Thursday, December 18, 2008

WAN SOHOR BANI LEMAN?

Penceramah agama yang sering muncul di tv dan suaranya berkumandang di radio itu?

Soalnya bersediakah UMNO menggugurkan beberapa nama lain seperti Datuk Wan Ahmad Farid dan Mohd Zuber Embong yang dikatakan cukup layak bertanding?

Nama Wan Sohor Bani Leman tiba-tiba naik melonjak dan Umno disebut sedang giat memujuk beliau agar menjadi calon.

Sumber di Kuala Terengganu berkata, pensyarah di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur itu bagaimanapun bimbang akan kehilangan gajinya lebih RM8,000 sebulan, sekiranya kalah.

Sejauh ini belum diketahui apakah beliau bersetuju atau sebaliknya.

Lagipun, sekiranya menang sekali pun, tidak semestinya beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri menggantikan Allahyarham Datuk Razali Ismail.

Gara-gara nama Ustaz Bani Leman disebut-sebut, maka banyaklah mengemukakan pendapat serta ulasan melalui laman berkenaan, misalnya cucuhangtuah mengatakan, “Insyallah Ust Wan tak akan jadi calon UMNO....amin..... Apa2 pun jangan nanti Ustaz menyesal macam arwah Dato' Razali yang menyatakan ketidakselesaan beliau dalam UMNO yang penuh dengan budaya Rasuah......... Bahkan ada dikalangan ahli keluarga Dato Razali sangat2 redha dengan kematian Dato Razali kerana takut terlajur jauh didalam UMNO…”

Persoalannya benarkan ada ahli keluarga Datuk Razali bersikap demikian?

Jika tidak ia hanya sebagai fitnah dan dengan mengaitkan orang yang sudah meninggalkan kita, adalah perbuatan tidak baik dan melampau.

Ada yang lain berpendapat: “Ulamak yang sokong UMNO hanya dijadi kuda tunggangan saja. Sebab tu Taib Azamudin bekas imam Besar Masjid Negara tidak masuk UMNO. Dia tak mau jadi lembu dicucuk hidung..”

ibnhjmuda pula berkata ‘U WS bani leman dikenali dgn mempunyai fikrah islam yg betul..rasa2nya dia tk terliur utk mnjd ahli umno pun,apalagi nk jd calun BN.

Sementara yang lain pula iaitu putera_purnama03, berpendapat, “ Org UMNO ada ulamak ke? setahu aku...kalu org tu kuat mana agama dia..hebat mana dia....popular mana dia..kalu bertanding atas tiket UMNO...tak layak bergelar ulamak. Betul tak?”

Seorang lagi turut memberikan pandangan ialah dokrokchetong yang mengatakan tidak mungkin kerana “sebab masa PRU12 br2 ni ustaz ni selamba jer g cek daftar pemilih kat markas dewan pemuda wangsa maju”.

Betul atau tidak hanya Wan Sohor boleh mengesahkannya.

Banyak pihak menganggap, Wan Sohor adalah calon yang baik walaupun ‘fresh’ dan pertandingan dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini adalah pengalaman pertama baginya.

Sebuah laman yang menyokong pembangkang bimbang dengan kehadiran Wan Sohor dalam UMNO sehingga mengeluarkan kata-kata berikut: “…sama-samalah kita berdoa agar pujukan Umno itu gagal dan Ustaz Wan Sohor tidak terliur dengan janji-janji Umno. Dan kita sebagai pendokong jemaah Islam mestilah berusaha bersungguh-sungguh dalam memenangkan calon kita tidak kira dari mana mereka berasal.”

Laman itu semalam berkata, sekiranya UMNO berjaya memujuk beliau, maka UMNO telah mendapat sedikit suntikan semangat sebelum hari penamaan calon kerana nama Wan Sohor memang tersohor diseluruh Malaysia. UMNO memang sangat-sangat memerlukan calon seperti ini bagi memulihkan imej mereka yang terpalit itu.

Lebih jauh, laman itu meramalkan, jika ini benar-benar berlaku, diatas kertas, kemungkinan kerusi P36 itu akan kekal ditangan Umno. Kerana selain daripada Wan Sohor seorang anak Terengganu, beliau juga mempunyai imej seorang ulamak. Imej sebegini adalah satu kredit yang besar bagi parti yang bertanding dalam pilihanraya di tempat-tempat seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Jawapan kepada kebimbangan itu, laman berkenaan berkata: “Tidak kira siapa calon Umno, kita tentang habis-habisan, dan tidak kira siapa calon PAS, kita sokong habis-habisan.”

Hakikatnya, jika benar UMNO mengubah strategi dalam pemilihan calon mereka untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu, bermakna UMN O Terengganu khususnya membuat langkah berani dengan tidak memilih calon daripada kalangan saf pimpinan Umno Terengganu, lebih-lebih lagi UMNO Kuala Terengganu.

Yang penting pada ketika ini, siapa juga calon BN - UMNO, MCA dan rakan BN lain perlu bersatu hati untuk menjamin kemenangan.

Walaupun BN tidak seriak PAS yang sudah mendabik dada kononnya sudah memiliki Kuala Terengganu, namun yang perlu disemat di hati ialah kemenangan ini sangat penting untuk BN Terengganu dan Pusat.

