Monday, May 18, 2009

PENANTI – BN TIDAK IKUT RENTAK PEMBANGKANG

Perangkap pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengena.
Sah sudah Barisan Nasional (BN) tidak tunduk dengan desakan supaya meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan petang ini, DUN Penanti bukan untuk UMNO masuk gelanggang.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.

Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.
Pada 29 April lalu, saya bertanyakan wajarkah Barisan BN bertanding di Dewan Undangan Negeri Penanti?

Saya meminta difikirkan perkara berikut dalam konteks pilihan raya kecil Penanti ini. Ia termasuk:

1. Jika menang akan memberikan keyakinan baru kepada UMNO dan jika kalah, siri pembubaran DUN dan Parlimen seperti yang dimahukan Anwar akan menjadi bertambah rancak;

2. Jika UMNO bertanding, ia bagaikan ‘undur belakang untuk kebaikan’ namun dimanakah rasional merugikan wang rakyat;

3. Jika menang reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib akan menonjak dan jika kalah ia semakin merudum;

4. Jika bertanding akan ada tuduhan Najib mengikut telunjuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebelum ini Muhyiddin seperti menyokong kenyataan Dr Mahathir;

5. Jika bertanding, wang rakyat akan dikorbankan sedangkan kerusi itu tidak akan mengubah apa-apa; dan

6. Akan ada orang yang akan untung daripada pilihan raya kecil ini kerana selalunya walaupun calon kalah pilihan raya kalah tetapi ‘ada orang UMNO yang akan menang’ kerana mendapat pelbagai kemudahan dan wang’ hasil peruntukan pilihan raya berkenaan.

Yang pasti BN tidak akan menang mudah keranba PKR begitu yakin akan menang sudah menemui calon menggantikan bekas ADUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletakkan jawatan tersebut awal bulan ini.

Pilihanraya kecil kerusi DUN itu dijadual diadakan antara 23 hingga 31 Mei ini berikutan timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng meletakkan jawatanb. Beliau juga meletakkan jawatan exco pada 8 April lalu dan kemudian melepaskan jawatan ADUN pada 16 April lepas.

Kekosongan jawatan kedua penting itu pernah menimbulkan salah faham terbuka antara ketua menteri dan Anwar kira-kira dua minggu lepas berhubung kelewatan mencari pengganti Mohammad Fairus.

Menarik pada pilihan raya kali ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguatkuasakan larangan parti-parti politik yang bertanding mewujudkan pondok panas pada hari pengundian.

Langkah itu mampu mengelakkan ketegangan di kalangan para penyokong parti sekali gus mewujudkan suasana lebih tenteram bagi membolehkan pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Penanti, Pulau Pinang ditetapkan pada 23 Mei.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika mengumumkan perkara itu memberitahu pembuangan undi pula ditetapkan pada 31 Mei.

SPR menetapkan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya kecil itu nanti adalah Daftar Pemilih Induk 2008 yang telah dikemaskini sehingga 16 April lalu.

Daftar pemilih Pilihan Raya Kecil DUN Penanti mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Apa pun, Najib menggariskan tiga sebab BN enggan bertanding:

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.
Mesej BN mudah saja, iaitu BN "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."

2 comments:

  1. Satu keputusan di luar daripada kebiasaan. Inilah keputusan paling berani yang pernah dibuat oleh DS Najib. Keputusan ini akan menambah satu lagi pengalaman dalam BN.

    ReplyDelete
  2. Ada yang akan kata najib penakut. tapi yang lebih penting ialah, najib mengetepikan ego besar BN untuk tidak bertanding. Ini yang penting. Seorang strategis akan tahu bermain dengan sentimen kalah dan menang. Hanya seorang strategis yang berani berundur untuk menang di medan yang lain.

    Perlu diingat, menang atau kalah PRK ini tidak akan membawa impak besar kepada perubahan di mana-mana pihak. Baik BN atau PR. Tidak ada yang berubah. Keseimbangan kuasa akan tetap sama. Majoriti tetap di PR. Jadi apa guna bertanding? membazir masa dan tenaga.

    Apa yang terjadi kini ialah beban masa, kewangan dan sokongan bertukar kepada PR. Kalau calon mereka kena bertanding yakni ada calon bebas yang juga turut serta dalam PRK ini maka PR kena tunjukkan kepada negara bahawa calon PR masih disokong rakyat. Kekalahan calon PR dalam PRK ini kepada calon bebas akan mewujudkan momenton lain. Momentun kejatuhan PR. Jadi kepada Anwar ibrahim, beban kemenangan kini sudah beralih kepada anda. Kegagalan PR dalam PRK ini penentu moral PR.

    Adakah PR bersedia?

    ReplyDelete