Tuesday, December 2, 2008

ZAID DIPECAT MALAM INI?

(Terkini)
Dua personaliti dijangka akan menjadi antara tajuk perbincangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadual bermesyuarat pukul 8 malam ini.

Pertama ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan kedua, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dijangka akan turut dibincangkan kerana ia penting buat UMNO, khususnya selepas Permatang Pauh gagal ditawan dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

MT dijangka akan membincangkan tindakan yang akan dikenakan ke atas Zaid ekoran tindakannya menghadiri majlis perasmian kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR), baru-baru ini.

Sumber memberitahu, Zaid kemungkinan besar akan dipecat tanpa surat tunjuk sebab kerana sebelum ini pun surat tunjuk sebab dalam satu kes lain tidak dijawab olehnya.

Sabtu lalu, Zaid yang hadir pada perasmian Kongres Nasional PKR di Stadium Malawati, Shah Alam, dipetik sebagai berkata, beliau datang sebagai tetamu selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan PKR.

Jelasnya, kehadirannya adalah untuk mendengar apa yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa dalam negara.

Sementara isu bahagian UMNO yang belum bermesyuarat juga dijangka dibincangkan, termasuk status Tanah Merah dan Larut.

Selain itu rasuah politik juga dijangka menjadi tajuk perbahasan dengan adanya pelbagai perkembangan baru, khususnya kerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi memerangi gejala ini.

Apa pun paling menarik ialah isu Arif Shah yang mengatakan beliau masih mempertimbangkan tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kenyataanya kepada Star Online kelamrin yang beliau memerlukan masa untuk meneliti tawaran tersebut dari pelbagai sudut, menjadi ikutan pemerhati politik.

Seperti Zahid, nampaknya Arif Shah, ingin melihat sama ada Umno masih memerlukan khidmatnya dan tidaklah perlu untuk menafikan niat ikhlas beliau untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Zaid menafikan beliau akan menyertai PKR tetapi tidak menolak pada masa hadapan.
Jika benar dipecat, Zaid tidak lagi perlu menunggu lebih lama dan mempertimbangkannya sebab-sebab untuk menyertai PKR.

Laporan media pagi ini menyebut mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu akan membincangkan secara terperinci persediaan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, ekoran kematian mengejut Ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Razali berjaya mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya sebelum itu pada 2004, dengan mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu, dengan majoriti 628 undi.

Pertandingan tiga penjuru itu turut membabitkan seorang calon bebas Maimun Yusof, 89, yang hilang wang pertaruhan selepas hanya memperoleh 685 undi.

2 comments:

  1. ZAID DIPECAT MALAM INI?
    =======================
    Apakah benar Zaid ibrahim akan di pecat dari umno ?

    Sebab-sebab pemecatannya ialah kerana hadir di kongres PKR baru-baru ini.

    Memang tidak dinafikan, mana-mana juga parti yg berwibawa,tidak akan membiarkan anggotanya hadir dimajlis parti lain yg sah musuhnya .

    Jadi tidak hairanlah jika Zaid Ibrahim akan dipecat.

    Cuma yg jadi kemuskilan ialah, sebab-sebab perletakan jawatannya dari Menteri dahulu.

    Antara sebab-sebab dia meletakkan jawatan ialah kerana membantah diatas sikap kerajaan yg masih mengekalkan ISA.

    Belum pernah seingat saya, ada menteri dari umno yg ada berpendirian seperti ini.

    Biasanya yg ada pendirian seperti ini, adalah menteri dari jepun.

    Maka sahlah bagi saya, Zaid Ibrahim
    bukan calang-calang org.... sebab kalau dia hendak kekal jadi menteri...bukan susah... diam sahaja...apa juga yg dibuat oleh kerajaan...diam !!!! maka lama lah
    dapat jadi menteri, tetapi Zaid memilih untuk bertindak meletakan jawatan.

    Apa yg diperjuangkan oleh Zaid, sebenarnya adalah kehendak rakyat.

    Rakyat sekarang semakin cerdik, bukan seperti dahulu lagi....mereka sudah tidak boleh terima lagi penahanan tanpa bicara.

    ISA boleh dikekalkan, tetapi perlu dibuat pindaan supaya kehendak sebenar semasa ISA diujudkan dahulu tercapai.

    Sebenarnya Zaid Ibrahim tidak takut dia dipecat, kalau dia takut,
    tak munkin dia hadir di kongres PKR,semasa dia dia masih lagi sebagai ahli umno.

    Tetapi itulah Zaid Ibrahim....dia tidak peduli apa org lain akan kata, yg penting, apa yg dia buat, dia rasa betul.

    Kadang-kadang sesiapa juga yg jadi ketua kepada org seperti Zaid Ibrahim akan pening kepala...sebab
    dia tak takut pada sesiapa pun demi perjuangannya.

    Kalau diteliti kehendak perjuangan nya, memang dia lebih sesuai berada di dalam PKR yg memang memperjuangkan apa yg di ingini nya.

    Kini terpulanglah kepadanya.....pisau dan mentimun berada ditangan nya.......

    ReplyDelete
  2. Lembu yang setia hidungnya akan ditindik dan lehernya disembelih!

    Manusia yang cerdik ada batasnya, kerana manusia ada otak, fikiran, hati nulari! Katakan yang benar tetap benar, katakan yang salah tetap salah! Demikian tindakan manusia yang berakal dan berfikiran!

    ReplyDelete