Saturday, July 25, 2009

ALHAMDULLILAH...SYUKUR...

Kerja kuat dan tidak mengira masa bagi kakitangan kerajaan tidak menjamin mereka akan mendapat pembelaan orang penting atau yang berkuasa di sesuatu kementerian.

Itulah yang menimpa Ketua Pengarah Tourism Datuk Mirza Mohammad Taiyab yang terumbang-ambing selama empat tahun, sehinggalah dibebaskan semalam.

Orang boleh lupa panas setahun tetapi akan mengingati hujan walau setengah sehari.

Ramai kawan-kawan yang menjauhi Mirza apabila beliau dituduh melakukan rasuah.
Perkaranya - menerima rawatan pergigian bernilai RM13,860 empat tahun lalu.

Kini ternyata Mirza tidak berlaku salah, namun empat tahun yang menyukarkan, termasuk digantung kerja atau menyakitkan.


BEBAS TUDUHAN RASUAH..Ketua Pengarah Tourism Datuk Mirza Mohammad Taiyab bersama ahli keluarganya sempat melambaikan tangan kepada penyokong beliau sebaik sahaja dibebaskan daripada tuduhan Foto THE STAR

Mirza mengakui setelah digantung tugas beliau berdepan dengan penghinaan akibat tuduhan tersebut.

Beliau digantung tugas sejak 13 Ogos tahun lalu dan beliau akan memutuskan langkah seterusnya apabila lembaga disiplin kementerian berkenaan bersidang.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam melepas dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia itu daripada tuduhan rasuah tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin berkata, pihak pendakwaraya telah gagal membuktikan kes terhadap Mirza.

Oleh itu, katanya, Mirza dilepas dan dibebaskan dari tuduhan tersebut.

Mirza, 52, dituduh menerima suapan RM13,860, daripada Zulhisyam Ayob, 48, pengarah syarikat Perunding Pakar Media, di mana syarikat itu telah membiayai rawatan pergigian Mirza di Clinical Practise Prosthodontic.

Dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan di klinik itu di No.15, Tingkat Bawah, Jalan 2/71 Off Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, antara 17 Januari dan 26 Julai 2005.

Pada masa itu, Mirza adalah Timbalan Ketua Pengarah 1 di Kementerian Pelancongan, manakala abangnya, Mirza Mohd Tariq merupakan rakan pengurusan di syarikat Perunding Pakar Media.

Jika didapati bersalah, Mirza berdepan dengan hukuman dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Mirza berkata keputusan mahkamah itu membersihkan dirinya daripada sebarang tuduhan.

2 comments:

  1. Mesej atau iktibar dari pengalaman Datuk Mirza Mohammad Taiyab dapat saya simpulkan dengan peribahasa Melayu seperti berikut:-

    Berani kerana benar, takut kerana salah!

    Kawan ketawa dengan didapat; kawan menangis sukar dicari!

    ReplyDelete
  2. Pengadilan di mahkamah dunia dah selesai .Mahkamah akhirat kena tunggu lagi. Bebas belum tentu benar kerana mahkamah dunia ni boleh saja diputarbelit oleh kepandian peguam . Tengok saja si Nuar tu sampai sekarang belum bicara lagi. Bila bicara nanti kita bakal akan tengok dia menggunakan tipu daya dia. Saya tak heran kalau kali ini dia akan menjadikan kes perbicaraannya jadi isu besar yang boleh memburukkan imej negara. Kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete