Sunday, August 2, 2009

BANTAH ISA - ANWAR, HADI, KIT SIANG PENGECUT

Tidak bertanggungjawab. Rakyat biasa dipergunakan.

Pemimpin cabut lari dan menghilangkan diri.

Gerakan haram, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), didokong pembangkang mempergunakan rakyat untuk tujuan politik pemimpin mereka.

Mereka menggunakan orang Melayu untuk berhimpun menentang dan mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan.

Pemimpin pembangkang yang pengecut termasuk ‘pemimpin Islam’ digunakan pemimpin GMI yang bernaung di bawah SUARAM untuk tujuan politik mereka.

Pemimpin yang mendakwa mewakili parti Islam turut terpedaya dan mereka inikah sebenarnya pemimpin Islam – menyelamatkan diri sendiri sambil membiarkan orang suruhan mereka berada di barisan hadapan?

Selepas menyampaikan ucapan mereka melarikan diri dan ternyata hanya berani di belakang.


Jenis pemimpin apakah ini yang bersifat ‘lempar batu sembunyi tangan’?

Amat jelas perhimpunan ini bermotifkan politik kerana disertai pemimpin utama pakatan pembangkang.

Tidak hairan, saya dedahkan semalam siapa di belakang GMI dan SUARAM dan ternyata mereka adalah dari Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

Menyedihkan, menurut laporan Sinar Harian hari ini, 95 peratus yang dihimpunkan oleh GMI adalah Melayu.

Kenapakah orang Melayu membiarkan diri mereka diperalatkan?

Kenapa tidak ramai orang Cina dan India yang ‘turun padang’? Yang kena tangkap pun hanya tiga bukan Melayu.

Apabila mempersoalkan ini, bukan kerana sikap perkauman. Tetapi jelas menunjukkan bahawa orang Cina dan India, kalaupun membantah merasakan ada cara lain untuk menunjukkan penentangan mereka.

Contohnya, Pemuda Gerakan cuba menyerahkan memorandum secara aman walaupun tidak berjaya. Tetapi pasti ada usaha lain yang mampu dilakukan, khususnya melalui perbincangan dalam Barisan Nasional (BN).

Lagipun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga Pengerusi BN bersedia menyemak semula ISA.

Pehimpunan haram semalam menyebabkan seramai 526 daripada 589 orang yang ditangkap polis ketika perhimpunan itu di ibu negara sepanjang semalam sudah dibebaskan.

Baki 63 masih lagi ditahan termasuk Ahli Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa.

Sivarasa, Naib Presiden PKR, ditahan di kawasan berhampiran Kompleks Sogo petang semalam.
Mereka yang ditahan termasuk kumpulan yang proISA.

Pemimpin pengecut yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Aawang serta ramai lagi melarikan diri dan jelas membiarkan rakyat biasa termasuk kanak-kanak dan wanita ditahan polis.

Berikutan itu polis membuat siasatan terhadap pemimpin pembangkang yang hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai kira-kira 4 petang semalam.

Berikutan itu polis ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR itu dan Presiden PAS berhubung perhimpunan 20,000 orang membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur sepanjang petang semalam.

Selain Anwar dan Hadi, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh, pemimpin kanan lain dalam Pakatan Rakyat akan turut disiasat.

Mereka ialah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua; Ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu; Ahli parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.

Selepas menyusahkan banyak pihak tetapi berjaya menunjukkan kepada dunia kononnya ‘berlaku huru hara’ di ibu negara, misi GMI untuk menyerahkan memorandum tidak kesampaian.

Akhirnya, yang tidak berhimpun dapat menyerahkan memorandum. Yang berhimpun, bukan sahaja menyusahkan orang ramai, termasuk peniaga dan menyebabkan pengangkutan awam lumpuh sekitar Kuala Lumpur, mereka juga gagal menyerahkan memorandum.

Sejak pagi polis menutup Jalan Raja, sebahagian Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak serta Bulatan Hishammuddin.

Kumpulan proISA yang sebelum ini menyasarkan untuk menghimpunkan 70,000 orang hanya menggerakkan sekitar 2,000 orang - di kawasan Pasar Seni kira-kira 2 petang semalam.Tujuh orangnya juga ditahan semalam.

Memorandum diserahkan oleh Mohd Khairul Azamdin, penasihat undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara secara bersaorangan, di pintu belakang Istana kira-kira pukul 5.30 petang.

Kumpulan itu menyifatkan telah mencapai sasaran mereka dengan mesej "tidak semua sokong ISA dimansuhkan."

No comments:

Post a Comment