Tuesday, February 3, 2009

PENYAKIT PAS TERENGGANU DAH MEREBAK

Jangan zalim bila ada kuasa.
Kesiankanlah kanak-kanak mahu belajar.


















Agaknya Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Sungai Pinang. di Balik Pulau di bawah kelolaan kerajaan negeri, sudah dijangkiti penyakit kerajaan PAS Terengganu 1999-2004.

Perangai dan tindakan hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan PAS Terengganu kini dilakukan terhadap Tabika Perpaduan Kemas Taman nelayan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau.

Utusan Malaysia melaporkan seramai 22 kanak-kanak tabika berkenaan terpaksa belajar di bawah panas terik matahari lebih dua jam ekoran pintu pagar tabika berkenaan dirantai dan dimangga hari ini.

Tindakan tidak membenarkan pihak tabika menggunakan bangunan Desa Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang itu didakwa dilakukan oleh JKKK berkenaan.

Tindakan mengunci premis berkenaan dibuat dikatakan kerana pihak berkenaan mahu mengambil alih bangunan dan dijadikan pusat bagi jawatankuasa tersebut menjalankan pelbagai aktiviti setempat.

Tabika Kemas tersebut telah beroperasi di situ sejak tahun 2003.
Persoalannya kerana mahu merampas bangunan yang dibina oleh kerajaan sebelum ini?

Tidak adakah cara lain selain merampas bangunan berkenaan?
Difahamkan pihak yang menggendalikan tabika itu sudah menerima dua surat pada awal tahun ini dan pertengahan bulan lepas meminta bangunan tersebut dikosongkan walaupun arahan supaya mereka tidak diganggu telah dikeluarkan.

Penyelia Kanan Tabika Kemas Balik Pulau, Rozhan Che Din menegaskan: “Kita pun tidak faham kenapa mereka buat macam ini, apa motif sebenarnya, jika mahu berpolitik sekali pun janganlah babitkan kanak-kanak tabika ini kerana mereka tidak tahu apa-apa.”

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, Aziaan Ariffin pula menyifatkan kejadian itu bermotifkan politik oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekali gus membuktikan mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira impaknya.

Kanak-kanak berkenaan dikatakan belajar di luar beralaskan tikar tanpa kerusi dan meja serta berbumbungkan langit dalam cuaca panas terik manakala guru mereka pula berdiri, dari sesi sekolah bermula pada pukul 8 hingga 11 pagi.

Rozhan memberitahu, tindakan pihak berkenaan mengunci pintu pagar sekolah di bangunan tersebut bukan kali pertama tetapi kejadian itu merupakan kali ketiga berlaku kepada mereka tahun ini.

Katanya, pihak tabika tidak faham mengapa ia berlaku sedangkan kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan melalui pejabat daerah untuk tidak mengganggu semua tabika Kemas di Pulau Pinang dan ia dibenarkan beroperasi seperti biasa.

‘‘Kali pertama dan kedua insiden sekolah dikunci, ia berjaya diselesaikan dan dibuka semula atas budi bicara pihak berkenaan tetapi apabila berlaku sekali lagi hari ini, kita tidak boleh berdiam diri sahaja.


‘‘Perbuatan mereka sudah melampau kerana kanak-kanak ini pula bukan dari keluarga senang, rata-rata anak nelayan dan mereka ini juga perlu pergi ke sekolah,” katanya.

1 comment:

  1. Salam HAL, Dalam kes tabika kemas ni,seharusnya kementerian yang bertanggungjawab peka kepada rentetan yang pernah berlaku bermula dikelantan,terengganu,perak,selangor dan kini di penang.Pada saya kekadang tindakan "depa" ni betul dalam persepsi mereka ,kerana dewan orang ramai atau balairaya adalah dibawah jagaan pbt.maka mereka akan mangambil la kuasa yang termaktub dalam undang-undang. Dan dipihak yang menjalankan tabika ni sepatutnya kena akur walaupun untuk kegunaan kanak-kanak. kerana PASTI kelolaan puak depa tidak pernah menggunakan balairaya walaupun mereka telah mengambil tampuk pmerintahan negeri. Bila dah dibuat tabika kemas dibalairaya, memang sah tidak boleh lagi digunakan untuk aktiviti sosial yang lain seperti mesyuarat dan bla bla kecuali kalau menteri atau vvip pusat nak gunakan tempat tersebut maka barulah cikgu kemas berkemas tempat tersebut. kalau tak jadi tempat tabika je la.Maka dengan ini dinasihatkan agar untuk dimasa hadapan dan tabika kemas yang ada sekarang ni, seeloknya Mat Taib buat sesuatu seperti mencari tanah atau bangunan dan beli atas nama kerajaan pusat dan jalankan tabika tersebut untuk kanak-kanak dan bila kerajaan buat macam ni seharusnya lah untuk mendaftar anak-anak semestinya memerlukan no kp enjaga dan yang paling penting ialah no keahlian UMNO.

    ReplyDelete