Ramai tertanya-tanya bilakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menggunakan prerogatifnya merombak Kabinet dengan perlantikan baru, pengguran atau juga pengekalan portfolio Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri.
Ramai juga tertanya-tanya siapakah yang akan jadi mangsa kali ini.
Ramai juga mengatakan ia mungkin diumumkan hari ini iaitu selepas Mesyuarat Kabinet, namun ada juga yang mengatakan ia tidak mungkin berlaku dengan cepat.
Tumpuan adalah kepada calon-calon Timbalan Presiden UMNO, khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang lantang menyuaran pelan peralinan kuasa dipercepatkan dari Jun 2010.
Ada ramalan mengatakan Muhyiddin akan menerima ‘penangan Pak Lah’ kerana suara-suaranya yang lantang. Malah Perdana Menteri turut menjawab perkara-perkara yang ditimbulkan Muhyiddin ketika di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Ada juga yang meramalkan Muhyiddin akan digugurkan daripada Kabinet, namun ramai juga mengatakan ia tidak akan terjadi kerana ia akan memberikan kelebihan kepada Muhyiddin.
Orang UMNO akan bersimpati kepadanya jika beliau digugurkan.
Abdullah ketika di Turkmenistan baru-baru ini tidak menolak kemungkinan akan melakukan rombakan Kabinet membabitkan pertukaran portfolio atau pengubahsuaian kepada portfolio sedia ada, selain mengisi kekosongan, dalam masa terdekat.
"Kemungkinan sentiasa ada," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia.
Beliau memberikan reaksi kepada soalan sama ada berlaku rombakan Kabinet berikutan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri kepada Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat.
Bernama yang memetik sumber sebagai berkata, Ka Chuan menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh ekoran kekalahannya dalam pemilihan parti 18 Oktober lalu.
Ka Chuan tewas kepada bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden MCA.
Bagaimanapun isu perletakan jawatan itu dikatakan tidak wujud pun.
Abdullah berkata, beliau akan meneliti perkara itu dan belum boleh memberi sebarang kenyataan kerana perlu melihat tindakan MCA.
Katanya, rombakan itu tidak semestinya hanya bagi mengisi jawatan yang dikosongkan wakil MCA.
"Itu bukanlah rombakan. Rombakan itu ada tukar portfolio atau membuat adjustment (pengubahsuaian) kepada portfolio," katanya.
Ditanya mengenai Ka Chuan, Abdullah berkata, beliau menghormati pendiriannya jika pemimpin MCA itu hendak meletak jawatan dari Kabinet atas sebab kukuh tetapi sejauh ini Menteri itu masih dalam Kabinetnya.
Beberapa blog agak nakal, umpamanya Tranungkite 22 November lalu mengatakan kononnya orang kanan Datuk Seri Mohd Najib Razak mengesahkan bahawa Datuk Nasir Ibrahim , Dr.Puad Zakashi dan Datuk Tajuddin Rahman akan dilantik sebagai Timbalan Menteri pada rombakan kabinet ini.
Datuk Tajuddin yang sebelum ini dikatakan akan memegang jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Dr.Puad jawatan Timbalan Menteri Luar, dan Datuk Nasir akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri(Kewangan).
Ini adalah bagi persediaan mereka untuk dilantik sebagai menteri penuh apabila Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri nanti,katanya mereka akan memegang jawatan Menteri yang mereka sandang sebagai Timbalan itu.
Mereka yang disebutkan itu bukan layak untuk jawatan Timbalan Menteri! Mereka orang bijak! Orang hebat! Bijak membodek! Hebat mengampu! Sudah pasti Najib akan letakkan mereka sebagai Menteri Penuh! Yang mengejutkan nanti kalau-kalau Najib lantik Rosmah Mansor senator lantas menyandang Menteri Perhiasan dan Kemewahan (Kementerian baru)?
ReplyDeleteSaya mengharapkan agar sebarang rombakan yang bakal dibuat oleh bakal bekas PM akan memberi kebaikan kpd UMNO, dan BN.... Bukannya rombakan yang bakal mengegarkan lagi UMNO dan juga BN.
ReplyDeleteSudah tiba masanya untuk kita sama-sama rasional dan menerima hakikat bahawa sebarang tindakan bodoh yang dibuat oleh mana-mana pemimpin kita, akan dinilai dan diberikan hukuman sewajarnya oleh rakyat dan ahli parti.
Oleh yang demikian, tindakan menggugurkan Muhyiddin merupakan tindakan yang bakal mengegarkan dunia politik UMNO.
Janganlah berdendam hingga sanggup mengadai masa depan UMNO itu sendiri