(Kemaskini)
Ternyata pagi ini Ahmad Said yang ‘got the last laugh’. Semua dah settled. Dah beres. Yang dinanti-nantikan sudahpun berakhir.
Kini semua pihak mahu perpaduan. Malah mesej perpaduan dalam UMNO Terengganu inilah yang ditekankan oleh Datuk Hishamuddin Hussein.
Datuk Ahmad Said yang pulang ke Kuala Terengganu pagi ini turut menekankan perkara yang sama. “Kita mulakan episod baru dengan semangat perpaduan. Lupakan yang keruh,” katanya.
Beliau bersyukur dan gembira kerana pertemuan semalam dapat diadakan dalam suasana penuh harmoni dan semangat perpaduan UMNO.
“Yang penting sekarang kita perlu tumpu kepada pilihan raya ke 13 nanti bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional,” katanya.
Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Hishamuddin mendengar segala rasa tidak puas hati - pihak yang marahkan Datuk Ahmad Said - di Putrajaya, semalam.
Kesemua 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Terengganu menyertai pertemuan dengan Hishammuddin berhubung kemelut politik Terengganu.
Pertemuan tersebut yang diadakan mulai pukul 10 malam bagaimanapun terlepas daripada intipan beberapa wartawan yang turut berada di lokasi pertemuan yang berlarutan hingga ke awal pagi.
Saya mendapat maklumat awal daripada mereka yang menyertai pertemuan itu hampir jam 2.00 pagi ini.
Pertemuan banyak mata yang diatur oleh Hishamuddin semalam berjaya mengendurkan ketegangan dan jelas suara-suara tidak puas hati dapat dihemburkan dengan ‘loud and clear’.
Usaha mempertautkan yang renggang ini baik dan keterbukaan Ahmad Said untuk menerima teguran dan amarah sebahagian pemimpin UMNO patut dipuji.
Laporan-laporan sebelum ini mengatakan Ahmad Said menjadi tumpuan rasa tidak puas hati tetapi hakikatnya ada beberapa pemimpin UMNO lain yang turut kena belasah.
Apapun ada dua perkara yang menarik ditimbulkan dalam pertemuan banyak mata itu.
Pertama isu mencari ‘penawar’ – bunyi macam lagu Black Dog Bone – “Ku Cari Penawar Luka” yang lebih kurang sebagai formula mengatasi kemelut politik Terengganu.
Apa dia formula dimaksudkan? Ia ditimbulkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memang macam ‘meluat sangat’ dengan Ahmad Said.
Dengan cara beliau menggunakan cara pusing kiri, pusing kanan tanpa menyebut maksud, Hishamuddin dapat menangkap maksudnya.
Ia lebih kepada menggugurkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar bagi mengatasi kemelut ini. Namun pernyataan terus terang tidak dibuat.
Tidak diketahui sama ada yang menimbulkannya takut menyatakannya depan Ahmad Said atau beranggapan ia sudah difahami semua.
Yang menariknya, Ahmad Said tidak mempertahankan diri dan diam membisu sambil mendengar apa sahaja yang diperkatakan mengenainya.
Ini disahkan oleh seorang Exco yang pulang pagi ini dan ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pagi ini.
“Saya gembira dan memuji sikap Ahmad Said yang tidakpun cuba mempertahankan diri walaupun beliau dikritik,” kata Exco berkenaan.
Beliau anggap semuanya sudah selesai dan semua pihak perlu tumpukan kepada usaha mengukuhkan kembali UMNO.
Ternyata menggantikan Ahmad Said bukan kerja Hishamuddin. Ia juga bukan kerja UMNO, melainkan kalau UMNO lingkup di Terengganu.
Seperti pada 1999, sukar sangat menggulingkan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, sebahagian ahli UMNO mengundi PAS dan dibantu dengan gelombang reformasi, Wan Mokhtar jatuh.
Jatuhnya Wan Mokhtar membolehkan Datuk Seri Idris Jusoh melebarkan sayapnya dengan memimpin UMNO Terengganu untuk menang kembali pada 2004.
Jadi untuk ketika ini walaupun cuba dicari penawar, status-quo kekal - Ahmad Said terus jadi Menteri Besar seperti kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sabtu lalu.
Kedua, ialah soal berkaitan dengan pemimpin UMNO lain selain Ahmad Said.
Ada yang menimbulkan isu perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dikatakan tidak adil kepada mereka.
Hakikatnya kerajaan negeri belum melantik ahli JKKK dan dijangkakan selepas ini baru perlantikan dibuat walaupun sudah ada cadangan daripada satu dua Bahagian UMNO.
Jelas, pertelingkahan antara pemimpin di bahagian, kesan melimpahnya kepada Ahmad Said.
Baik juga pertemuan itu dilakukan, setidak-tidaknya Hishamuddin tahu apa sebenarnya berlaku di Terengganu.
Dalam kemelut begini, yang benar bukan benar semua dan yang salah bukan salah semua.
