sms ini berkenaan apa? Begini, dalam sms tersebut ada menyatakan yang calon PAS iaitu saudara Salleh Man pernah menyapu duit sebanyak rm60 ribu semasa pilihanraya di Permatang pauh tempohari. Perkara ini juga diketahui oleh MujahidYusuf Rawa dan bekas Pesuruhjaya PAS Penang, Zulkifli Lazim.

Bukan setakat itu sahaja, dia juga dikatakan pernah menggelapkan duit dari projek sekolah pintar PAS dan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun syarikatnya sendiri, bagaimana dia melakukannya masih terus menjadi misteri hingga ke hari ini.

Kepada pihak PAS, cerita-cerita ini sedang tersebar di kalangan ahluL-ahlul PAS, tetapi seperti biasa PAS akan menafikan kisah sebegini, namun kali ini penafian sahaja tidak cukup, apa kata calon PAS pun membuat penjelasan sepertimana yang telah di buat oleh saudara Rohaizat!

Walaupun syurga milik PAS, tetapi bilamana cerita seperti ini sudah tersebar, rakyat berhak untuk mengetahui perkara sebenar, ini adalah satu tuduhan yang serius, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang bukan?

Saya harap BAR Council dan Harris Ibrahim boleh membantu PAS untuk menerangkan kepada rakyat mengenai isu ini, ini sudah kira isu pecah amanah ni, kami rakyat marhaen inginkan kepastian, Ingat, sekadar menafikan sudah tidak boleh diterima lagi! Buktikan!

WAHAI AHLI PAS! SEKURANG-KURANGNYA JUJURLAH KEPADA DIRI SENDIRI!

Mahfuz boleh menuduh penggendali blog berkenaan tidak bertanggungjawab dan bersembunyi di sebalik blog yang tidak bernama tetapi PAS sewajarnya turut siasat calonnya.

Mahfuz seterusnya mencabar: "Kalau mereka berani, mereka harus tampil atau buat aduan kepada mana-mana pihak sama ada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beberapa laporan, termasuk blog "bigdogdotcom" yang disiarkan hari ini menyebut semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh tahun lalu, seorang pemimpin Pas Pulau Pinang membangkitkan kononnya peruntukan jentera pilihan raya parti itu sebanyak RM600,000 digelapkan Mohd Salleh.

Laporan blog itu menyebut kononnya dakwaan itu dibuat sendiri oleh Naib Pesuruhjaya Pas, Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa dan bekas Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Zulkifli Lazim.

Sementara itu, Mahfuz berkata Pas akan membuat satu lagi pendedahan berhubung salah laku calon BN Rohaizat Othman, 38.

Mahfuz berkata pendedahan baru itu adalah berkaitan perkara yang dilakukan Rohaizat semasa masih bersama firma guamannya.

Pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, BN, yang diwakili Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat akan berdepan dengan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Seramai 20,290 pemilih layak mengundi Selasa ini bagi memilih pengganti kepada Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada Pas yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu akibat sakit jantung.

2 comments:

  1. Salam,

    Satu pendedahan yang sempurna, kalau puak-puak PAS cuba tanya juga, kemana perginya duit kutipan sumbangan orang-orang kampung atas dasar jihad, tak kiralah dari fkir miskin, anak yatim dan PPRT. Bagaiman pemimpin-pemimpin PAS berkereta mewah, berumah banglo datang cuma bawa cerita fitnah dan menghasut......

    ReplyDelete
  2. Iblis dan syaitan akan terus menerus merasuk Anak Cucu Adam....menghanyutkan mereka...sehingga mereka lupa dan lalai dengan duniawi.... Kalau PARA NABI juga pernah di goda syaitan dan iblis, apatah lagi ahli politik yang kononnya memperjuangkan ISLAM.....benarlah kata IBU....satu jari menuding orang lain, 4 lagi menuding ke arah diri.....

    ReplyDelete