Ia lebih kepada rangkaian politik tajaan pembangkang dengan puak-puak yang nampak diperalatkan.
Jelas sekali bantahan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) tidak mungkin menjadi ‘isu negara’ kalau ntidak kerana ada pihak yang ‘menyalakan api bantahan’.
Pengakuan bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin bahawa ada tindakan saman dilakukan oleh anaknya terhadap Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pendidikan kerana telah melanggar Perlembagaan negara yang memelihara Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mula ‘menyelakkan rahsia’ matlamat sebenar.
Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar Jamaluddin, 10 dinyatakan oleh bapanya pernah menyaman kerajaan pada tahun 2006 beserta beberapa pelajar sekolah yang lain kerana melaksanakan dasar yang menyebabkan sebilangan besar pelajar khususnya kaum Melayu tercicir dalam mencapai kejayaan di kedua-dua mata pelajaran itu.
Saman ini pun dilakukan hanya selepas tiga tahun PPSMI dilaksanakan. Ini bermakna anak Mohammad Nizar belum menduduki peperiksaan dan belum pasti keberkesanan yang sebenar.
Perkara mengenai saman oleh anaknya dinyatakan Nizar dalam ceramahnya di Felcra Kg Serigala, dekat Slim River malam semalam."Kita dalam Pakatan Rakyat sudah lama membantah PPSMI dan memperjuangkan bahasa rasmi yang juga ingin dilenyapkan oleh Umno seperti mana yang berlaku ke atas tulisan jawi.
"Anak saya dan beberapa yang lain telah bertindak menyaman kerajaan kerana mencabuli perlembagaan negara yang melindungi bahasa ibunda," katanya yang turut dibantu dan diwakili oleh tujuh peguam antaranya Hanipa Maidin dan Amiruddin.
Menurut laporan laman web rasmi sebuah parti pembangkang, Lajnah Pendidikan PAS Pusat akan turut menganjurkan 'Himpunan dan Ikrar : Mansuhkan PPSMI' hari ini, 23 Februari 2009 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor jam 9.00 malam.
Program ini akan dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat antaranya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi GMP, Dato' Hassan Ahmad, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid; Penggiat Teater, Che Shamsudin Othman (Dinsman), Ahmad Lutfi Othman dan Wakil-Wakil NGO.
PPSMI dianggap pembangkang membawa kesan yang negatif ke atas pencapaian keputusan peperiksaan pelajar-pelajar Melayu khususnya di luar bandar.
Persoalannya, benarkah Pakatan Rakyat menentang PPSMI?
Mana wakil DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang lain? Apakah mereka turut menentang kerajaan kerana mahu ‘mengagungkan Bahasa Melayu”?
Kenapa nampak majlis ini diwakili Melayu sahaja?
Apakah isu PPSMI ini hanya membabitkan kepentingan pelajar Melayu sahaja?
Ada beberapa perkara di sini yang saya rasa Kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran perlu berterus terang melalui kajian menyeluruh dan tidak membiarkan bantahan menjadi ‘politik’.
1. Apakah kelemahan diakibatkan oleh kegagalan guru-guru yang mengajar dua subjek dalam Bahasa Inggeris;
2. Apakah persediaan Kementerian Pelajaran melatih guru-guru bagi mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris?
3. Apa persediaan ibu bapa untuk menerima pengajaran PPSMI?
4. Benarkah ‘bala’ PPSMI hanya jatuh kepada pelajar Melayu?; dan
5. Benarkah benar keputusan PPSMI semakin meningkat dan menyeluruh untuk bandar dan luar bandar?
Hakikatnya, saya tidak nampak begini:
1. Masalah hanya bagi sekolah di luar bandar;
2. Masalah hanya bagi sekolah yang tidak mempunyai guru berkelayakan; dan
3. Masalah hanya bagi ibu bapa yang tidak menyokong usaha ‘menerapkan’ satu lagi bahasa tambahan untuk anak-anak.
Jawapan kepada semua ini saya tidak pasti.
Hanya satu yang pasti, anak saya yang mengambil mata pelajaran sains dan matematik pada peperiksaan UPSR 2008 mendapat A bagi kedua-dua mata pelajaran berkenaan dengan pengantar bahasa Inggeris dan Cina.
Kenapa sekolah Cina tidak bising?
Kerana itu apabila memikirkan wujud bantahan dan kebanyakannya di kalangan orang Melayu, sementara Gapena pula membuat laporan polis, tertanya saya kepada diri sendiri, kenapa orang Melayu menolak dan tidak bersedia?
Dan malang sekali, kemarahan diluahkan melalui saluran pembangkang, bukan seperti bantahan-bantahan mengenai bahasa yang dilakukan pada 1960an dan 1970an melalui badan-badan yang memperjuangkan bahasa.
Kerajaan dan Kementerian Pelajaran jangan menyalahkan pembangkang kerana terbabit dalam isu ini kerana mereka akan menggunakan apa juga saluran untuk mendapatkan kuasa.
Yang penting, umumkan kedudukan sebenar dan buatlah kajian menyeluruh agar pihak yang menentang dapat diredakan.
Soal pembangkang untuk ‘tumpang sekaki’ tidak boleh apa-apa. Itu kerja dia.
Yang penting apa juga kebaikan untuk anak-anak dan generasi kita perlu diteruskan. Atau jika benar merugikan, hentikan!
Ramai guru-guru yang menyokong Pakatan Rakyat akan kerugian 10% elaun jika PPSMI di batalkan.
ReplyDeleteHanya guru-guru Pro Kerajaan sahaja yang dilihat menyokong PPSMI ini.
1.Soal bahasa Melayu sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia.Kenapa perlembagaan ini diwujudkan?
ReplyDelete2.Apakah tujaun utama Dewan Bahasa dan Pustaka diwujudkan.
Oleh itu sebagai rakyat malaysia yang berbangsa melayu harus berfikir secara mendalam persoalan diatas demi bahasa kita.lihat apa sudah jadi degan bahasa jawi..? Jangan kita jadi seperti" tikus membaiki labu".Mengapa Tokoh-tokoh bahasa dan sastera menentang dasar PPSMI kerana mereka pakar dalam bidang ini.