Sunday, February 1, 2009

BN SEMAKIN HAMPIR TUMBANGKAN PAKATAN DI PERAK?

Lebih tiga ADUN Pakatan Rakyat di Perak sertai BN?

Gegak gempita seluruh ‘Malaya’ apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Perak menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.

Pada ketika Pakatan Rakyat – khususnya PKR dan DAP seronok kononnya ada anggota Umno Negeri Sembilan melompat ke gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat, lain pula ceritanya di Perak.

Jika benar kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa ada ADUN pembangkang akan sertai UMNO atau BN di Perak, pastinya Pakatan Rakyat akan lebih parah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengesahkan dua ADUN yang juga Ahli Exco negeri menghilangkan diri sejak 26 Januari lalu.

Bercakap di Ipoh pagi ini, Mohammad Nizar berkata mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), kedua-duanya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau mendakwa kehilangan mereka disembunyikan Barisan Nasional (BN) yang dikaitkan dengan usaha melompat parti.

Apa pun, saya seronok nak tenguk apa kata pemimpin PAS terutamanya yang nampak ‘lebih sudu daripada kuah’ mengenai ADUN UMNO yang lompat parti baru-baru ini.

PAS terpaksa beria-ia menyatakan pendirian mengenai isu ini kerana tahu partinya lemah berbanding DAP di Perak dan mengharapkan sokongan Keadilan, kerana itu terpaksa berlebih-lebih!

Hari ini, Abdullah tidak menolak kemungkinan terdapat ADUN daripada pembangkang di negeri Perak akan menyertai Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, bagaimanapun enggan mengesahkan identiti serta bilangan wakil rakyat pembangkang yang dijangka berbuat demikian.

“Insya-Allah betul,’’ katanya ketika menjawab soalan pemberita yang meminta beliau mengesahkan laporan terdapat dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak akan menyertai BN.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid mengingatkan PKR jangan berangan bahawa ada lagi wakil rakyat BN di Perak yang akan mengikuti jejak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.

Ini kerana menurutnya, tindakan tersebut termasuk penghijrahan sekumpulan ahli UMNO di Bota untuk menyertai PKR hanya bersifat sementara.

Beliau yang baru diumumkan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Perak berkata, cita-cita PKR itu juga tidak akan menjadi kenyataan kerana sokongan rakyat terhadap BN masih lagi kukuh.

"Mereka bercakap kedudukan semakin kukuh dan ada yang akan lompat lagi, itu semua kenyataan politik tetapi membidas dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa PKR semakin kukuh di Perak selepas Nasaruddin meninggalkan UMNO dan menyertai parti itu.

Beliau berkata, kumpulan yang meninggalkan UMNO ketika ini adalah penyokong Nasaruddin yang hanya mengikut tindakan beliau menyertai PKR.

Hakikatnya, penduduk di Bota dan Parit (kawasan Parlimen) sudah rasa dipimpin oleh pembangkang sebelum ini (pilihan raya umum 1999) dan tentunya mereka tidak mahu membayar harga yang mahal sekali lagi.

Tahniah kepada BN Perak kerana semua Ahli Dewan Undangan Negeri BN di Perak mendapat peruntukan RM300,000 bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing tidak lama lagi.

Mereka juga mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta melalui Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Infrastruktur Asas, khusus bagi meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

Proses pengagihan peruntukan itu sedang dilakukan.

No comments:

Post a Comment