Saturday, July 4, 2009

KALAU DAH TAHU DAP PARTI PERKAUMAN...

Apakah pemimpin PAS sengaja buat-buat tidak tahu dengan dasar perjuangan DAP hanya kerana mahu merebut kuasa?

Apakah hukumnya berbaik-baik dengan orang bukan-Islam yang perkauman? Kenapa dengan UMNO – Parti Melayu – dianggar perkauman atau asobiyah?

DAP perkauman apa? Tidak asobiyah? Jika orang Islam UMNO bercakap mengenai Melayu-Islam dianggap asobiyah, bukan Islam dibenarkan? Tidak asobiyah?

Hairan dengan pemimpin PAS yang tamak dan tergila-gila mahu jadi kerajaan.

Hari ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan DAP Kedah sebagai sengaja ingin mencetuskan isu perkauman.

Beliau menafikan dakwaan DAP Kedah, yang kononnya kerajaan negeri akan merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina di negeri itu.

Menurut Azizan, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak pernah membincangkan tentang perkara merobohkan mana-mana tokong atau kuil di Kedah.

"DAP kata dia berjuang untuk semua kaum tapi kali ni nampak sengaja nak cetuskan isu perkauman sebab Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan dan majlis bandaraya pun tak pernah tau pasal perkara ini, tiba-tiba dia orang (merujuk Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su Keng Siong) boleh tau," katanya ketika ditemui pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Su di Ipoh semalam yang mendakwa kerja-kerja merobohkan beberapa kuil dan tokong di kawasan Alor Setar telah diluluskan oleh MBAS.

Sehubungan itu, katanya semua Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan dan ketua kampung DAP Kedah meletak jawatan serta merta.

Mengenai pengumuman DAP untuk keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu, Azizan berkata sehingga hari ini masih belum ada wakil daripada parti itu datang bertemu dengannya untuk membincangkan perkara berkenaan.

"Saya cuma tahu DAP nak keluar pakatan daripada akhbar sahaja. Perkara ini boleh dibincangkan secara keluarga, tapi dibesar-besarkan dan ia tak wajar berlaku.

"DAP jangan ingat dia saja mewakili kaum Cina... MCA, PKR dan Gerakan pun wakil kaum Cina juga, saya tak nak bergaduh dengan Cina, apa sahaja bantuan semua dah bagi, kat DAP pun semua bantuan bagi, tak tau tak puas hati kat mana," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Rabu lalu, Su mengumumkan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak puas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu yang merobohkan pusat penyembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, di sini.

Jelas sekali di sini, Azizan mengakui bahawa bukan DAP sahaja memperjuangkan kaum Cina. Tetapi kalau sudah tahu DAP parti perkauman kenapa bekerjasama dengan mereka?
Kalau tahu MCA dan Gerakan ada, tidak bolehkah berbaik-baik dengan mereka untuk kebaikan?

Apakah Islam mengajar suruh bermusuh dengan orang yang menyokong perpaduan dan berbaik-baik dengan yang chauvanis dan perkauman?
PAS tanyalah diri sendiri. Lagipun Azizan sudah menyebut bahawa DAP parti perkauman.

1 comment:

  1. Fatwa yg mgkin bakal Nik Aziz keluarkan. Org Islam (PAS shj) boleh makan babi.

    ReplyDelete