Monday, January 5, 2009

PAKATAN TUTUP 700 TADIKA KEMAS

Masih tidak belajar daripada kesan tindakan kerajaan PAS Terengganu antara 199-2004 menutup tadika dan balai raya?

Ini adalah sebab PAS kecundang apabila meletakkan kuasa lebih penting daripada pendidikan anak-anak.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan tindakan kerajaan Perak gabungan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat menafikan hak kanak-kanak terutama golongan kurang berada untuk mendapatkan pendidikan.

Ia berikutan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mengunci pintu dewan yang akan dijadikan kira-kira 700 kelas Tadika Kemas membabitkan lebih 11,000 kanak-kanak disifatkan sebagai perbuatan angkuh dan terlalu mementingkan kuasa.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan negeri yang dipimpin Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar yang juga Menteri Besar tidak berhak berbuat demikian kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang kesal dan kecewa dengan tindakan itu, berkata kejadian itu boleh mengakibatkan kanak-kanak yang mendaftar untuk mengikuti pendidikan pra sekolah tidak dapat berbuat demikian hari ini.

“Saya akan ke sana untuk meninjau dan mendapatkan maklumat terkini berikutan tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang dipimpin parti pembangkang itu.

“Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku, terutama jika kerajaan itu mengutamakan kebajikan kanak-kanak terbabit dan berperikemanusiaan, tetapi sebaliknya mereka bertindak tidak mencerminkan apa yang dikatakan sebelum ini iaitu sebagai kerajaan kebajikan yang mementingkan rakyat,” katanya semalam.

Berikutan kejadian itu, Muhammad mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) supaya segera mencari premis baru di kawasan berhampiran dewan yang dikunci itu untuk disewa atau dibeli.

“Cuma kita bimbang kedudukan premis baru nanti lebih jauh dan akan menyukarkan ibu bapa kanak-kanak terbabit, berbanding dewan yang selalunya dibina di sekitar kawasan penempatan,” katanya.

Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab kerajaan pembangkang itu juga menyukarkan pihaknya mengadakan perbincangan bagi menangani isu berkenaan.

No comments:

Post a Comment