Harapan ialah apa juga krisis, ia diselesaikan dengan baik.
Apa yang berlaku di Terengganu mengundang pelbagai spekulasi dan ulasan. Yang pasti, UMNO bagaikan kena sumpahan. Lepas satu-satu. Tetapi sumpahan itu bukan dikarmakan oleh pihak lain, sebaliknya oleh ahli dan anggota UMNO sendiri.
Sumpahan termasuk merosot sokongan pada pilihan raya umum lalu, kalah pilihan raya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu serta Bukit Gantang.
Desas desus kononnya akan ada usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar pada Sidang DUN Terengganu bermula Isnin, semalam dan hari ini ternyata tidak menjadi kenyataan.
Sidang berakhir dengan isu yang tertumpu kepada sms ugutan.
Orang yang dikaitkan dengan sms, kebetulan pegawai paling kanan Menteri Besar dan beberapa bulan lalu turut dijadikan kontroversi apabila ada pertukaran pegawai kanan kerajaan negeri.
Bagi saya, masalah di Terengganu yang dihasilkan oleh orang UMNO sendiri selain mungkin beberapa kakitangan kerajaan, perlu diselesaikan oleh pengurusan tertinggi UMNO selain Menteri Besar sendiri.
Kakitangan yang mendatangkan masalah kepada pentadbiran atau yang asyik mengomel mengenai status dan cuba menyebelahi pihak yang tidak mentadbir negeri perlu diperbetulkan.
Sekiranya mereka terus keras kepala dan enggan ‘menurut perintah’ untuk melaksanakan tanggungjawab memberikan faedah kepada rakyat, perlu dikenakan tindakan.
Dalam etika dan peraturan kakitangan pentadbiran kerajaan, ada peruntukan untuk memperbetulkan keadaan dan caranya perlulah digunakan budi bicara yang sewajarnya.
Sementara dalam konteks UMNO, hakikat nyata ialah keengganan menghadiri sidang DUN menemplak UMNO sendiri yang menjadi tulang belakang kerajaan Terengganu.
Kalaupun tidak bersetuju atau merasakan Datuk Ahmad Said tidak layak, cara untuk mengemukakan pandangan atau sikap bukan secara terbuka.
Saya tidak pasti kenapa kejadian ugutan itu tiba-tiba selari dengan ura-ura mengemukakan usul tidak percaya.
Malah, kalau berasaskan laporan Malaysiakini, dua rombongan sudah menemui Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Mereka dipanggil atau datang untuk menceritakan ‘kelemahan Ahmad Said’ tidak pasti.
Saya mengharapkan penyelesaian krisis Terengganu oleh Perdana Menteri dan timbalannya ‘serupa dan senada’.
Kita tidak mahu berlaku seperti penyelesaian masalah Sabah pada 1980an apabila keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri bertentangan dengan apa yang disuarakan oleh timbalannya, Tun Musa Hitam.
Perbezaan pendekatan mengenai krisis parti Berjaya selepas kemenangan Parti Bersatu Sabah selepas pilihan raya negeri 1985 itu mendatangkan kesan besar.
Apa juga keputusan, ia mestilah diasaskan kepada kepentingan UMNO negeri.
Persoalannya, sampai bila pertelingkahan antara kumpulan-kumpulan UMNO di Terengganu akan selesai?
Tidak belajarkan mereka apa yang berlaku di Kelantan apabila asyik kalah pilihan raya kerana pertelingkahan sesama sendiri dalam UMNO?
Banyak pihak yang menghantar sms dan panggilan mengatakan, dalam kemelut di mana UMNO semakin dihina, tercemar dan belum pulih, krisis yang melanda di Terengganu akan semakin ‘menghanyutkan UMNO’.
UMNO parti yang baik untuk orang Melayu. Tetapi orang Melayu yang merosakkan UMNO.
Jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini kepada UMNO Terengganu, UMNO tidak salah.
Yang salah ialah hulubalang UMNO yang semakin menjaga kedudukan dan wilayah pemerintahan mereka.
Memang Melayu Mudah Lupa. Lupa sejarah Melaka, lupa sejarah kegemilangan Islam di Sepanyol dan lupa sejarah atau punca kejatuhan Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
Silap haribulan, Terengganu akan menerima nasib yang sama sekali lagi.
Kerana itu, cara mengatasi masalah bergantung kepada kebijaksanaan Datuk Seri Najib Razak.
Pilihan ialah melayan kerenah dan tuntutan pihak tertentu atau mengatasi krisis dengan menjamin UMNO terus kukuh dan kebal di Terengganu.
Bola dikaki Perdana Menteri sekarang!
inilah yg menjadikan UMNO terus di pandang rendah oleh rakyat...
ReplyDeletekenapa lah tidak belajar dengan kesilapan demi kesilapan..sehingga sanggup melakukan satu lagi kesilapan..
bersatulah islam......bersatulah melayu...bersatulah UMNO..
Apa penyakit UMNO sebenarnya? Kalaupun cadangan penubuhan akedemi UMNO benar-benar wujud nanti apakah modul yang akan digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit kronik yang menimpa UMNO kini? Para pensyarah yang akan membawa pelbagai teori untuk merawat UMNO nanti akan hanya membazir waktu dan tenaga sahaja. Kesian UMNO yang sedang nazak dipenghujung usia.
ReplyDeletePaku dulang paku serpih
ReplyDeleteKata orang kita yang lebih
Setiap orang ada kurang ada lebih
Penyakit hati sudah jadi barah macam nak ubah.
Reformasi dan Transformasi Ala Terengganu.Hasil yang dibawa balik dari Perhimpunan Agung UMNO yang masih panas lagi.Ini lah contoh-contoh manusia yang saya gelar 'Si Bebal Yang Tak Sabar'
ReplyDeleteRasa-rasanya apa yang berlaku di Terengganu ni, memberi gambaran UMNO akan kecundang lagi pada PRU depan. Mereka ini memang tak beriman. Nafsu mengatasi kepentingan Bangsa.
Saya yakin mereka semua yang tidak hadir itu bukan pengecut.Ini ada udang di sebalik Batu 'Batu Buruk'. YB lelaki yang takut pada ugutan SMS ni memang tidak ada batu.Takkan kerana ugutan sms pun dah lari lintang-pukang, macam mana nak berdepan dengan musuh bangsanya.
Tidak ada jatidiri langsung!.