Soal penting ialah mencari seseorang yang mampu berkhidmat cemerlang seperti Allahyarham Datuk Razali Ismail dan langkah kerajaan pusat menyerahkan pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan Terengganu mungkin meringankan beban Menteri Besar Datuk Ahmad Said untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen berkenaan.

Perkhidmatan cemerlang Allahyarham Razali sendiri ketika mewakili kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak boleh dinafikan.

Beliau terkenal dalam kalangan pengundi Kuala Terengganu sebagai pemimpin yang rapat dengan rakyat dan amat disenangi oleh mereka.

Beliau merupakan pemimpin yang tidak memilih kasih dan sanggup membantu rakyat tidak kira apa jua fahaman politik mereka terutama dalam bidang pendidikan.

Sebagai anggota parlimen, Razali turut mempunyai misi besar untuk menjadikan Kuala Terengganu setaraf dengan pusat pentadbiran negeri lain melalui projek pembangunan Bukit Besar yang melibatkan pembinaan 25 pejabat kerajaan bagi mewujudkan satu kawasan pentadbiran berpusat.

Memang diakui bukan mudah bagi BN mempertahankan kerusi itu tetapi dua kelebihan itu boleh membantu Ahmad dan jentera BN dalam misi itu untuk menghadapi PAS yang juga sukar untuk menawan kerusi berkenaan.

"Kita akui mungkin berhadapan pertandingan sengit tapi kita akan tetap pertahankannya," kata Ahmad Said, 51, yang dilantik sebagai menteri besar pada 31 Mac lepas.

Ahmad, yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri pada 14 Jun lepas bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, pastinya mahu membuktikan kepada rakyat Terengganu dan pucuk pimpinan Umno bahawa kepimpinan beliau diterima rakyat negeri itu.

Apapun, pentadbiran Ahmad Said juga mendapat sokongan daripada pihak istana apabila Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang juga Sultan Terengganu, mengilhamkan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu yang akan menggunakan pendapatan daripada hasil royalti minyak untuk membuat pelaburan di dalam dan luar negara menerusi pasaran bon bagi menjamin kelangsungan pendapatan negeri pada masa depan.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,,,
    Pelik,pelik,pelik.... Bila ada individu nak masuk menyertai UMNO tak kira la ustaz,ulamak,haji,hajah,tok alim je semua salah dan tak boleh dipanggil dengan panggilan diatas, kenape? mengapa? Tabung haji diiktiraf oleh dunia, ini hasil kerajaan BN. Adakah kalau nik AZIZ masuk umno adakah tuan guru ni dah bukan ulamak????. Ini lah yang dikatakan agama di politikan. tapi tuduh UMNO yang jahil. Yang sebenarnya komen dari saudara tu adalah suara pengecut pembangkang. Ustaz wan sohor tak jadi masalah kalau kalah bertanding, boleh masuk balik kerja pensyarah tu, kerana meletak jawatan atas kepentingan negara. kepada ustaz wan jadilah calon UMNO dan masa ceramah tu cakap je point ni ;
    Tuan-tuan dan puan-puan sekelian jika saya dipilih menjadi ahli parlimen trg ni atas kerusi BN saya akan suruh;

    1. Datin Jean Abdullah pakai tudong sepanjang masa.
    2.Datin Sri Rosmah Mansur pakai tudng sepanjang masa.
    3.Menteri dan timbalan menteri Islam kena pakai tudung.
    4.Gelang anti rasuah sentiasa dipakai oleh setiap pemimpin UMNO "gelang tersebut ditulis "Say no to Rasuah"
    5.Semua pemimpin akan membawa senaskah Al-quran bersama-sama setiap masa demi menjalankan amanah rakyat dan kepatuhan hukum Allah.
    Takbir......ustaz wan ...

    ReplyDelete
  2. di Malaysia amat memalukan kerana banyak jawatankuasa Kuil Buddha atau persatuan tidak memahami ajaran Buddha(Dhamma) dan juga tidak mengamalkan peraturan Buddha seperti mana-mana ajaran, mereka hanya menjadi jawatankuasa dan menjemput paderi asing untuk menjaga kuil sahaja

    contohnya, kuil Buddha SAMNAK SAMBODHI di Taman Desa Jaya, kepong, jawatankuasa di sana menggunakan sami Myanmar untuk menjaga, semua sami Myanmar datang ada gelaran Doktor tetapi satu perkataan juga tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Juga, jawatankuasa sangat teruk kerana apabila mereka tidak menyukai mana-mana sami, mereka boleh mengeluarkan serta-merta

    SAMNAK SAMBODHI adalah presiden YIP KUM FOOK, ini juga sangat memalukan kerana bermain politik di kuil dan menjadikan kuil sentiasa menjadi masalah, menjadikan Buddha rendah standard, dulu YIP KUM FOOK menipu Rm20,000.00 dari sami Myanmar (Ven. U Nandiya)

    ya, jawatankuasa ini tidak malu dan takut berdosa kerana mereka menganggap kuil ini adalah jawatankuasa tertinggi daripada Sangha, KAMI tahu kuil ini daripada pengasas Sangha di Taman Ehsan dan Jalan 5 Taman Desa Jaya (berdekatan stesen Minyak BP), Kepong

    perkongsian kisah realiti oleh Ah Keong, jinjang utara

    ReplyDelete