Hendaknya selepas ini, tidak akan ada lagi kemelut seperti yang berlaku sebelum ini.
Semua pihak harus faham, kalau lingkup UMNO yang jadi YB tidak akan jadiYB lagi dan yang ada harapan pun akan musnah segala-galanya.
Setidak-tidaknya sekarang, walaupun ada kemelut, ramai yang masih bergelar YB kalaupun Menteri Besar hanya seorang.
Dalam isu Menteri Besar ini, serahkanlah kepada pucuk pimpinan menentukannya.
Berilah peluang kepada Ahmad Said meneruskan agenda “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang diperkenalkan lebih awal daripada 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Juga, bak pesanan Hishamuddin, janganlah lagi bersms kepadanya dengan pelbagai ‘maklumat’ kerana cara itu akan mengusutkan lagi suasana.
Kepada Hishamuddin pula, apabila tidak dilayan sms seperti itu, akan terhenti sendirilah penghantarannya kerana yang menghantar akan merasa dirinya ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’.
Mungkin yang belum beras setakat ini ialah siapa yang akan menerajui UMNO Terengganu, selain Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang sudah diumumkan oleh Presiden UMNO.
Pengerusi Perhubungan Terengganu, selepas mendengar kata hati semua pihak semalam, mungkin sudah mula mengenal nama.
Yang pasti akan ada yang tidak berpuas hati tetapi seperti biasa, sebagai pemimpin, Hishamuddin tidak boleh memuaskan hati semua pihak.
Hishamuddin sudah melihat bagaimana Ahmad Said ‘diserang’ dan dia juga mulai sekarang perlu membina kubu kerana akan ada orang yang akan menyerang beliau apabila nama-nama diumumkan olehnya bagai mentadbir UMNO Terengganu.
Dalam konteks kepimpinan UMNO Terengganu ini, ‘jangan takutkan ombak, berumahlah di tepi pantai’ – ini pesanan saya untuk Hishamuddin!
kenapa tak suka sangat ke mb ni? kalau ikut the best dah ni. memang mb yang cakna kepada rakyat. mb macam ni la yang kita nak. kita tak mahu mb cakna ke kontraktor. contohnya kontraktor nama cina tapi muka macam india sikit. rasanya semua boleh agak siapa. malas nak sebut nama.
ReplyDeletemasuk la ke www.jaranganakmelayu1.blogspot.com
inilah cara yang betul. mb kita sangat mesra. beliau terbuka berbicara. ini tidak. sesetengah orang sanggup buat fitnah nak menjatuhkan sesama sendiri. sms la. tohmahan demi tohmahan yang tidak betul la. rakyat dah boleh nampak la apa yang dibuat oleh satu puak ke satu puak yang lain. ada baik ada kurang baik. kita fikirkan la...
ReplyDelete"saya tidak mampu menjawab soalan itu kerana saya tidak berada dalam pertemuan tersebut. Saya tidak boleh menulis berasaskan andaian semata-mata. Jika ada “orang luar” yang tidak ada pada pertemuan itu yang bercakap atau menulis mengenai pertemuan tersebut, ia tidak boleh diterima atau dipakai sepenuhnya. Apatah lagi ia di pihak yang berkepentingan. Tidak boleh."
ReplyDelete--- dia marah orang buat andaian, tapi dalam blognya dia buat andaian berjela-jela, bodoh ke tak? ---
"Sebagaimana yang saya katakan tadi, kemelut ini akan selesai dengan dua cara. Pertama, jika MB kekal, perlu ada perubahan dan kedua, jika difikirkan perlu ditukar, maka pertukaran perlulah direalisasikan. Kita tidak boleh terlalu jengkel akalnya sehingga tergamak berkata sesuatu seolah-olah mahu menggambarkan orang lain tidak memahami apa yang berlaku."
ReplyDelete--- kenapa perlu tukar MB? kenapa tak ditukarkan ADUN yang memberontak? adun yang menentang pembangunan dibuat oleh MB? ADUN yang melawan ketua? MB yang membawa balik hasil royalti minyak tidak perlu ditukar. ADUN yang majoriti memperhabiskan hasil kerajaan negeri wajar ditukar demi kesejahteraan rakyat ---
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKemelut T'ganu: Semua sudah sedar, kata Hisham
ReplyDeleteItulah kata2 DS Hishamudin di dalam Malaysiakini pada hari ini 21 Mei 2009.
Ini ditambah pula dengan kenyataan Adun Ajil di dalam muka depan bahawa beliau tiada hasrat jadi MB.
Maka ini adalah petunjuk bahawa kemelut politik di Terengganu kini sudah berakhir di mana Adun Ajil sendiri akur dengan keputusan yang dibuat oleh DS Hishamudin semalam.
Ini juga menunjukkan bahawa beliau telah bersedia untuk bekerjasama dan mengikut arahan pucuk kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui oleh YAB Dato' Ahmad bin Said, Menteri Besar Negeri Terengganu Darul Iman.
Alhamdulillah.