Blog Merah Tinta sudah mencecah ke angka 3.5 juta. Perkembangan ini memberangsangkan dan sekaligus menunjukkan blog ini terus dipantau.
Waktu ini angka yang tertera di mesin imbas kira ialah 3,002933 yang mula membuat catatan rasmi pada 9 OKtober 2007.
Sementara pengikut setia yang mendaftar menjadi komuniti blog ini pada masa ini ialah seramai 463 orang.
Sebagai pemilik blog saya berbangga atas pencapaian ini dan mengucap terima kasih kepada penjenguk. Seperti selalunya - teguran, kritikan dan juga makin hamun (termasuk dari penjenguk gelap) tidak dapat dinafikan memberi semangat kepada saya untuk menulis dan terus menulis berdasarkan tagline "Hanya Kita Memahami Diri Kita".
Di sebalik kejayaan itu saya juga ingin mengajak anda semua membaca posting dalam blog berkenaan:
ULAMA IKUT OBAMA?
Isu Bakar Lilin Dan Memberi Sembah Hormat!
Thursday, July 23, 2009
Saya bersetuju sangat dengan pandangan sdr Ramli Abdul Halim, (Meli Kapak Jangak) yang mengatakan PAS bercanggah pendapat mengenai kelakuan bekas MB Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin yang hadir ke upacara mengingati kematian Teoh Beng Hock dan turut menyalakan lilin dimanakah perbuatan itu dikatakan perbuatan yang perlu dijauhi.
Meli juga turut mempersoalkan dalam percanggahan ini, siapa lebih aula untuk dipatuhi kerana kesemua yang bercakap adalah pemimpin PAS. Biasanya pemimpin PAS adalah mukmin terpilih dan terbaik.
Bila bercanggah walaupun ianya dari segi khilas, namun boleh mengelirukan ahli-ahli bawahan yang tumpul akal. Ahli yang tumpul akal juga akan lebih mempercayai kata-kata yang keluar dari lidah idola mereka daripada kata-kata yang keluar dari lidah mereka yang fasih dan alim lainnya.
Inilah dunia politik. Saya sudah katakan, siapa memiliki kuasa, ada wang dan sanggup pula memberi wang atas nama kebajikan akan disayangi dan dipercayai. Kata-kata mereka akan diakui benar dan tepat.
Mereka juga dianggap bijak dan kesalahannya dilihat betul. Apa lagi kalau kelompok pengikut pemimpin berkenaan hidup dengan meminta-minta dan tidak yakin dengan janji Allah yang senantiasa mencukupi apa yang hambaNya tidak genap!
Kelompok ini akan bertegang leher memperdebat dan mempertahankan pandangan atau hukum dikeluarkan pemimpin mereka itu sebagai betul, sementara mengenepi dan mencerca yang lain sebagai kolot, ekstrem, fanatik, jumud, jahat dan sebagainya.
Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Husam bin Musa, telah mempertahankan tindakan Nizar Jamaluddin itu sebagai tidak menyalahi Islam. Katanya kehadiran Nizar ke upacara itu sebagai membantah atas apa yang berlaku, iaitu kematian misteri Teoh Beng Hock, pemuda Cina.
Seperti mana kata Meli mungkin Ustaz Husam berpandangan begitu kerana berpegang kepada sebuah hadith yang menyatakan Rasulullah s.a.w. berdiri sebagai menghormati ketika mayat Yahudi diusung. Rasulullah berbuat begitu kerana menghormati si Yahudi itu sebagai mahhluk Allah.
Saya bersetuju dengan pandangan dan pegangan Ustaz Husam kalau setakat itu. Tetapi soalnya apa yang dilakukan Nizar ialah menyalakan lilin dan mungkin mengangkat-angkat lilin seperti mana dilakukan pemimpin DAP lain. Tentunya kehadirian Nizar Jamaluddin itu tidak seperti mana respon Rasulullah yang hanya berdiri saja.
Betul soal aqidah dan keyakinan itu tertakhluk dalam hati sanubari seseorang. Ia bergantung kepada niat dan iktikad seseorang itu. Tetapi bagaimana pula pada pandangan zahir? Bolehlah kita telanjang di tengah khalayak ramai dengan memasang niat kita berada dalam bilik tersembunyi? Atau bolehlah kita mensedekah harta pencurian? Di sinilah gunanya Allah memberi akal kepada manusia agar bijaksana, menimbang yang haq dengan yang batil.
Adapun percanggahan pendapat dikalangan pemimpin PAS ini menurut Meli Kapak Janggak ialah apabila, Ketua Dewan Ulama, Harun Taib seakan tidak bersetuju dengan perbuatan Nizar Jamluddin itu. Harun berpegang kepada peraturan dan tatasusila didalam Islam yang melarang penganutnya melakukan perbuatan yang meragukan. Bagi Harun perbuatan Nizar itu tergolong dalam aksi-kasi meragukan dan ia perlu dijauhi.
PAS sendiri, jelas Harun Taib dalam kenyataanya kepada akhbar, ada menggariskan antara perbuatan-perbuatan yang meragu dan perlu dijauhi oleh ahli PAS. Seperti mana tanya Harun Taib, apakah Nizar tidak mengetahui akan garis panduan itu? Secara logiknya kalau Nizar sudah melanggar garis panduan parti maka tindakan perlu dibuat ke atasnya, sekurang-kurangnya teguran. Manakala kalau Nizar tidak tahu mungkin beliau boleh dimaafi.
Jika dibiarkan sedangkan ia ternyata salah ia dibimbangi akan menjadi ikutan. Lama kelamaan bila ramai pengikut mengikuti perbuatan yang dilarang itu menyebabkan ia akan diterima sebagai betul. Dalam politik selalunya majoriti dilihat sebagai benar dan menang. Jika ini berlaku ia boleh menjejaskan kesucian PAS sebagai parti berlandaskan Islam.
Di kala ini maka jadilah ahli PAS seperti ahli lain-lain parti. Kini sudah ada elemen dari segelintir ahli yang sangup memaki hamun, mencaci dan bertindak melanggari tatasusila serta adat-adat dalam agama.
Makanya PAS perlu membuat penjelasan mengenai percanggahan ini atau isu bakar lilin ini. Dan orang yang paling aulia dan layak ialah Mursydul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat memandangkan keramat hidupnya ada kepada beliau. Beliaulah patut membuka mulut membuat pandangan atau teguran atau menjelaskan perkara ini sebelum ia menjadi polemik meluas. Orang lain tidak boleh menjatuhkan apa-apa hukum kerana akan dianggap sebagai politik dan berkepentingan!
Sayangnya semalam bila ditanya oleh media Tok Guruku itu enggan memberikan fatwa, (maksudnya pandangan) berhubung perbuatan Nizar Jamaluddin itu. Alasan yang diberikan Nik Aziz kerana penjelasan itu diminta oleh Zambry Abdul Kadir, MB Perak.
Apa kena mengena permintaan Zambry dalam hal ini sehingga Tok Guruku tidak bersedia untuk mengulas dan menguPASnya? Kalaupun Zambry tidak meminta fatwa atau penjelasan berhubung perkara itu, sebagai Imam Besar PAS, Nik Aziz perlu mengambil tanggungjawab menjelaskannya bagi menyelesaikan kekeliruan yang timbul.
Sikap Nik Aziz itu menyebabkan wujud beberapa tafsiran lain. Apkah Nik Aziz mengelak untuk memberi fatwa mengenai perbuatan itu kerana penasihatnya sudah memberi penjelasan mengenai hal itu terlebih dulu yang mengatakan perbuatan Nizar itu tidak meyalahi agama. Begitukah?
Atau mungkin disebabkan pandangan Nik Aziz berbeza dengan pandangan penasihatnya itu menyebabkan beliau kena mendiamkan diri atau mencari alasan dari memperkatakannya kerana menghormati pandangan penasihatnya itu atau untuk tidak dikatakan beliau bercanggah dengan wazirnya?
Apakah tidak difikir oleh Tok Guruku bahawa langkah awal penasihat itu membuat penjelasan walaupun autoriti boleh dipertikaikan, sebagai hendak memerangkapnya? Selalunya penasihat akan memberi klu sebelum Nik Aziz mengeluarkan apa-apa kenyataan. Dalam bahasa lain menyediakan deraf untuk dibaca oleh Tok Guru.
Tidakkah tidak terfikir oleh Tok Guruku mungkin tindakan penasihat itu mempertahankan perbuatan Nizar itu sebagai tektiknya untuk melindungi dirinya juga. Sebelum ini penasihat ini turut sama membuat simbol hormat seperti dilakukan oleh pengikut Buddha kepada sami atau tokong mereka dengan meletakkan tangan didada, seakan menyembah. Jadi apabila Nizar juga telah melalukan perbuatan yang meragukan itu maka beliau kena sokong kerana aksi Nizar itu sekaligus membantunya.
Bagaimana pun saya yakin lambat laun Nik Aziz akan mengeluarkan fatwanya mengenai perkara ini. Dan saya juga yakin dia akan mencari simpang atau lubang bagaimana untuk menyelamatkan air muka penasihtanya itu, Nizar dan sekalian orang yang telah melakukan perbuatan yang boleh diragui seperti mana kata Harun Taib itu. Jika inilah yang akan berlaku lagi boleh dianggap bahawa ulama bersedia menuruti fatwa 'Obama'.
Salam
ReplyDeleteTahniah Merah Tinta. Blognya menarik dan sangat fanatik kepada mentornya. Tak boleh kondem pasti tak dikeluarkan di blog walaupun sahih ulasannya. Banyak mana pun pengunjung tapi kaki bodek yang sama takde makna juga. Memalukan penulis yang hit jutaan masih menolak komen yang betul terhadap Nik Aziz Nik Mat. Andakmaon sangat hairan kenapa ramai melayu yang taksub terhadap Nik Aziz walaupun dia sebenarnya tidak pun membela melayu . Dia sebenarnya sangat bahaya kepada orang melayu dan agama Islam.Jika dibiarkan tanpa disanggah,ramai yang akan lebih fanatik kepadanya.
TINTA MERAH MENULIS TANPA TUHAN. SELAUNYA MENYEMBUNYIKAN ' SUMBER ' KERANA SUMBER ITU ADALAH NAFSUNYA. TAKUTLAH KEPADA ALLAH KERANA SATU MASA KITA PASTI MENGADAPNYA.
ReplyDeleteHanya orang yang buta sahaja mengatakan warna hitam itu adalah warna untuk semua !. Dia akan akan kata orang lain ' bodoh ' jika dikatakan warna bunga berbagai-bagai...
ReplyDeleteBerbahagialah mereka yang mengakui bahawa kegelapan fikiran itu akan menyeksa diri. Dan.... orang yang celik lebih dipakai perkataannya !